24 December 2010

HATI INI

Bismillahirrahmanirrahim

Resah, keliru, runsing, serabut, tak ketahuan...
Kenapa jadi macam ni?
Nak mintak tolong dengan siapa ni?
Mak, ayah, kawan, adik-beradik...
Mereka semua itu makhluk ALLAH jua
Siapa yang menciptakan mereka?
Mestilah ALLAH
Mereka punya hati
Sama seperti aku jua
Bukankah hati ini DIA yang pegang
DIA bisa membolak-balikkan hati ini
DIA mengetahui apa yang tersirat dalam hati ini

'Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami ke atas agama-MU
Wahai Tuhan yang memalingkan hati, palingkanlah hati kami ke arah mentaati-MU...'

Nabi s.a.w. pernah bersabda
Manusia tidak akan sesat jika berpegang teguh dengan dua perkara ini
Apakah ia?
Al-Quran dan sunnahnya

Takkan masih ragu-ragu dengan pernyataan Nabi Muhammad s.a.w ini
Na'uzubillahiminzalik
Mengundang kepada rosaknya iman
Segeralah beristighfar
Mohon taubat nasuha daripadaNYA

Dalam azan menyatakan
'Marilah solat, marilah menuju kejayaan'
Ohh, jadinya...
Solat dulu baru boleh berjaya
Masih tak percaya?
Tundukkan egomu
Rendahkan dirimu serendah-rendahnya
Seperti mutiara di lautan
Buangkan ego yang bersarang di benak hati

Siapa aku di dunia ini?
Semua nikmat ini pemilik mutlaknya ialah ALLAH
Aku ialah hamba ALLAH
Seorang hamba hanya patuh kepada Tuannya sahaja
Bukan ikut suruhan syaitan laknatullah
Makhluk yang dilaknat oleh-NYA

Sujudlah kepada ALLAH
ALLAH, ALLAH, ALLAH
ALLAHUAKBAR
ALLAH Maha Besar

07 December 2010

1432H

~Bismillahirrahmanirrahim~

Hati dia banyak menyimpan rahsia rupanya. Sehinggakan apabila ditanya, tergugur titisan jernih. Nampak sangat bahawa dia menanggung beban. Tetapi kecekalannya itulah yang membuatkan dia lebih kuat, lebih tabah hadapi hidup, lebih dekat dengan ALLAH. Kecekalannya itulah juga yang membuatkan lahirnya zuriat yang mempunyai hati sekental dirinya. Siapa sangka secara fisiknya senyuman manis terukir, rupa-rupanya hati itu terkandung duka. ALLAHUAKBAR. Terima kasih ALLAH.

"Kalau susah hati cerita kat sape?"

"Dulu-dulu masa hidup merantau, mengadu kat Tuhan je lah."

“Dan Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepadaKu. Maka hendaklah mereka memenuhi (panggilan/perintah)Ku, dan beriman kepadaKu agar mereka mendapat petunjuk (bimbingan)”.

*************************************************************************************

Rezeki itu bukanlah apa yang kita nampak secara mata kasar, duit berjuta-juta, rumah besar, kereta besar. Rezeki itu bermaksud pemberian daripada ALLAH Taala.

Rezeki: zuriat yang banyak, anak yang soleh, suami/isteri yang soleh/ solehah, hati yang tenang, sahabat handai yang baik, sanak- saudara yang utuh silaturrahimnya, tanah yang subur, umur yang diberkati, ilmu yang dimiliki dan diaplikasikan ke arah jalan yang diredhai-NYA.

~Surau Avon: 06/12/2010, 1500~

************************************************************************************

1. Dari mana kamu datang?
2. Ke mana kamu akan pergi?
3. Untuk apa kamu diciptakan?

Salam Maal Hijrah 1432H. (^_^)v

12 November 2010

DIA

Gelappp... Keliru... Hilang...
Kat mana nih?
Apa yang tak kena nih?
Something wrong somewhere?

Mesti niat jahat
Hati kotor
Buruk sangka
Hasad dengki
Buat maksiat banyak
Selalu lupa DIA

Jalan lagi...
Ke hadapan
Mesti akan jumpa sesuatu
Masakan DIA akan membiarkan bersendirian
Sedangkan mencari sesuatu kebaikan

Nak mencari DIA
Lebih dekat dengan DIA
Kerana DIA lah segala-galanya
Makan kerana DIA
Senyum kerana DIA
Penat kerana DIA
Tolong kerana DIA
Pujian kerana DIA
Musibah kerana DIA

Tiba-tiba...
Cerahnyaaa
Bersemangat
Cas positif mencurah-curah
Hematid memacu laju

Puji-pujian hanya bagi DIA
Dah jumpa realitinya
Sudah lama mencari dan tercari-cari
Setiap masa terintai-intai di jendela
"Apa khabar kamu hari ini?"
Setia menemani
Sahabat karibku M.A.U.T
Musuh setiap saat
S.Y.A.I.T.A.N laknatullah

Berdekah-dekah diketawakan
Gelak besar mentertawakan

Giliran istiqamah pula...

