23 February 2009

JOM KE MASJID

Petang tadi saya ada terdengar kuliyah yang diberikan oleh seorang ustaz di radio IKIM.fm (Pilihan Utama Anda!). Beliau memberikan penerangan mengenai fungsi masjid. Tajuk ini amat menarik untuk dikupas.

Ramai pemanggil yang memberikan komen dan cadangan yang membina untuk menjadikan masjid sebagai medan utama untuk melakukan segala aktiviti bermanfaat, bukan hanya untuk tempat beribadat kepada ALLAH sahaja. Rata-rata pemanggil merasakan usaha yang jitu perlu diambil agar golongan muda tertarik untuk pergi ke masjid.

1. Layanan di masjid.

Ada pemanggil menyatakan layanan di masjid seharusnya ditingkatkan kepada layanan yang lebih mesra tidak kira kepada muslim atau non-muslim. Hal ini kerana pernah terjadi ke atas seorang non-muslim dihalau keluar semasa melawat masjid disebabkan pakaiannya yang kurang sopan.
Berbanding dengan di gereja, pemanggil yang pernah melawat pusat ibadat orang Kristian menyatakan bahawa layanan yang diberikan oleh paderi dan 'sister-sister' amat baik dan boleh dianggap layanan bertaraf 'high class person' atau dalam erti kata lain VIP.

2. Masjid harus dijadikan sebagai pusat komuniti.

Maksudnya masjid bertindak sebagai pusat ekonomi, pusat riadah, dan pusat pendidikan. Masa zaman Nabi Muhammad saw pun masjid dijadikan pusat tumpuan bagi segala aktiviti termasuklah tempat mencambahkan ilmu, berdebat, bersukan, dan berniaga.

3. Melantik orang muda atau belia dalam ahli jawatankuasa masjid.

Saya sebagai orang muda turut terasa denagn fenomena yang berlaku atas institusi masjid ini. Pernah sekali saya pergi untuk mendengar kuliyah tafsir tapi amat menyedihkan...
Pancaran suara penceramah amat tidak jelas. Suaranya jadi seperti bergema. Hanya di hujung telinga sahaja dapat didengar.

Pernah terlintas di hati saya untuk menyuarakan apa yang terbuku di benak fikiran saya.
Tetapi bagaimana caranya? Kepada siapa? Persoalan yang perlu dirungkaikan.


21 February 2009

CINTA, CINTA, & CINTA

Beberapa hari yang lepas saya ada terbaca blog Ustaz Hasrizal (saifulislam.com)... Menarik sekali kupasan ustaz berkenaan 'Menguruskan Fikiran tentang Perkahwinan' di bawah topik ATN.

Takut sekali dengan perkataan ZINA HATI. Na'uzubillahiminzalik...

Selesai membaca artikel tu, saya ada membuat beberapa rumusan...

  • YA ALLAH, sesungguhnya diri ini dicipta ALLAH untuk mencintai ALLAH (kata-kata ini saya pinjam daripada ustaz Kautsar semasa memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar UiTM suatu ketika dulu)
  • Tiada cinta hakiki melainkan CINTA kepada ALLAH. Kalau kita sayang seseorang tu, ingatlah bahawa suatu hari nanti dia akan pergi meninggalkan kita. Namun pada ketika itu, ALLAH yang sentiasa bersama kita untuk mendengar rintihan hamba-NYA.
  • Gerun sekali apabila mendengar perkataan zina hati. Ya ALLAH, sesungguhnya diri ini amat hina. Diri ini penuh dengan lumpur dosa. Diri ini lemah tanpa bantuan dan perhatian daripada MU. Janganlah ENGKAU palingkan perhatianMU kepada ku, Ya ALLAH. Tolonglah peringatkan aku dengan ayat-ayatMU ya ALLAH. Ampunilah hambaMU ini Ya ALLAH.
  • Ya ALLAH, aku ialah hambaMU. ENGKAU ialahlah Tuanku. Pimpinlah aku ke jalan yang ENGKAU rahmati dan redhai.
  • Apa gunanya aku mencintai makhluk melebihi cintaku pada-MU YA RABB. Biarlah cintaku itu berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
"tidak sempurna iman seseorang selagi dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri"

# Bercintalah dengan ALLAH. Pasti akan dibalas. #





17 February 2009

MATA HATI


Tajuk: MATA HATI
Dendangan: HIJJAZ

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya akan menembus hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak ALLAH
Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan ALLAH
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan ALLAH
Daripada pandangan manusia




Muslimah Sejati

Ketahuilah peranan wanita dalam dunia ini:

Ia adalah fitnah dan musuh jika tidak dididik menurut acuan Islam.

Ia adalah ujian bagi lelaki dalam menuju kesejahteraan hidup.

Ia adalah hadiah yang istimewa daripada Allah SWT untuk lelaki yang mendambakan kebahagian.

“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid,isteri Rasulullah SAW dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.”

-(Riwayat Bukhari)-

1. Asiah- merupakan model wanita yang tetap beriman walaupun hidup bersama musuh Allah SWT. Merupakan kepada isteri kepada Firaun, beliau tetap kuat mempertahankan keimanannya.

2. Maryam-merupakan simbol wanita yang mengabdi diri dan ketingian darjat ketakwaannya kepada Allah SWT.

3. Khadijah-simbol wanita yang menyokong perjuangan suaminya. Setia dan sanggup berkorban apa sahaja untuk menegakkan panji Islam.

4. Fatimah-simbol wanita yang solehah daripada pelbagai segi. Anak yang soleh, isteri yang setia dan ibu yang bijak kepada putera puterinya.


