29 December 2009

DEDICATION TO...

She just two years younger than me
Her name is very beautiful
As nice as ummul mukminin
Siti Khadijah...
She is more smarter than me
She is more matured rather than me
Some people might ask:
"Which one come first? You or she?"
We went to the same school nearest our house
Teachers at the school keep on changing my name with her
Sometimes, they called her name when they look at me
I smile alone... heeeee
Then I continue reading the text
I think, people know her first then they noticed me...
She is an outspoken person
But deep in my heart say, she's a kind person
People rarely love with someone who is very strict, direct to the point
I like to hear her opinion or ideas
When others agree with me, she's the one who say 'no' with my decision
When people say 'You can't do that...', she's the one who stay by my side
'Just do it, laa...'
One thing that I learned from her,
'Be friendly with person you meet...'
She able to cope with person who is older than her
She affected my life, in that case...

Yesterday the process run differ from the public institution
It really touch my heart
But I must look cool and calm...
I must inspired her so that she won't feel unhappy and upset
'Yeahh! Be strong Khadijah...'
We meet and leave because of ALLAH
I always pray the best for you
I know that ALLAH will guide you as long as you never forget HIM...
Please take care of yourself
You are far away from mak and ayah...
Just focus and give a new hope in your life.


Best regards,
GreenTree (^_^)

10 December 2009

AKU HIDUP UNTUK ORANG

"Aku hidup untuk orang..." kata sahabat saya.

Hidup aku orang lain tentukan.
Aku kena dengar cakap orang.

Saya berpendapat, memang betul dan tepat pun kita hidup untuk orang. Alam yang ALLAH cipta ini bukan untuk kita semata-mata. Ada maksud tersirat di sebalik penciptaan ALLAH.

Kenapa ALLAH mengurniakan aqal kepada kita?
Kenapa ALLAH menciptakan lelaki dan perempuan?
Kenapa ALLAH mewujudkan pelbagai bangsa di muka bumi ini?
Kenapa kebanyakan anggota badan kita diciptakan sepasang?
Kenapa ALLAH tak penuhi segala impian aku tetapi dia dengan senang je dapat?

Tanpa disedari, kita terlalu banyak menyoal daripada melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Kata Imam Hassan Al-Banna; seorang tokoh dan pejuang Islam, kewajipan dan tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa.

Kalau kita contohi kehiduan junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. pun, Baginda banyak berkorban untuk kita. Sehingga sekarang kita dapat lihat berkembangnya agama Islam ke seluruh pelosok dunia. Sikap Baginda yang amat dermawan. Sikap Baginda yang amat sabar denag kerenah musuh-musuhnya. Baginda bersabar semasa berda'wah, sekali pun dibaling najis, sekali pun dibaling batu-bata sehingga berdarah tubuh badan Baginda, usaha penyebaran agama Islam mesti diteruskan.

* Erti hidup pada memberi- tangan yang memberi lebih baik daripada menerima.
* Ingatlah, kesusahan dan kegelisahan yang kita alami mungkin tidak seberat insan lain yang lebih hebat ujian hidupnya.
* Maklumat tambahan: klik di sini

05 December 2009

HEBAT



Dulu sering tengok dari jauh je...
Tengok dalam tv...
Sekarang dah ada depan mata...
Macam tak percaya je...
"Eh, betul ke ni? Apa yang harus aku buat?"
Datin Seri cakap, "Bukan kekal berpanjangan tapi kekal hingga ke akhir hayat..."
Terdetik satu penyesalan.

~ Terima kasih kepada cik Syuhaili Yusof dan keluarga atas jemputan.
~ Dialah ibu, isteri, pemimpin, segala-galanya...
~ I am proud to be a muslim lady.
~ Thank you ALLAH, and my parents.


04 December 2009

NASIB OH NASIB...


Cuti raya yang lalu adik saya ada membongkar satu cerita. Cerita berkenaan nasib. Katanya, kawan dia yang belajar setakat SPM pun dah boleh pakai kereta.

"Hang tau dak kak, semalam kami pakat berkumpul. Jumpa member lama masa sekolah rendah dan menengah. Ada sorang tu belajar setakat SPM ja dah boleh pakai kereta. Lepas tu apa lagi, siap perangat kami lah. Kami ni yang masih belajar lagi hanya guna motor kapcai ja. Ohh, tension, tension...," rungut adik saya.