11 November 2010

Al-Furqan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Surah Al-Baqarah (2); ayat 264

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosak sedekahmu dengan menyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang menginfakkan hartanya kerana riya' (pamer) kepada manusia dan dia tidak beriman kepada ALLAH dan hari akhir. Perumpamaannya (orang itu) seperti batu yang licin yang di atasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi. Mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir."

Surah Yunus (10); ayat 24

"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu hanya seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah tanaman-tanaman bumi dengan subur (kerana air itu), di antaranya ada yang dimakan manusia dan haiwan ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan berhias, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya (memetik hasilnya), datanglah kepadanya azab Kami pada waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanamannya) seperti tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda (kekuasaan Kami) kepada orang yang berfikir."

Surah Yunus (10); ayat 44

"Sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi manusia sedikit pun, tetapi manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri."

~tafsir Al-Quran Darul Iman~

30 October 2010

SEPETANG DI MASJID AL-BUKHARY


Remaja: Cabaran dan Kekuatan
Oleh: Dr. Danial Zainal Abidin
Lokasi: Dewan Masjid Al-Bukhary

Remaja, anak muda, teenagers, syabab...
Perkataan yang sama dan membawa erti yang sama juga. Apabila disebut nama remaja, perkara yang amat berkait rapat ialah cinta. 'Remaja dan cinta'. Lumrah alam Tuhan selitkan sifat ingin dikasihi dan mengasihi. Lelaki suka kepada perempuan dan sebaliknya. Saling mempunyai tarikan dengan berlainan jantina. Itu bagi manusia yang ada sifat normal. Namun, usia muda itu tidak harus cuba-cuba untuk bermain dengan cinta. Masa belajar perlu diberi fokus keutamaan.

"Alah, kak. Saya saja je. Suka-suka nak ber'couple-couple' ni. Saja nak test power minah tu. Tengok-tengok dia pun layan. Saya 'go on' je lah."

Di bangku sekolah lagi sudah pandai bermain cinta. Sedangkan mak ayah hantar ke sekolah dengan harapan untuk lihat anak-anak berjaya. Wang belanja diberi untuk diri sendiri tetapi digunakan untuk 'topup' telefon agar dapat melayan mesej atau membuat panggilan kepada awek. Tidakkah ada rasa kasihan di lubuk hati kita memikirkan betapa susahnya ibu dan ayah mencari duit/ rezeki untuk kemudahan anak-anak. Duit yang mak dan ayah amanahkan untuk belanja membeli makanan disalahgunakan. Demikian juga dengan pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Mungkin ada segelintir yang mendapat wang bantuan zakat. Beringatlah bahawa setiap saluran perbelanjaan itu akan ditanya di akhirat kelak. Kemana wang tersebut digunakan? Membeli barang-barang yang kurang penting seperti telefon mahal. Pada hemat saya, seorang pelajar tidak seharusnya membelanjakan wang pinjaman untuk membeli barang-barang berjenama. Cukuplah sekadar telefon yang mempunyai fungsi-fungsi asas sahaja. Bukan hendak menyekat kemajuan atau up-to-date tetapi lihatlah kepada keperluan dan kehendak.

Berbalik kepada soal remaja di bangku sekolah yang aktif bermain chenta. Sekali pandang sudah terpikat. Lepas tu, mintak nombor telefon. Seterusnya, bermain-main mesej dan 'calling-calling'. Kemudian, atur perjumpaan. Pertemuan di tempat sunyi sepi, berdua-duaan. Makhluk bertanduk dua a.k.a syaitan laknatullah berjaya memperdaya anak muda tersebut.

"Habis tu, kak? Tak boleh la nak melayan perasaan main-main chenta ni?"

ALLAH berfirman dalam surah Al-Israa', ayat 32:

'Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk.'

Bersabarlah tatkala ALLAH mengatakan JANGAN!

"Habis tu, saya ni akan hidup solo selama-lamanya lah, kak."

ALLAH berfirman lagi dalam surah An-Nur, ayat 26:

'Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia.'

"Tapi saya tengok ada je kawan-kawan yang dulunya sering keluar bersama dengan pakwe dia. Last sekali kawin juga, hidup bahagia bertambah rezeki dengan anak pinak lagi tuu.. Macam mana pulak tu, kak?"

Hasutan syaitan yang memperlihatkan keindahan di mata manusia sedangkan perkara itu dilarang oleh ALLAH. Mungkin pasangan tersebut telah bertaubat dan ALLAH mendengar taubat mereka. ALLAH bersifat Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Maka, wahai ukhti...
Sayangilah diri. Dekatkan diri dengan ALLAH, Pencipta Agung. Perkasakan diri dengan ilmu dan taqwa. Masanya akan tiba untuk dirimu menjadi suri untuk seorang yang sah bergelar suami buat dirimu. Yakin dengan janji ALLAH. Bersangka baik dengan ALLAH.

