06 March 2009

al-ahzab, 21

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Ye have indeed in the Messenger of Allah a beautiful pattern (of conduct) for any one whose hope is in Allah and the Final Day, and who engages much in the Praise of Allah. (al-ahzab,21)


02 March 2009

JANGAN

1. Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

7. Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
angan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

9. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa..

10. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

11. Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

12. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

13. Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

14. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

15. Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ilangkan kasih orang kepada kita.

16. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

17. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

18. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.


~"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"~
(Sabda Rasulullah SAW)




01 March 2009

SECAWAN KOPI


Secawan kopi? Apa yang menariknya dengan secawan kopi???

Ehh, jangan tak tau pulak... Cuba tengok secawan kopi d sebelah ni. Cantik sungguh cawannya. Hitam pekat kopi tu. 'Hitam itu menawan'.

Sebenarnya, saya ingin membawa pembaca kepada maksud di sebalik 'secawan kopi'.

Menurut buku bertajuk Hari Penyesalan- Persiapan Menghadapi Maut karangan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Allah tidak akan mengurniakan air walau seteguk mahupun makanan walaupun sesuap ketika manusia menghuni Mahsyar ribuan tahun.

Memberi jamuan makan minum tidak semestinya denagn mengadakan majlis kenduri secara besar-besaran, bukan pula menanti berlaku kematiandalam keluarga lalu mengadakan jamuan untuk mengadakan kebduri tahlil dan sebagainya.

Realiti yang sebenarnya ialah memadailah dengan mengajak kawan-kawan bersarapan pagi dengan secawan kopi bersama sepotong kuih dan seumpamanya. Apa yang diutamakan dalam soal bersedekah itu ialah IKHLAS semata-mata kerana Allah, suka hendak membuat kebaikan kerana Allah menghendaki agar manusia berbuat demikian.

Mari kita telusuri bagaimana keperibadian junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Baginda gemar bersedekah kepada orang yang memerlukan dengan pantas bagaikan angin yang kencang sehingga rumahnya tidak ada baki makanan. Dalam hal tersebut, Saidatina 'Aisyah r.anha pernah mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. sehari berasap dapurnya dan sehari kemudiannya tidak berasap. Keadaan berselang-seli iaitu sehari ada makanan dan sehari kemudiannya tiada makanan.

Konklusinya, semaikanlah sifat ikhlas dalam setiap tindakan kita walaupun perbuatan itu hanyalah hanya secawan kopi yang mampu kita berikan kepada tetamu yang datang ke rumah kita.