Kadang-kadang mungkin kita rasa hidup ni tak adil... Tapi secara sedar atau tidak, kepada siapa kita tujukan rasa ketidakpuasan hati itu?

Mungkin ALLAH nak memberikan kita sesuatu yang lebih baik di saat kita bersabar dengan dugaan itu. Yakinlah dengan ALLAH dan dalam masa yang sama terus berusaha dan berdoa. Semua yang ALLAH beri ada kebaikan dan kelemahannya.




~~~Monolog Mat Jenin:~~~

Nasib oh nasib...
Apa lah nasib aku ni...
Kerja pun tak dapat-dapat...
Ada orang yang belajar setakat SPM, STPM dan diploma pun dah dapat keja...
Kerja tetap (permanent) pulak tu...
Siap dah boleh ada kereta dan rumah sendiri tu...
Kerja pun hebat-hebat jugak...
Ada yang kerja di bank, badan kerajaan, syarikat swasta...
Oh, nasib... (",)



01 December 2009

PESAN EMAK


Mak pesan: Quran tu jangan lupa baca. Satu baris pun tak pa, janji dalam sehari tu baca Quran.

“Ustazah, ustazah, terima kasih ye bagi kuliyah kat kitorang pasal Quran tuuu… terharu sangat. Saya rasa diri saya ni dah lama sangat tak baca Quran…”

Mak pesan: Duduk kat tempat orang nanti pandai-pandailah jaga diri.

Mak pesan: Belajar rajin-rajin.

Mak pesan: Jangan boros sangat. Simpan duit sama. Barang yang tak penting sangat tu tak payah la beli.

Mak pesan: Jangan terlalu bergantung dengan pertolongan orang. Buat yang terbaik.

Mak pesan: Sebelum nak tidur malam, pastikan pintu rumah dikunci.

Mak pesan: Baca soalan exam betul-betul, jangan gopoh. Kalau tak ingat, selawat banyak-banyak.

Mak pesan: Makan makanan berkhasiat atau supplement untuk kesihatan badan.

Mak pesan: Makan, jangan tak makan. Jangan dok tahaq (tahan) perut.

Mak pesan: Zaman sekarang ni susah nak percaya dengan orang. Orang yang disangka baik pun kadang-kadang memakan diri kita. Sebab itu, kena kenal orang tu betul-betul dulu dan dalam masa yang sama berdoa kepada ALLAH agar sesuatu yang kita lakukan bersandarkan kepada ALLAH.

Mak pesan: Solat Dhuha kalau boleh jangan tinggal. Tujuannya supaya murah rezeki.


~ Rasanya banyak lagi pesan mak, tapi ada yang dah tak ingat...

~ Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu---> 1 vs 10 @ 10 vs 1=?

~ Ya ALLAH, semoga mak dan ayahku ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Semoga kami menjadi anak yang soleh dan solehah. Berikanlah kesempatan kepada kami untuk membalas jasa kedua ibu bapa kami.

~ Sayangilah mak dan ayah selagi hayat dikandung badan.

~ Peringatan untuk diri dan sesama muslim.



27 November 2009

20 November 2009

~KERANA ALLAH~

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Suatu hari seseorang dalam perjalanan untuk mengunjungi saudaranya yang tinggal di suatu kampung. Maka ALLAH mengutus Malaikat untuk berdiri di suatu tempat di tengah-tengah perjalanannya. Ketika orang tersebut sampai di tempat tersebut, Malaikat bertanya: "Hendak ke mana engkau?" Ia menjawab: "Aku hendak mengunjungi saudaraku yang berada di kampung ini". Malaikat kembali bertanya: "Apakah kamu mempunyai kepentingan duniawi yang diharapkan darinya? Ia menjawab: "Tidak, kecuali kerana aku mencintainya kerana ALLAH". Lantas malaikat itu berkata (membuka identitinya): "Sesungguhnya aku adalah utusan ALLAH yang dikirim kepadamu untuk menyampaikan bahawa ALLAH telah mencintaimu seperti engkau mencintai saudaramu".

"Dan ingatlah akan nikmat ALLAH kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh-musuhan, maka ALLAH mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat itu, sebagai orang-orang yang bersaudara".

[Ali 'Imran (3) : 103]

~ Ustaz Hasrizal kata: Erti hidup pada memberi...


05 November 2009

AMANAH


Rupa-rupanya management = simpan rahsia.
"Jangan bocorkan rahsia ni ye. Ianya adalah private and confidential..."