~Ya Allah, semoga apa yang disampaikan ini menjadi teladan untuk diriku jua. Bukan sekadar omongan kosong. Aku hambaMu yang lemah, maka berilah petunjuk kepadaku. Jauhilah kami daripada sifat-sifat mazmumah. Kebaikan itu hanya Engkau yang berhak menerima pujiannya, sedangkan aku hambaMu yang hina lagi lemah, Ya Allah.

~Sembang-sembang bersama Puan Faridah a.k.a 'madam' dan Siti Hajar Mat Isa. Terima kasih diucapkan atas perkongsian ini.

~Beberapa nasihat daripada Dr. Danial kepada anak-anak muda:
*Gunakan masa muda sebaik-baiknya.
*'You choose your own way'.
*I don't want to be a simple Malay, I want to be a Muslim (dengan mencontohi kehidupan para sahabat- masa muda dipenuhi dengan menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu, hafaz Al-Quran dan hadith..)

Wallahua'lam.

13 October 2010

SERUAN HAJI

~Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

Ramadhan, Syawal, Zulkaedah, dan Zulhijjah. Sekarang sudah masuk bulan Zulkaedah. Kemudian, bulan Zulhijjah pula menyusul. Pejam celik, pejam celik, dah nak habis bulan Hijrah 1431. Dalam bulan ni, insan yang terpilih mungkin sibuk dengan persiapan untuk ke Mekah, sebagai memenuhi syarat seorang Muslim seperti yang terkandung dalam Rukun Islam terakhir, iaitu menunaikan haji bagi yang berkuasa. Dalam bulan ini juga saya sempat menghadiri majlis doa selamat untuk dua orang insan yang membantu diri ini dalam proses menjadi hamba-NYA yang sejati. Mereka yang dimaksudkan ialah Ustazah Roshidah Romli dan Puan Wan Zaharah Wan Din.

Doa saya agar dipermudahkan segala urusan mereka di sana. Semoga mendapat haji yang mabrur. Semoga selamat pergi dan pulang.

* Semoga mak, ayah, dan diri ini juga diberikan kesempatan untuk menunaikan haji di Tanah Haram tersebut suatu hari nanti. Amin...


02 October 2010

KUASA TANGAN KIRI

Sebelum ni terlalu sombong menyangka semuanya akan berjalan lancar. Nah, tiba-tiba Allah tetapkan kanan kena rehat, kiri pula yang banyak bekerja. Lepas tu, baru diuji perkara kecil macam ni dah merungut. "Sedarlah diri tu sikit. Kau kan hamba Allah. Allah layak untuk uji sejauh mana kau kata kau dah beriman kepadaNYA. Mungkin disebabkan dosa kau yang banyak, terlalu leka dengan gaya hidup dunia, dan selalu lupa kepada Allah, maka DIA peringatkan kau dengan ujian. Cuba lah fikir positif sikit. Ujian Allah tu tandanya DIA sayangkan hambaNYA. Hidup kita ni ibarat layang-layang. Bila dah terbang tinggi sangat, tuan kita tarik sikit-sikit tali layang-layang tu."

~29/09/2010: 1500

20 September 2010

Wanita, Dehearty




Mengagumi kejadian TuhanYang Maha Esa
yang menciptakan dunia
dengan keindahan makhluk bernama wanita
Tangan yang menghayun buaian bisa menggegarkan dunia
buktinya, muncul nama-nama hebat
Khadijah, Fatimah, Sumaiyah, Khaulah, Rabiatul Adawiyah
menjadi inspirasi wanita masa kini
yang perlu turut sama bersaing dengan arus kemodenan
berpegang teguh dengan tuntutan syariat
tangan kiri memangku si anak kecil, tangan kanan memandu jalan
seringkali dikatakan mempunyai 9 emosi dan 1 logik
lembut bukan ertinya mengaku kalah
namun diselitkan jua ketegasan
kerana iman tersemat di sanubari
kebergantungan sepenuhnya kepada Al-Khaliq
sungguh hebat ciptaan ALLAH bernama wanita
sujud syukurku kepada Yang Maha Kuasa
kerana menjadi insan terpilih
memegang tanggungjawab seorang wanita.

18 September 2010

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada ALLAH, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., kekasih ALLAH dan insan teladan sepanjang zaman.

