21 May 2009

DIAM

"Awat hang diam je, ustazah?"

Sebenarnya banyak kelebihannya berdiam diri. Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara tidak keruan. BAik perangai dan pendiam, kedua-duanya adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya, asalkan hati menyuruh empunya diri berbuat demikian.

Nabi s.a.w bersabda:

"Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh ialah diam dan baik perangai." (Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)

Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik berdiam diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang. Ketika Nabi s.a.w. disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik, Baginda s.a.w menjawab:

" Aku tidak dutuskan untuk (melemparkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Demikian juga kepada orang bawahan sama ada kerana usia atau pangkat. Anas r.a, pembantu rumah tangga Rasulullah s.a.w. berkata:

"Aku membantu rumah tangga Nabi s.a.w. selama sepuluh tahun dan belum pernah Baginda s.a.w. mengeluh "Ah!" terhadapku dan belum pernah Baginda s.a.w. menegur, kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini?" (Riwayat Ahmad)

Ingatlah pesan Nabi Muhammad s.a.w.:

"Seorang mukmin bukanlah pengumpat, yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor." (Riwayat Bukhari)



~ANIS, Mei 2009 : Jamadil Awal / Jamadil Akhir 1430H~



02 May 2009

'WINNERS ARE PEOPLE LIKE YOU'


Winners take chances
Like everyone else, they fear failing
But, they refuse to let fear control them

Winners don’t give up
When life gets rough, they hang on
Until the going gets better

Winners don’t blame fate for their failures
Nor luck for their successes
Winners accept responsibility for their lives

Winners are positive thinkers
Who see good in all things
From the ordinary, they make the extraordinary

Winners believe in the path they have chosen
Even when it’s hard
Even when others can’t see where they are going

Winners are patient
They know the goal is only as worthy as
The effort that’s required to achieve it

Winners are people like you
They make this world
A better place to live in


-Nancy Sims-

01 May 2009

ALHAMDULILLAH



Dalam pukul 7.00 malam tadi baru saja selesai aktiviti menunjukkan bakat. Setiap peserta diberi peluang untuk beraksi di atas pentas. Pertandingan yang diadakan adalah 'public speaking, poem, choral speaking, drama, and stand up comedy". For me, it is an interesting activities although there might be something unpleasant thing happened.


Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ALHAMDULILLAH, syukur kepada ALLAH. segala kebaikan yang diperoleh ini datangnya daripada ALLAH. Semoga ALLAH membalas segala jasa baik kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang mendoakan diri ini.


Terima kasih banyak-banyak kepada:

1. Mak dan ayah yang sentiasa mendoakan kebaikan dan kejayaan untuk diri ini. tidak lupa juga untuk adik-beradik yang lain. Thanks a lot.

2.Miss Nur Hidayah Harun, my roommate. ( i think you know about it... heee...thanx for giving me a chance to borrow your book. thank you very much =D )

3. Picu Sdn Bhd ( thanks a lot for all your support during last Thursday-Palestine:In the heart of Muslims, and Talent Day. In organization, cooperation is important)

4. Untuk sahabat-sahabat yang mendoakan kejayaan dan kebaikan diri ini bersama. Semoga kalian menjadi hamba ALLAH yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat. Semoga kita sama-sama tsabat dalam perjuangan.


"wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati ini, tetapkanlah hati kami ke atas agama-MU,

wahai Tuhan yang memalingkan hati ini, palingkanlah hati kami kepada mentaati-MU."


Terima kasih untuk semua.

Sebenarnya semasa menyertai contest tu, saya ada berniat dalam hati tentang satu perkara. Alhamdulillah, ALLAH makbulkan hajat saya.


YA ALLAH, semoga aku menjadi hamba yang sentiasa sujud hanya kepada-MU.

Semoga lidahku, hatiku dan seluruh anggota badanku sentiasa mengucapkan tasbih dan zikir kepada-MU.

Aku ialah hamba ALLAH
Aku bekerja kerana ALLAH
Aku ingin mencari cinta ALLAH
Ampunkanlah dosa-dosaku
YA RABBAL 'ALAMIN