Patutlah orang kata jadi Setiausaha atau personal assistant (PA) ni orang penting dalam sesebuah organisasi. Sesetengah orang mungkin nampak ianya perkara biasa atau kecil saja. Tapi kalau dipandang dengan sebelah mata saja, mungkin boleh menghancurkan organisasi itu. Jadi, berat sebenarnya tanggungjawab semasa melaksanakan tugas semasa kerja.

Dalam dunia ni pun sebenarnya ALLAH dah beri amanah kepada kita. Kita ialah khalifah ALLAH. Firman Allah SWT dalam Al-Qur'an Surah Al-An'am ayat 165 yang bermaksud:-

"Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa (khalifah) di bumi. Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat, karena Dia hendak mengujimu tentang apa yang diberikanNya kepadamu, sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Bercakap bab amanah ni teringat pula saya semasa menyertai satu perkhemahan. Setiap orang ada barang amanah masing-masing seperti lilin, telur ayam, dan bawang. Saya diberi amanah untuk menjaga sebiji telur ayam. Bayangkan macam mana perlu saya jaga telur ayan tu... Pergi ke mana pun kena bawa sebab takut nanti pecah atau kakak fasi akan curi-curi ambil. Kalau hilang atau pecah barang tu, maka kena dendalah jawabnya. Wahh, berat sungguh tanggungjawab. Ni baru tugas kecil ja... Akhirnya, barang tu pecah sebab terpaksa berlari sana sini. Hancur...

Sebenarnya setiap kerja atau ibadah yang dilakukan akan dipersoalkan. Kerja yang dilakukan dengan niat semata-mata kerana ALLAH pasti mendapat ganjaran dari-NYA, InsyaALLAH. Sebelum nak mulakan, tanya dulu beberapa soalan seperti, "Untuk apa aku buat kerja ni?Apa yang akan aku dapat lepas aku buat kerja ni?Kepada siapa aku tujukan kerja ni?Kerana siapa?" Kalau dalam organisasi setiap saat tu memang emas sebab masa berkait dengan duit.

*Fokus, fokus, fokus...
*Ya ALLAH, peringatkanlah diri kami supaya sentiasa memulakan kerja dengan namaMU (lillahiTaala).
*Bismillahirrahmanirrahim (",)


03 November 2009

TGNANM BERBICARA TENTANG CINTA

'Kisah Cinta Dalam Al-Quran'. Sebuah buku bicara cinta daripada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Membincangkan tentang erti cinta yang sebenar. Cinta itu terlalu subjektif. Hanya yang benar-benar menghayati dan mengertinya sahaja tidak akan berbuat zalim terhadapnya. Islam tidak menghalang atau menyekat kita daripada bercinta, cuma kita perlu praktikkan dengan cara yang betul. Di sini saya petik beberapa ungkapan yang menarik untuk kita sama-sama hayati. Selamat membaca~

Sepotong hadis daripada Nabi Muhammad s.a.w.:

"Ya Tuhanku, aku mohon supaya aku cinta kepadaMU dan cinta kepada orang yang mencintaiMU, termasuk orang yang sayang kepada semua amalan (aktiviti) yang boleh membawa kepada sayang kepadaMU." (Hadis riwayat Tirmidzi: 3341)

Huraian:
1. Perasaan cinta itu sesuatu yang wujud
2. Cuma keutamaannya ialah ia perlu disuburkan ke arah mencintai ALLAH
3. Jika akan tumbuh perasaan cinta kepada seseorang, maka hendaklah orang dicintai itu seorang yang juga menyintai ALLAH
4. Orang itu pula biarlah seorang yang dikasihi oleh ALLAH.
~:: Sekapur Sirih daripada TGNANM ::~

Kisah cinta dalam Al-Quran:-
1. Cinta seorang ayah kepada puteranya
Kisah nabi ALLAH Ya'qub a.s kepada puteranya Nabi Yusuf a.s. supaya tidak menceritakan mimpi yang dilihatnya kepada saudara-saudaranya yang lain, kerana hal itu akan menimbulkan rasa dengki mereka terhadap dirinya. (Surah Yusuf, ayat:5)

2. Cinta seorang ibu kepada putera angkatnya
Jika kaum perempuan memiliki rasa peduli yang tinggi yang berbalut kelembutan kasih sayangnya serta kejernihan nurani kewanitaannya, dia akan lebih progresif dan lebih kukuh berbanding kaum lelaki, seperti yang terwajahkan pada diri Asiyah isteri diraja Firaun, ketika melihat Musa a.s terapung di atas Sungai Nil. (m/s 45)

