25 August 2009

25 AUGUST 2009


In The Name Of ALLAH...


Today is my father's birthday.
Selamat Hari Lahir ayah... Yang ke-60

Semoga termakbul segala impian.
Semoga sentiasa mendapat perlindungan ALLAH.



Teringat saya suatu ketika dulu masa sekolah menengah, ada cikgu bagi sehelai kertas untuk diberikan kepada waris kita. Rasanya saya berada di Tingkatan 1. Seperti yang diarahkan, saya pun menyerahkan kertas tersebut kepada ayah saya. Lepas ayah tengok kertas tu, terus muka ayah berubah macam marah. Saya pun masuk ke dalam rumah dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya. "Loh, awat ayah aku marah aku plak? Apa yang tak kena?" Kemudian, saya memberikan kertas itu kepada mak saya pulak seperti yang diarahkan oleh ayah. Lepas melihat helaian kertas itu, mak saya cakap, "Tulis je lah berapa yang patut..."



Bila dah besar, baru saya terfikir dan teringat...Sebenarnya, kertas itu mengandungi kos yang mak dan ayah dah belanjakan untuk membesarkan anak-anak. Mana ada ibu bapa yang sanggup menyatakan perbelanjaan mereka untuk membesarkan anak-anak. Kalaulah ada ibu bapa yang amat berkira dengan anak-anak, mampukah kita menebus jasa dan pengorbanan mereka? Sudah pasti amat sukar sekali. Bagaimana kita nak membayar harga susu ibu untuk membesarkan kita? Bagaimana pula dengan nilai titik peluh mak dan ayah yang bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki? Bagaimana pula dengan masa yang mak dan ayah luangkan umtuk kita? hmm, sama-sama fikirkan...

*Sayangilah ibu dan bapa
*Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak tetapi seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu dan bapanya.
* YA ALLAH, semoga aku menjadi anak yang solehah. Yang berbakti dan sayang akan mak dan ayahku. Jauhilah diriku serta muslimin dan muslimat daripada menjadi anak yang toleh. Ameen Ya Rabbal √Ālamin...



21 August 2009

SALAM RAMADHAN

~In The Name Of ALLAH, The Most Gracious, The Most Merciful~



# Salam Ramadhan untuk semua
# Sama-samalah kita mengejar ganjaran pahala yang ALLAH sediakan pada bulan Ramadhan yang mulia ini
# Bulan Ramadhan = Karnival Ibadah
# Ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Sesungguhnya hamba ALLAH ini banyak kelemahan dan amat memerlukan nasihat serta teguran daripada kalian.
# Ya ALLAH, ampunkanlah dosa-dosaku. Ampunkanlah dosa-dosa mak dan ayahku. Kasihi dan sayangilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku dari kecil hingga hayat di kandung badan. Semoga kedua ibu dan bapaku ditempatkan bersama orang yang beriman. Ya ALLAH, ampunkanlah dosa-dosa muslimin dan muslimat. Kami lemah Ya ALLAH. Kami seringkali alpa Ya ALLAH. Tetapi, ENGKAU tetap setia mencurahkan kasih dan sayang-MU Ya ALLAH. Hinanya kami Ya ALLAH. Ampunkanlah kami Ya ALLAH. Selamatkanlah muslimin dan muslimat di seantero dunia.



Ameen Ya Rabbal 'Alamin...

20 August 2009

SUSAH SANGAT KE?



Sekadar bebelan...

Susah sangat ke nak senyum? Rasanya tak la susah sangat... Orang kata senyum itu satu sedekah. "Aku tengok depan kau tengok kiri..." Hina sangatkah nak pandang muka sesama jantina? Aku tidak meminta lebih dari sebuah senyuman. Hanya itu yang ku pinta. Bukankah senyuman itu anugerah ALLAH. Ianya milik ALLAH. Kenapa pulak susah nak senyum.

Jom kita tengok macam mana akhlak Rasulullah s.a.w. berkenaan senyum ini. Artikel ini dipetik daripada http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1833


Antara sahabat besar yang pernah menceritakan betapa indahnya senyuman Rasulullah SAW ialah Saidina Umar. Kata Saidina Umar:
“Rasulullah SAW tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya.” (Hadis diriwayatkan Ibnu Hibban)
Seorang lagi sahabat Rasulullah s.a.w., Abdullah bin Al-Harist menyatakan:
“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Cucu kesayangan Baginda SAW, Saidina Husein juga ada menggambarkan bagaimana sikap Rasulullah mana direkodkan oleh Imam At-Tirmizi, beliau berkata:
“Aku bertanya kepada ayahku (Saidina Ali) mengenai adab dan etika Rasulullah SAW terhadap orang yang bergaul dengan Baginda. Ayahku mengatakan: Baginda senantiasa tersenyum, budi pekerti lagi rendah hati, Baginda bukanlah seorang yang kasar, tidak suka berteriak-teriak, bukan tukang cela, tidak suka mencela makanan yang tidak disukainya. Siapa saja mengharapkan pasti tidak akan kecewa dan siapa saja yang memenuhi undangannya pasti akan sentiasa puas.”
Nabi Muhammad s.a.w. walaupun dalam keadaan mara, tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai.


Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik-baik manusia dan seorang nabi dan rasul, tidakkah kita malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikuti perbuatan Rasulullah kerana
harga senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit.


* Senyum seindah suria. =)

18 August 2009

ZIARAH



Awin : Wei, 15 hb ni jom kita pi Langkawi nak tak?
Bushra : Hah, cun sangat la tuu... Duit gaji pun still ada lagi... Molek sangat doh.
Fika : Amboi, hang ni kalau bab berjalan memang nombor satu noh...
Bushra : Aku bukan apa, sementara aku masih solo lagi... Boleh la aku pi berjalan dengan kawan-kawan... Nanti aku dah kawin, tak boleh sangat dah dok join hampa...
Fika : Hek elehh, alasan je tuu... Ishh, ingat kawin je... Ntah ntah hang mati dulu ke... Haa, kan bagus sentiasa ingat mati... Nabi s.a.w. sabda: "orang yang paling bijak ialah mereka yang sentiasa ingat mati dan mempersiapkan diri untuk menghadapi mati..."
Awin : Yup, betul tu...
Bushra : Alahh, gurau je pun tak boleh... Aku tau lah.
Awin : Ni aku nak tanya sikit... Kita pi Langkawi ni nak buat apa ek?
Diana : (tetiba je menyampuk) Ish, ish, ish... Apa ke bongap bonar lah budak ni... Of course la nak makan angin.
Bushra : Hahahaaahh... makan angin buat ape... habis kembung perut hang tu... Kah kah kah...
Awin : Ehhh, sudah sudah sudah...Aku tau la nak makan angin. Itu boleh jadi matlamat sampingan. yang lebih utama ialah kita pasang niat berjalan kerana ALLAH, untuk lihat muka bumi ciptaan ALLAH. ALLAH cipta semua ni bukan dengan sia-sia. Lagi satu kita pi Langkawi untuk ziarah sahabat kita yang duduk di sana. Tujuannya untuk eratkan silaturrahim sesama Muslim. Jadi, insyaALLAH tak lah pergi sekadar atas angin ja. Maksudnya rugi semata-mata kita pergi sana. Buat penat badan saja. Tapi kalau kita pergi dengan niat kerana ALLAH, insyaALLAH pekerjaan tu akan menjadi satu ibadah dan dipandang oleh ALLAH. Harap-harap hati kita ni dipelihara oleh ALLAH supaya tak terlibat dengan sebarang kecelakaan sepanjang perjalanan ke sana.
Fika : Hmmm, betul betul betul... Nanti sampai sana aku nak beli hadiah kat mak aku la... Beli apa ek?
Bushra : Kan hari tu hang kata nak beli pinggan mangkuk... jenis mana ntah? Haaa, melamine kot...
Fika : Hmm, betul jugak kan... Kalau anak-anak buah aku balik, selamatlah sikit pinggan kaca mak aku tu...

~Lihat-renung-kaji-selidik ciptaan ALLAH


14 August 2009

NEW NEPHEW

In The Name Of ALLAH... The Most Gracious, The Most Merciful


Early this morning, around 5.30 a.m, I got a message from my brother in law. He said a baby boy had born. Both of the baby and the mother are safe. ALHAMDULILLAH. One thing special is he born on Friday, the holy day for muslims. I ask my brother what is the name of the baby but he refuse to answer and said it is surprise... Just wait... [Then, my brother told the baby's name is Muhammad Haiqal Falias Tatiunis; son of Mohd Amiezan and Siti Noor Hazilah Maarop].



Therefore, my beloved mother and father; Bonda Siti Salhah bt Isa and Ayahanda Maarop b. Ishak will go to Rawang by bus this noon. Hope they will have a safe journey. Mak and ayah will have 4 grandsons and I will have 4 nephews. =D


Mrs. Hazilah and Mr. Amiezan with the nephews, Adam Irfan (right) & Adi Farhan (left).








*ALHAMDULILLAH

*Welcome to the world, my son. (^_^)

13 August 2009

USTAZ ASRI DALAM KENANGAN


Menurut akhbar online Berita Harian, Asri Ibrahim ketua kumpulan Rabbani meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur.
Beliau meninggal dunia ketika berusia 40 tahun pada lebih kurang jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.
Allahyarham dilaporkan pengsan ketika mengjalani penggambaran bagi rancangan Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.
Rakannya Azdan yang dipetik Berita Harian berkata bahawa jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.
Beliau yang popular dengan gelaran Ustaz Asri Rabbani dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 6 orang anak.















