25 August 2009

25 AUGUST 2009


In The Name Of ALLAH...


Today is my father's birthday.
Selamat Hari Lahir ayah... Yang ke-60

Semoga termakbul segala impian.
Semoga sentiasa mendapat perlindungan ALLAH.



Teringat saya suatu ketika dulu masa sekolah menengah, ada cikgu bagi sehelai kertas untuk diberikan kepada waris kita. Rasanya saya berada di Tingkatan 1. Seperti yang diarahkan, saya pun menyerahkan kertas tersebut kepada ayah saya. Lepas ayah tengok kertas tu, terus muka ayah berubah macam marah. Saya pun masuk ke dalam rumah dengan wajah yang penuh dengan tanda tanya. "Loh, awat ayah aku marah aku plak? Apa yang tak kena?" Kemudian, saya memberikan kertas itu kepada mak saya pulak seperti yang diarahkan oleh ayah. Lepas melihat helaian kertas itu, mak saya cakap, "Tulis je lah berapa yang patut..."



Bila dah besar, baru saya terfikir dan teringat...Sebenarnya, kertas itu mengandungi kos yang mak dan ayah dah belanjakan untuk membesarkan anak-anak. Mana ada ibu bapa yang sanggup menyatakan perbelanjaan mereka untuk membesarkan anak-anak. Kalaulah ada ibu bapa yang amat berkira dengan anak-anak, mampukah kita menebus jasa dan pengorbanan mereka? Sudah pasti amat sukar sekali. Bagaimana kita nak membayar harga susu ibu untuk membesarkan kita? Bagaimana pula dengan nilai titik peluh mak dan ayah yang bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki? Bagaimana pula dengan masa yang mak dan ayah luangkan umtuk kita? hmm, sama-sama fikirkan...

*Sayangilah ibu dan bapa
*Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak tetapi seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu dan bapanya.
* YA ALLAH, semoga aku menjadi anak yang solehah. Yang berbakti dan sayang akan mak dan ayahku. Jauhilah diriku serta muslimin dan muslimat daripada menjadi anak yang toleh. Ameen Ya Rabbal Álamin...



No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...