3. Cinta Maryam Puteri Imran kepada Rabb (Tuhan)
Surah Ali-Imran, ayat 42: "Dan (ingatlah) ketika Malaikat (Jibril) berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya ALLAH telah memilih kamu, mensucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang semasa dengan kamu)." ~m/s 107

4. Cinta Fatimah Az-Zahra' kepada Sang Maha Kasih
~Jika seseorang menayandarkan nasibnya hanya kepada ALLAH semata-mata, dan mentradisikan kepasrahan dan ketawakalan yang utuh dan jernih, nescaya ALLAH akan menjamin hidupnya. (m/s 119)

~Berbahagialah hamba-hamba yang tidak diperhatikan orang. ALLAH mengenal mereka, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui jati diri mereka. (m/s 120)

~Sifat qana'ah (merasa cukup dengan pemberian ALLAH meskipun sedikit) yang ada pada Fatimah Az-Zahra', anak kepada pemimpin agung Nabi Muhammad s.a.w. (m/s 121)

5. Cinta Rabiah Adawiyah kepada Sang Kekasih Sejatinya
~Dalam fikrah Rabiah, cinta berasal daripada ALLAH dan untuk ALLAH. (m/s 132)
~Bekalku sedikit, sedangkan aku tidak tahu akhir perjalanan ini. (m/s 134)

6. Cinta manusia kepada harta dan kemegahan dunia
Qarun adalah manusia yang tertulis dalam tinta hitam kesejarahan manusia. Kekayaan harta benda dan kepandaiannya membuatkan dirinya lupa diri dan terjerumus kepada jurang kenistaan dan kehancuran.

7. Cinta manusia kepada kekuasaan duniawi
Firaun adalah raja Mesir yang menjalankan pemerintahan dan kekuasaanya dengan cara diktator dan kejam. Firaun mewajibkan semua rakyatnya sembah sujud kepadanya. Para petani juga disuruh menyerahkan seperlima hasil bumi mereka kepada Firaun. Ini amat membebankan dan mereka hidup sengsara.

Bagi saya, buku ini amat sesuai untuk mereka yang sedang mencari erti cinta yang sebenar. Mungkin juga bagi mereka yang ingin merawat hati yang luka. Kembalilah kepada Al-Haq, Tuhan semesta alam kerana DIA lah cinta sebenar, cinta yang hakiki.

* Komen saya: 'Two thumbs up' untuk buku ni. Tak rugi beli buku ni. Siap dapat VCD bicara cinta daripada TGNANM.
* Untuk maklumat lanjut, sila klik (di sini).
* Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda~~~

01 November 2009

MOMOK


Diceritakan kisah seorang hamba ALLAH yang pernah terlibat dengan kes kawannya kena rasuk. Kejadian ini berlaku pada tahun lepas di akhir semesternya di sebuah universiti..

Lebih kurang pukul 11.00 malam... Seorang gadis kelihatan lemah, kelakuannya agak pelik seperti kebiasaan sikapnya. Dia menjadi seperti keanak-anakkan berbanding sikapnya yang tegas dan agak serius. Tidak lama selepas itu, dia dirasuki oleh makhluk halus. 'Benda' itu telah manyusup ke dalam jasadnya.

Warden dipanggil untuk membantu. Kawan-kawan turut memenuhi ruang bilik itu. Mereka membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Mereka membaca ayat Kursi [Surah al-Baqarah : ayat 255], surah Al-Hasyr : ayat 22-24, dan zikir-zikir. Ayat-ayat suci itu dibaca berulang kali denagn harapan dapat meredakan sedikit kekalutan dan kegelisahan yang berlaku.

"Keluar kau dari sini. Esok kakak ni ada exam. Jangan kacau dia..."
"Tak nak, tak nak, tak nak...Saya tak tau nak balik macam mana..."
"Pergilah main jauh-jauh..."
"Saya nak ikut kakak ni balik... Saya tak ada kawan. Kakak ni baik, sebab tu saya nak tumpang dia..."

Segelas air masak dibawa. Ustaz membacakan ayat Al-Quran dan doa agar 'benda' itu keluar dari jasad si mangsa.

Dalam keasyikan dan kesyahduan kawan-kawan membacakan ayat-ayat Al-Quran untuk si mangsa. Tiba-tiba seorang sahabat kepada si mangsa terlihat matanya.

"Alamak, apasal lah dia tengok aku pulak ni... Matilah aku kalau 'benda' tu pulak masuk dalam badan aku..." Dia pun cepat-cepat melarikan lirik matanya dan meneruskan fokusnya kepada pembacaan ayat-ayat Al-Quran bersama sahabat yang lain.