1 Syawal merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam setelah berpuasa selama sebulan. Kemenangan diukur bukan setakat berjaya menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja, tetapi puasa itu turut menguji ketahanan mental, rohani, dan fizikal kita. Manakan tidak, bulan puasa bukanlah bulan uktuk beristirehat sahaja tetapi bulan bekerja juga. Siangnya bekerja mencari rezeki manakala malamnya pula dihiasi dengan solat sunat terawih, membaca al-Quran dan amalan-amalan sunat yang lain. Bagi saya, kejayaan setelah sebulan berpuasa dapat dilihat sekiranya kita terus istiqamah menjalankan ibadat sunat di bulan Ramadhan kepada bulan-bulan seterusnya. Misalnya, istiqamah dengan bacaan al-Quran, solat sunat witir, puasa sunat 6 hari di bulan Syawal mahupun puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

1 Syawal 1431H. Kali ini, sambutan raya di rumah agak meriah dengan kehadiran dua orang baru dalam keluarga En.Maarop dan Pn.Siti Salhah. Mereka yang dinyatakan ialah kakak ipar saya, Puan Hermie Marya Bt. A.Hanim dan anak buah ke-6, Luqman Hadi b. Mohd Rodzi. Namun, seorang kakak tidak dapat turut serta dalam raya kali ni kerana giliran untuk beraya bersama keluarga sebelah suaminya di Kelantan pula. Makin bertambah keluarga, harap-harap dimurahkan rezeki dan semakin berkat hidup. InsyaALLAH.

Raya kali ni menampakkan 'kedewasaan' adik saya, Siti Khadijah. Kalau sebelum ni dia selalu keluar untuk pergi jalan beraya, kali ni giliran kakak dia pulak berjalan-jalan (hehee..) Khadijah banyak membantu uruskan rumah dari mula balik cuti sampailah cutinya tamat. Hari ni dia dah bertolak ke Seremban untuk memulakan sesi pengajiannya. "Semoga selamat sampai, jaga diri elok-elok, study smart ya Khadijah..." (",)

Bercakap pasal anak buah untuk raya kali ni memang menyeronokkan. Tambahan pula, semuanya makin membesar. Macam-macam ragam ditunjukkan oleh 5 orang hero ni. Pening kepala juga tok wan dan atok nak melayan. Kadang-kadang bergaduh berebut satu-satu benda, lepas tu menangis, dan akhir sekali berbaik semula. Bising habis satu rumah dengan tangisan kanak-kanak ni dan jeritan daripada ibu-ibu saudara budak-budak ni. Jadi, raya kali ni, anak buah semakin bertambah, bajet untuk duit raya juga bertambah. =)

Seperti biasa, hari raya merupakan hari yang mulia. Waktu ni lah sanak saudara, rakan taulan yang jauh mahupun dekat datang untuk menziarah. Alhamdulillah, saya sempat juga bertandang ke rumah adik-beradik dan sahabat-handai. Tidak lupa juga ziarah di rumah guru-guru yang sudi mencurahkan ilmu. (Kredit diberikan kepada Cik Bashiroh Yaakub kerana sudi menumpangkan saya untuk pergi beraya... ;D) Saya juga sempat menghadiri sebuah walimatul urus rakan masa sekolah rendah dulu. Tahniah diucapkan kepada Siti Firdaus Mohamed dan pasangannya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.

Pada kesempatan ini, saya Siti Noorasyikin Maarop ingin memohon maaf sekiranya ada melakukan silap kepada insan-insan yang mengenali diri ini. Salah dan silap harap dimaafkan. Semoga kalian beroleh keberkatan hidup daripada ALLAH dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih juga kepada mereka yang sudi datang ke rumah. Sekiranya ada terkurang layanan, harap dimaafkan.

Wallahua'lam...

14 August 2010

SALAM RAMADHAN

Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Hari ni dah masuk hari ke 4 seluruh umat Islam menunaikan Rukun Islam ke 3, yakni berpuasa di bulan Ramadhan. Maka banyak mana persediaan sudah dilakukan? Sama-sama kita lakukan checklist antara amalan sunat yang boleh diamalkan pada bulan Ramadhan:

- solat tarawih. Setiap hari, kadang-kadang atau tidak pernah lakukan?
- membaca Al-Quran. Sudah berjaya menghabiskan satu juzuk sehari di bulan Ramadhan? Moga-moga pada penghujung bulan Ramadhan nanti kita bisa mengkhatam Al-Quran. InsyaALLAH.
- bersahur. Ruginya kalau kita sering meninggalkan sahur kerana sahur itu yang membezakan puasa seorang Muslim dangan kaum yang lain.
- solat sunat lain. Dampingi Ramadhan dengan solat-solat sunat lain seperti solat hajat, solat taubat, solat dhuha, solat istikharah. Ini kerana Ramadhan ialah bulan untuk umat Islam. ALLAH menjanjikan seribu satu rahmat kepada hambaNYA. Maka mintalah kepada ALLAH, bermunajatlah kepadaNYA. Sedarlah bahawa kita adalah hamba yang sangat memerlukan pertolongan dan perhatian daripada ALLAH. ALLAH suka kepada hambaNYA yang meninta-minta kepadaNYA. Disepertiga malam, bangunlah menunaikan solat tahajud sebagai tanda lemahnya kita di hadapan Al-Khalik. ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
- bersedekah. Untungnya kita dilahirkan sebagai seorang muslim. ALLAH kurniakan satu bulan khusus untuk umat Islam menambahkan amalan. Rajin-rajinlah bersedekah, berilah setakat termampu moga-moga ianya menjadi penolong kita daripada menjadi bahan bakar api neraka akhirat kelak.
- berzikir. Banyakkan berzikir mengingati ALLAH. Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang.