11 February 2009

Cikgu Oh Cikgu...

Pagi tadi sebelum keluar pergi kerja sekitar pukul 8.30 pagi, terserempak dengan cikgu tadika saya. Namanya cikgu Halimah. Teringat sewaktu saya berusia 6 tahun. Berbaju merah kotak-kotak kecil. Berkain biru gelap. Pakaian seragam semasa tabika 18 yahun yang lalu.

Cikgu bawa anak-anak murid berjalan ke padang sebagai senaman pagi. Senyuman cikgu membawa saya kembali terkenang alam tabika dulu. Pagi-pagi sebelum pukul 8 dah keluar rumah untuk belajar. Kadang-kadang pintu belum buka lagi, kena tunggu di luar kelas dulu. Sebenarnya tabika saya hanya dalam kampung. Maksudnya dekat dengan rumah saya. Jadi, ke kelas pun berjalan kaki sahaja pagi-pagi.

Di situ saya dapat mengenal kawan-kawan baru. Di situ, saya dapat menjamah makanan yang sedap-sedap. Di situ, saya dapat mengenal huruf dan lagu.

"pon, pon, pon, pon, pon, pon, pon, pon, pon.... kereta kecilku berbunyi."
Itu saja rangkap lagu yang saya ingat...

Biar apa pun, TERIMA KASIH @ SYUKRAN @ ARIGATO GOZAIMAS cikgu...

08 February 2009

Quran Buruk

"mak, Quran buruk tu maksudnya apa?" tanya aku

"laaa, xkan itu pun tak tau... ye lah, Quran buruk... nak buang sayang, nak simpan tak boleh guna," jawab mak.

"oooo, macam tu..."

Quran buruk,
kulit pun dah berkedut-kedut
pagaran di bibir pun sudah rosak
telinga dah tak berapa dengar
mata pulak kabur-kabur ja
kadang-kadang sayur kobis dikatakan buah limau barli
soalan pulak kerap kali berulang yang sama ja

masa pertama: "makan dak lagi?"
masa kedua: "tu nak pi mana pulak? pi kerja balik bila?"
masa ketiga: "pukul berapa balik keja?"
masa keempat: "pi kerja ke tadi?"
soalan yang sama saja tetapi gaya pertanyaan yang berlainan

kali ni lagi bertambah teruk
kalau dulu duduk je kat kerusi malas tu
tapi kini bangun ambil sudu dan sembunyikan
"hak kita..."
lebih parah lagi
suka cakap sorang-sorang

nak buat kerja berat mcm dulu dah tak larat
nak mencangkul di luar rumah pun tidak bermaya dah
nak marah orang macam dulu dah tak boleh
nak keluar berjalan ke rumah kawan pun dah terketar-ketar langkahnya

YA ALLAH
Benarlah pesan Nabi s.a.w: "rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara"
1. muda sebelum tua
2. kaya sebelum miskin
3. lapang sebelum sempit
4. sihat sebelum sakit
5. hidup sebelum mati

inilah lumrah alam...
daripada muda belia akan menjadi tua berkedut
daripada rambut hitam berkilat akan menjadi putih bersinar
daripada gigi sebaris akan tinggal sebatang dua sahaja
semuanya akan susut
tetapi macam mana dengan amalan kita???

Tepuk dada tanyalah iman...

:: Surah Ali-'Imran, 191 ::

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):
"Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka".

07 February 2009

PALESTINE

Usai menonton Majalah 3 berkenaan bumi Palestin selepas gencatan senjata rejim Zionis Yahudi laknatullah, terdapat beberapa perkara yang boleh dihighlightkan.

1. rintihan seorang ibu yang terkena serangan bom:
- semoga negara-negara Arab akan bersatu padu membantu Palestine

- "cukuplah dengan adanya ALLAH... DIA lah sebaik-baik pelindung"

2.Aanak-anak yang gugur sebagai syahid atau shuhada' dikenang dengan meletakkan gambar mereka di dinding rumah

3. Rangka tubuh atau anggota atau mayat mereka yang syahid tidak berbau walaupun telah berhari-hari dibiarkan. ALLAH angkat darjat mereka yang mati syahid!
Subhanallah.

4. Di dinding bangunan yang dibom terlekat serpihan daging-daging manusia. Disangkakan ianya adalah kesan berlubang akibat lontaran bom tetapi sebenarnya cebisan daging-daging manusia yang terkena serangan bom tentera Zionis...

06 February 2009

hatiku meronta-ronta

hatiku meronta-ronta mendengar percakapannya

aku nak pergi
aku nak pergi
aku nak pergi

sampai bila aku nak jadi mcm ni???

eh, boleh ke kalau aku pergi sorang2
berjalan malam-malam sorang diri boleh ke
tak takut hantu ke
tak takut ke orang tangkap nanti

pedulikan apa orang kata
yang penting "setiap amalan itu bermula dengan niat"

innamal a'maalu binniat

nak takut apa
ALLAH kan ada
malaikat kiri dan kanan pun ada

"doa itu senjata mukmin".....

mak, ayah...

"kin, hang dah buat revision ke belom? kan 21hb ni ada ujian bertulis PTD. buat la ckit2 ulangkaji, tengok apa yg patut. tak pun hang tanya k.jah. dia dulu pun penah buat ujian yang sama. tu pun kalau dia ingat lagi," tanya ayah.

YA ALLAH, tersentak aku dengan pertanyaan ayah pasal ujian bertulis yang akan aku hadapi 21 hb nanti. Mak dan ayah memang amat ambil berat dengan apa yang berlaku kat anak2. Tapi anak-anak macam mana?

Terima kasih banyak mak, ayah... (",)