Pada mulanya, mangsa berkeras untuk meminum air penawar itu.

"Huh, tak sedaplah air ni... Tak nak minumlah."

Setelah dipujuk, akhirnya dia minum juga. Alhamdulillah, setelah beberapa ketika, mangsa kembali seperti normal dan 'benda' itu telah kembali ke 'rumah'nya... Kejadian ini tamat lebih kurang pukul 1.00 pagi tatkala orang lain telah nyenyak tidur dan dibuai mimpi.

Namun, kisah itu tidak berakhir begitu sahaja. Seorang sahabat yang berada di tempat kejadian, berasa semacam je. Kejadian itu masih bermain-main di fikirannya. Susah untuk dia melelapkan mata ketika itu. Wuduk telah diambil sebelum tidur. Surah al-Mulk juga telah di baca sebelum tidur. Doa tidur juga telah dibaca.

"Apa yang aku nak buat ni? Tak pa, teruskan zikir memuji ALLAH sampai aku terpejam mata... Subhanallah, alhamdulillah, wa la ila ha illallah, Allahu Akbar, Subhanalllah, alhamdulillah, wa la ila ha illallah, Allahu Akbar, Subhanallah, alhamdulillah, wa la ila ha illallah, Allahu Akbar..."

Akhirnya dia tertidur tapi hanya sekejap sahaja kerana sudah masuk waktu Subuh. Keesokan harinya dia berasa kurang selesa. Waktu malam dia menjadi fobia. Terasa seperti benda itu mengekorinya dan sering mengacau fikirannya.

"Ohh, boleh jadi gila aku dibuatnya... Ini tak boleh jadi. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku..."

Bacaan ayat suci al-Quran daripada Syeikh Saad Said Al-Ghamidi dibuka daripada laptopnya. Dalam hatinya, dia berdoa, "Ya ALLAH, jauhilah aku daripada gangguan syaitan yang direjam. Permudahkanlah aku untuk tidur seketika, Ya ALLAH. Ampunkanlah dosa-dosaku, Ya ALLAH."

Hari berganti hari, 'benda' itu semakin seronok mengusiknya. Dan dia merasakan hal ini pasti ada hikmah daripada ALLAH. ALLAH mahu tunjukkannya sesuatu. Hubungannya denagn ALLAH semakin utuh. Dia hanya meletakkan sepenuh pergantungan kepada ALLAH sahaja. ALLAH sahaja yang dapat menolongnya. Dalam solat, dia menghayati sepenuhnya maksud surah Al-FAtihah. Apabila tiba pada ayat ke-5 surah Al-Fatihah, dia mengamatinya sungguh-sungguh.
[Al Fatihah : ayat 5- ENGKAU lah Tuhan yang kami sembah dan kami mohon pertolongan]. Dalam hatinya dia meminta pertolongan daripada ALLAH agar dijauhkan bisikan syaitan laknatullah itu. "Tolonglah aku, Ya ALLAH".



~ Bergantung harap hanya pada ALLAH.
~Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
'Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu amalkan kedua-duanya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya, kitab ALLAH (Al-Quran) dan sunnahku'.
(di sini)

~Yakin dengan pertolongan ALLAH. Yakin denagn isi kandungan Al-Quran sebagai penyelesai masalah dan untuk ketenangan hati.
~Ingat ALLAH di kala susah dan senang dan ada hikmah di sebalik peristiwa atau kejadian yang berlaku.
~ALLAH Ghayatuna, Ar-Rasul qudwatuna.




24 October 2009

HUSNUZZAN- BERSANGKA BAIK


Berikut ialah tips daripada Sheikh Abdul Kadir Al-Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan...

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hatimu:
"Mungkin kedudukannya di sisi ALLAH jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku."

Jika bertemu dengan anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Anak ini belum bermaksiat kepada ALLAH, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-NYA. Tentu anak ini lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada ALLAH jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan ku perolah, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah ku capai, mengetahui apa yang tidak ku ketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Orang ini sedang bermaksiat kepada-NYA padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu):