Maka, sama-sama kita jayakan karnival ibadah yang diberikan oleh ALLAH ini. Ayuh, kita rebut ganjaran istimewa yang dijanjikan oleh ALLAH. Ayuh, kita cari malam Lailatul Qadar, malam yang labih baik daripada seribu bulan (Al-Qadr, ayat 3).

Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam. Semoga puasa kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Semoga kita diberi kesempatan menunaikan puasa hingga ke akhir Ramadhan 1431H dan tahun-tahun mendatang. InsyaALLAH. Ampun dan maaf saya hulurkan untuk lisan yang terlanjur, janji yang terabai, hati yang berprasangka, dan sikap yang menyakitkan kepada insan-insan yang mengenali diri serba dhaif ini.

Semoga kita berjaya di dunia dan di akhirat hendaknya.

Salam Ramadhan~ (^_~)

* 1 Ramadhan 1431H bersamaan 11 Ogos 2010, saya dapat seorang anak buah lelaki. Nama diberi Luqman Hadi, permata hati kedua kepada Mohd Rodzi dan Siti Nooraihan. Alhamdulillah. Sekarang Hakimi dah ada 'geng' untuk bermain. =)

27 July 2010

GURU JUTAWAN AKHIRAT

In The Name of ALLAH, The Most Gracious, The Most Merciful

"Guru Jutawan Akhirat"...
Pada 24 Julai, Sabtu bertempat di salah sebuah sekolah di Alor Star saya bersama dengan mentor saya: Puan Faridah Ibrahim a.k.a. 'madam' telah menghadirkan diri ke sebuah seminar untuk guru-guru. Seminar tersebut telah berjaya mengulas sebuah buku yang boleh dikatakan terbaik untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutamanya guru. Buku tersebut bertajuk "Guru Jutawan Akhirat". Buku ini merupakan nukilan Tn. Hj. Shopuan Anuar B. Hj. Ahmad, Penolong Pengarah Kanan Pengurusan Dakwah, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Selangor. Beliau merupakan seorang yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan.

Setiap insan perlu belajar atau menuntut ilmu. Tujuan belajar adalah untuk menghilangkan kejahilan. Hadith Nabi s.a.w. juga ada menyebut apabila mati anak Adam, semua perkara akan ditinggalkan kecuali 3 benda: 1. ilmu yang dimanfaatkan 2. sedekah jariah 3. doa daripada anak yang soleh.

Jadi di sini kita dapat lihat betapa pentingnya ilmu. Mengapa Iqra' dijadikan ayat pertama kepada kita sebagai umat Islam? Kenapa ALLAH tidak menurunkan surah Al-Ikhlas sebagai surah pertama? Bukankah surah itu menyatakan berkenaan ketauhidan kita kepada Pencipta kita, ALLAH?

  1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
  2. Sesungguhnya Allah kekal.
  3. Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
  4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.
Maka, ada maksud tersirat suruhan ALLAH supaya kita membaca (iqra'). Membaca bukan sekadar membaca tetapi membaca dengan nama ALLAH.

"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)"... Al-Alaq: 1

Entry saya ini bukanlah ditujukan kepda guru semata-mata tetapi kepada semua insan. Kita adalah guru. Mungkin bukan guru berdasarkan kelayakan sijil atau ijazah tetapi guru di belakang tabir. Kita ada lah guru untuk diri sendiri, ibu bapa juga adalah guru, kawan-kawan juga adalah guru, semua orang adalah guru untuk dirinya sendiri.

Tugas seorang guru tidaklah cukup sekadar mengajar akademik semata-mata tetapi guru juga perlu meniupkan ruh dalam setiap ilmu yang diajarkan. Misalnya: seorang guru matematik mengajar subjek kira-kira kepada pelajar-pelajarnya. 2+2=4. Hasilnya tidak akan menjadi 5,7, dan 11 (kecuali dengan kuasa ALLAH). Maka, apabila meningkat dewasa, pelajar pun terlibat dalam dunia pekerjaan, menjadi seorang jurutera. Dalam bekerja, kita telah dididik supaya bekerja dengan ikhlas, membuat hitungan dengan betul, kerana setiap perbuatan akan dihisab. Ingatlah, walau sebesar zarah sekalipun amalan kita akan dihisab oleh ALLAH tidak kira ia merupakan amalan kebaikan atau kejahatan (al-zalzalah; ayat 7).