* AL-FATIHAH...

10 August 2009

09 OGOS 2009


Perjalanan dari Changlun- Jitra- Langgar- Kulim- Mutiara, 1737; 8.30 pm

~ Terjumpa housemate skuter hijau, (kami bergerak dulu ye). Hati2 bawak motor.
~ Highway jammed. Ternampak sebuah lori terbalik. Nampak macam ada kesan terbakar. Tak tau bawak muatan apa. Pihak bomba uruskan perjalanan jalan raya- halang orang ramai daripada berhenti untuk tengok kejadian tu...
~ Konvoi motor-motor besar-> orang yang last lambai kat 7005. Heeee =p
~ Dah sampai Kulim, gelap-gelita. (Apa kena pulak nih? Ntah, ntah Mutiara dalam kegelapan? Roger budak kelaparan hari Sabtu =D)
~ Jalan jammed. Perayaan Hindu- ramai bapak polisi- kawal perarakan tersebut. Nampak depa bawak Tuhan depa. Masa lalu tepi tu rasa semacam ja. Takut kot-kot depa hilang kawalan. Terlalu fanatik dengan Tuhan depa.
~ Dah melepasi traffic light, lalu kawasan gelap- kiri kanan ladang kelapa sawit. Tiba-tiba, satu makhluk (nampak macam putih- ilusi aku je kot) terlanggar bahagian depan 7005. Driver kata burung ja kot. (Malam-malam ni jangan cakap tak ketahuan sangat. Jaga mulut tu. Jangan tegur tak tentu pasal).
~ Alhamdulillah, selamat jumpa Mutiara 1737 selepas beli pelbagai 'order' daripada kanak-kanak dgn org Jepun tu. (^_^)

1. Apa yang ALLAH nak tunjuk kat aku sebenarnya?
2. Sabda Nabi s.a.w: "Sentiasalah kamu memperbaharui iman di hati kamu... Lalu sahabat r.a. bertanya bagaimanakah caranya Ya Rasulullah s.a.w.? Sentiasalah kamu menyebut:




* Suburkan iman dengan zikrullah * (",)



MY NEPHEWS


~Assalamu'alaikum~

They are my nephews. From left: muhammad iqbal hakimi b. mohd. rodzi, adam irfan b. mohd suhaimy, and adi farhan b. mohd suhaimy.

Adam Irfan- 23 Oktober 2005
Adi Farhan- 17 Februari 2007
Muhammad Iqbal Hakimi- 9 November 2008

Abang Adam sekarang ni dah betah berbicara. Kadang-kadang tengok tv dia akan banyak bertanya. Kegemaran adam main PS3. Bab komputer ni memang 'terer' sangat. Ikut ayah dengan mak dia la. Anak orang IT katakan. Remote control tv tu pandai sangat tekan. Dah boleh hafal channel. Astro Ceria 611, lepas tu channel kartun. Kalau bertanya adam suka mula dengan perkataan 'apa'. Contohnya; "ape tok mandi nenek (kenapa tok mandikan nenek)", "ape mak teh naik keta ayah? (kenapa mak teh naik keta ayah?)". Pernah sekali tu pinggan dipanggilnya 'pinggai'. "Tok basuh pinggai ke?"

Si adik pulak, kerjanya meng'copy' apa yang abang dia cakap ja. Adi Farhan panggil abang dia 'abam'. Adi ni suka senyum dan buat action yang comel. Kalau bab makan nombor satu. Kalau kita mintak, adi tak kan bagi. Ditolehnya ke belakang dan dimakannya atau minum sampai habis. "Adi, bagi kat ibu sikit air coklat tu..." Cepat-cepat dia minum sampai habis sebab tak mau bagi dekat ibu dia. Kalau beli barang macam baju dekat depa dua orang ni, kena beli yang sama. Kalau tidak, si abang adam ni asyik dok 'compare' la. Kalau elok, abang yang ambik... Lagi satu, adi ni kalau naik kereta ja, mesti mudah tidur.

Si Hakimi ni pulak anak orang pulau- Pulau Labuan. Jadi, kalau nak jumpa pun time cuti sekolah dan raya je lah. Sekarang dia suka tarik rambut umi. Kalau umi cakap kat telefon, dia pun mesti sibuk nak cakap. Hakimi ni lasak. Kalau dengan tok dia dia rajin sembang la. Tok faham apa yang hakimi cakap. heee...



~Tunggu hari raya untuk berkumpul ramai-ramai (^_^)