"Aku tak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk."


21 October 2009

DIA DATANG LAGI...


"Wei, hang dah study apa?Esok nak exam dah ni..."
"Puan, bagi la 'hint' sikit untuk exam nanti..."
"Makkk aiii... rajin benor kamu buat mikronote... boleh aku pinjam?"

Itu mungkin antara dialog bagi mereka yang bakal, sedang atau akan menduduki peperiksaan. Tak kiralah sama ada peperiksaan sekolah menengah (SPM, STPM) atau di universiti mahu pun kolej. Saya mengucapkan selamat menempuh peperiksaan. Lakukan yang terbaik dan jujur dengan diri sendiri. Jangan meniru! ALLAH is watching at you!

*Bittaufiq wa najah
*Salam Imtihan
*Do your best! (",)

19 October 2009

MATURED...

Hari Jumaat yang lalu saya menerima kunjungan daripada teman sekuliyah semasa di UiTM. Esoknya kami akan pergi memenuhi jemputan walimah seorang sahabat di Kodiang.

Saya pernah ditanya olehnya berkenaan perkara 'matured' atau dalam bahasa Malaysia-matang. Susah nak jawab tu... Akhir sekali saya jawab, "just be yourself..."

-Terima kasih atas kedatanganmu
-Jemput la datang lagi ke rumah saya
-Saya nampak awak dah matang dah. Tak macam dulu lagi... (^_~)
-Welcome to Kedah and Perlis (in the future)
-Ukhwah fillah lillahi Taala
-Maaf atas segala kekurangan


18 October 2009

ALAMAK..... KANTOLL!!!

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi dalam bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba. Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. "Belum Subuh lagi ni," hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mandapatkan satu kepastian. "Oh, baru pukul 3 pagi."

Dalam situasi seperti di atas, apa yang anda lakukan? Di sini anda mempunyai beberapa pilihan. Tanya iman anda dan buatlah pilihan bijak.

PILIHAN 1:-
Kebanyakan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu saja, hati turut mengomel,
"Apasal la aku bangun awal sangat."
Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Na'uzubillah.

PILIHAN 2:-
"Ohh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul. Ya ALLAH, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat."
Kemudian, sambung kembali 'ibadah senyap'.

PILIHAN 3:-
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3 pagi), segera bangun untuk solat Tahajjud. Sembahlah ALLAH saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari ALLAH.

Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan ALLAH. Siapa tahu saat ALLAH takdirkan kita terjaga, sebenarnya ALLAH menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari ALLAH untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan. Tetapi alangkah baiknya andai Tahajjud dapat ditunaikan.



Sumber: Solusi, Isu No.12; m/s 76.

*Bak kata Prof. Izzi: "Renung-renungkan dan selamat beramal..."


10 October 2009

~MUNAJAT SEORANG HAMBA~


:: In The Name Of ALLAH, The Most Gracious, The Most Merciful ::


Nothing much to write in this blog... I just drop by in a blog owned by Ummu Husna, ustaz Zaharuddin's wife. The zikr are very meaningful and touch deeply in my heart. The words are very beautiful. Thousands and one words contain in the zikr.

- We are servants of ALLAH
- We are soldiers of ALLAH
- We really need ALLAH
- We cannot live without ALLAH
- We work because of ALLAH
- We MUST put ALLAH first in all actions
- We MUST seek ALLAH's love



video



* YA ALLAH, ampunilah dosa-dosaku. Ampunilah dosa-dosa kedua ibu bapaku. Ampunilah dosa-dosa kami muslimin dan muslimat YA ALLAH.
* Kami lemah Ya ALLAH. Kami memerlukan pertolongan dan redha daripada-MU Ya ALLAH
* Hinanya kami Ya ALLAH. Kami seringkali lupa kepada-Mu ya ALLAH
* Langkah-MU seribu tatkala kami baru setapak tersedar daripada dosa yang dilakukan
* Ikhlaskanlah hati kami dalam mengerjakan ibadah kepada-MU ya ALLAH

(^_^)