Guru perlu menghubungkan ilmu dengan Tuhan. Setiap huruf dan patah perkataan yang diajar akan menjadi nur (cahaya) di akhirat. InsyaALLAH. Maka, pepatah 'Guru Ibarat Lilin' perlu diubah kepada 'Guru Ibarat Matahari'. Lilin akan membakar dan terus membakar dirinya sedangkan matahari akan menerangi dan terus menerangi alam serta memberi manfaat kepada makhluk yang lain. Demikian pendapat daripada Tn. Hj. Shopuan.

Menurut Imam Al-Ghazali, guru boleh dikategorikan kepada:
1. mudarris --> guru/ orang yang mengajar. hanya melibatkan pengajaran dan pembelajara sahaja (P&P).
2. mu'allim --> orang yang berilmu. guru perlu menguasai bidang yang diajar itu.
3. mu'addib --> orang yang mendidik adab. mengajar pelajar berakhlak dan nilai-nilai murni.

Tambahan daripada penulis buku:-
4. murabbi --> orang yang mendidik atau mentarbiyah. guru membangunkan minda dan jiwa pelajarnya daripada kurang sempurna kepada lebih sempurna.
5. mursyid --> guru yang memulihkan. maksudnya guru berperanan memulihkan pelajar-pelajar dengan menyemai sifat mahmudah serta membuang sifat mazmumah.
6. al-walid --> ertinya ibubapa. guru perlu menyayangi pelajar seperti anak sendiri.
7. dai'e --> pendakwah. guru perlu mengajak anak didiknya menjadi orang baik, mencintai amalan kebaikan. (Cakap dalam hati, "Saya budak baik, saya suka buat baik, Tuhan suka dengan orang yang buat baik) (*_*)

Sebuah syair daripada Imam Syafie:~
Saudaraku, kamu tidak akan menguasai sesuatu ilmu itu kecuali dengan 6 perkara:-
1. cerdik
2. haloba- berasa tamak untuk menguasai ilmu. berumba-lumba dalam manuntut ilmu.
3. bersungguh-sungguh
4. ada kemampuan/ perbelanjaan
5. dampingi guru
6. masa yang panjang- belajar dan terus belajar sehingga ke liang lahad

Guru juga umpama menghuni rumah kaca. Rupa diri dalam seperti akhlak mahmudah manakala rupa diri luar seperti penampilan yang menjadi perhatian. Maka, guru juga perlulah menjaga etika berpakaian ke tempat kerja.

Kesimpulannya, tugas seorang guru merupakan tugas yang mulia. Guru-guru patut berasa 'izzah dengan tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Mereka bukan sekadar mengajar tetapi perlu meniupkan ruh dalam setiup ilmu yang diberikan, meniupkan ruh mengenal Tuhan kepada anak didik.

~ "Kami rela dimarah daripada tidak diberi perhatian"
~ Tegur-menegur itu amalan baik, yang tidak baiknya jika yang ditegur itu tegar dan yang menegur pula kasar.
~ Bekerja kerana ALLAH tidak rugi sama sekali. Ianya pasti dibayar. Pokok pangkalnya, ikhlaskan hati bekerja kerana ALLAH.

Wallahu'alam...

17 July 2010

ALWAYS BE THERE

Always Be There, by Maher Zain...

Allahuakbar…

If you ask me about Allah
And what I know about it
I’ll answer will be .....

It’s everything about Allah
The pure love to our soul
Who have created you and me,
The heaven and whole universe
The One that made us hold and free
The Guardian of His True believers

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there

He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there ...

Could bring the sun from the darkness
Into the light
Subhanallah
Capable of everything
Should never feel afraid of anything
As long as we follow His guidance
All the way through a short time
We have in this life
Soon it’ll all be over
And we’ll be in His heaven
And we’ll all be fined

So when the time gets hard
There’s no way to turn
As He promises to you
He’ll always be there
To bless us with His love and His mercy coz
As He promises to you
He’ll always be there
He’s always watching us, guiding us
And He knows what’s in our little Heart
So when you lose your way to Allah
You should turn
As He promises to you He’ll always be there

Allahuakbar

06 June 2010

BUSINESS

Semalam saya dan kakak pergi ke sebuah gedung tekstil di daerah Kubang Pasu. Biasa lah orang perempuan, 'shopping' melihat fesyen terkini. Macam-macam peristiwa yang terjadi semalam. Bila difikirkan semula, banyak hikmahnya ALLAH turunkan kejadian macam tu.

Peristiwa 1

"Adik, kain ni 4 meter berapa ringgit ya?" tanya kakak.

"RM4.80 semeter, kak," jawab pekerja kedai.

"Kalau bagi kurang lagi boleh tak? RM4.50 ke?" kakak bertanya lagi.

"Ish, tu pun dah kurang banyak dah kak," jawab pekerja tu.

Sewaktu kakak saya tengah berunding untuk kurangkan harga, pekerja tu jawab macam acuh tak acuh saja. Dalam erti kata lain macam tak ikhlas menjawab soalan kakak saya. Bercakap dengan pelanggan pun dengan muka kering je. Muka tiada perasaan. Seolah-olah bercakap dengan dinding dan cakap sorang-sorang. (Emosional lah pulak..) Lepas tu, boleh pulak pekerja tu cakap belakang. "Kain RM4 pun nak kurang lagi." Aduh, macam inikah cara bekerja seorang Muslim? Bukankah dalam perniagaan 'Customer Always Right'.

Kemudian, bila saya dan kakak selidik, ada beberapa sebab kenapa pekerja-pekerja di situ berbuat demikian. Antaranya:

1. Masa bekerja sudah hampir tamat.
Sewaktu saya dan kakak masuk ke kedai tu, jam hampir menunjukkan pukul 9:00 malam. Jadi, beberapa minit sebelum pukul 9 mestilah semua orang dalam mood nak balik rumah setelah penat bekerja seharian. Hati dah memang tiada di tempat kerja. Mungkin teringatkan bantal yang empuk dan menunggu masa merebahkan diri untuk berehat. Mungkin masa yang tak kena ni menyebabkan pekerja-pekerja tu malas nak melayan pelanggan yang datang ke kedai tersebut. Mungkin dalam hati mereka berbisik, "kenapalah dua orang ni datang waktu ni.. orang dah nak balik dah.. menyusahkan betullah."

2. Tiada bayaran untuk OT.
Masa kakak saya pergi membuat bayaran di kaunter bayaran, cashier tu pun muka masam mencuka juga. Siap galas beg untuk balik dah. Terpinga-pinga kami dua orang ni. "Apa hal dengan pekerja-pekerja kat sini? Kami ada buat silap ke? Susah betul nak senyum pada pelanggan." Hati kami berkata-kata. Kakak saya bertanya kepada cashier tu, "Pekerja kat sini memang susah nak senyum kot." Cashier tu hanya tersengih seperti kerang busuk saja, mengiakan kata-kata kakak saya. Selidik punya selidik, rupa-rupanya mereka tidak dibayar untuk bekerja lebih masa. Jadi, mungkin pendapat mereka buat habis tenaga je kalau kerja lebih masa sebab majikan tak bayar satu sen pun untuk sesaat masa yang lebih itu.

3. Kurangnya ilmu.
Ini bukanlah niat saya untuk merendah-rendahkan pekerja-pekerja di kedai tersebut. Namun, sebagai hamba ALLAH yang banyak kelemahan, kita kena muhasabah diri. Melihat sesuatu perkara itu secara hikmah. Kaitkan kekurangan yang ada pada orang lain sebagai iktibar untuk diri sendiri. Bagi insan yang dikurniakan ilmu oleh ALLAH, niat bekerja kerana ALLAH itu akan dikira sebagai ibadah. Alangkah cantiknya ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda s.a.w. Dan senyuman itu pun dikira ibadah. Senyum kan sedekah.

Peristiwa 2

Lepas habis membeli-belah, perut pun membunyikan sirennya. Jadi, kami mencari sebuah kedai makan dalam perjalanan balik ke rumah. Dalam suasana hujan yang renyai-renyai, kami singgah di sebuah kedai makan yang agak terkenal juga. Punyalah lama kami tunggu hampir satu jam, baru makanan siap dibungkus. Adooyaiii!!~~~ Ujian kesabaran.

Akhir sekali kami sampai di rumah dalam pukul 10:15 malam. Kemudian, terus terjah nasi untuk makan. Lapar wooo...

# Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad.
# Jangan sesekali sombong hidup di muka bumi milik ALLAH ini.
# Sabar itu sebahagian daripada iman.

17 May 2010

MACAM ORANG TUA...

"Bagi yang perempuan tu, kalau boleh pakailah pakaian yang 'up to date' sikit. Tunjuk gaya anda sebagai seorang eksekutif. Jangan pakai macam mak cik-mak cik. Tengok macam contoh kakak di belakang tu. Dia dah pergi kelas grooming. Haa, nanti kamu pun kena pakai macam tu lah. Barulah customer rasa yakin nak beli produk kita".

Apa??? Nak kena make-up sikit? Letak pemerah bibir dan warna di mata? Wahh!!! Cantiknya...

Cantik pada pandangan manusia. Pandangan ALLAH bagaimana? ALLAH sukakah? ALLAH redhakah?

Siapa manusia yang boleh jadi penentu rezeki kita? Dunia ini milik ALLAH. DIA yang Maha Berkuasa. DIA lah ALLAH, Tuhan sekalian alam.

~Ya ALLAH, ampunkanlah dosa-dosa kami. Kami hamba-MU yang lemah. Diri ini penuh dengan lumpur dosa dan maksiat. Jauhilah diri kami daripada sifat-sifat mazmumah seperti riak, ujub, hasad dengki dan sebagainya. Berilah kekuatan kepada muslimin dan muslimat dalam menghadapi pancaroba hidup. Selamatkanlah iman kami Ya ALLAH.

~Maklumat tambahan

~Panas, panas, panas.... (*_*)

15 May 2010

PILIH


1. Terpilih
Noora terpilih sebagai pemenang untuk peraduan teka silangkata yang dianjurkan oleh Galeri Ilmu.

2. Memilih
Saya memilih untuk menulis di blog ini setelah tiada kerja lain yang boleh dilakukan.

3. Dipilih
Sukun dipilih menjadi ketua kelas setelah undian dilakukan.

Pilih- terpilih, memilih, dipilih. Macam dalam paper Bahasa Melayu lah pulak. Kali ni kita belajar perkataan Bahasa Melayu. Dah lama tinggal alam persekolahan dan zaman buat ayat-ayat Bahasa Melayu dengan tatabahasa yang betul, tepat, dan jitu. Tak taulah samada ayat yang saya buat di atas tu betul ke tidak. Kalau ada tersalah 'grammar'nya, harap maaf ye.

Terpilih, memilih, dipilih. Ada manusia atau dalam erti kata yang lebih sopan lagi, insan yang bertuah kerana terpilih. Terpilih kerana dipermudahkan segala urusan hidupnya. Habis saja belajar, terus dapat kerja. Dapat beli kereta, rumah, bantu mak ayah, adik beradik. Bahasa mudahnya, 'smooth' je perjalanan hidup dia. Lepas tu, apa lagi. Dah lengkap semuanya sampai lah ke hajat bagi orang bujang dan masih 'single'- walimatulurus la jawabnya, andai kata jodoh sudah sampai. Lepas tu lagi, ditambah pulak dengan rezeki yang ALLAH bagi dengan kelahiran anak-anak. Memang murah rezeki sungguh. Nak buat macam mana, itu rezeki dia. Alhamdulillah... =)

Kisah memilih pulak. Ada orang yang telah mendapat tawaran kerja tapi dikatakan agak memilih. "Tak nak lah kerja tu. Tak sesuai dengan aku..." "saya belum bersedia untuk menggalas tugas tu..." Ada orang kata sekali dah tolak rezeki, masa-masa akan datang nanti susah jadinya. Itu hanyalah kata orang. Yang penting kita mesti yakin bahawa rezeki itu di tangan ALLAH Yang Maha Esa.

Maka jadinya, apabila seseorang itu telah dipilih, maka jalankanlah tugas sebagai pekerja yang berdedikasi, ikhlaskan hati. Dalam masa yang sama niatkan kerja itu sebagai ibadah agar setiap titik peluh itu tidak sia-sia di akhirat kelak. Moga-moga, kerja yang diniatkan kerana ALLAH mendapat perhatian-NYA di hari pembalasan walaupun sebesar zarah sekalipun. ALLAH itu bersifat Maha Penyayang lagi Maha Mendengar.

Insan yang sudah terpilih, maka bersyukurlah.
Insan yang sedang memilih, maka tekadkan hati dan mohon kekuatan serta petunjuk daripada ALLAH.
Insan yang dipilih, mungkin itu yang terbaik pada masa kini dan akan datang. Mana tau ada hikmah di sebalik ketentuan ALLAH. Bersangka baik dengan ALLAH.

"Setiap kejayaan itu memerlukan pengorbanan..."

Segala yang baik itu daripada ALLAH dan kelemahan serta kekurangan itu datang daripada diri saya sendiri sebagai hamba ALLAH yang serba dhaif.

Wallahu'alam (",)

"Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang. Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk". (Surah al-Baqarah ayat 45)

~masa saya dengar program Al-Kuliyyah semalam, hari Jumaat, Dr.Irfan Khairi kata ramai anak muda yang tiada hala tuju dalam hidupnya. Atau dalam erti kata lain, tiada matlamat hidup. hmmm, mungkin benar kata-katanya itu... (-_-)

14 May 2010

AT LAST......~

Facebook, facebook, facebook................~~~

Akhirnya, saya turut serta dengan jutaan rakyat Malaysia menyahut seruan rakan taulan, adik beradik, pemimpin dan seanteronya, melibatkan diri dalam jaringan sosial- facebook. hohohoho~ Makanya dengan ini saya merasmikan penglibatan secara rasmi saya dalam facebook. (Macam agak ketinggalan je saya ni...) Apa-apa pun, betulkan niat join facebook untuk merapatkan silaturrahim / ukhwah (itu bahasa skemanya...), 'making friends' (bahasa standardnya), lebarkan sayap untuk business / hebahan business (money oriented.. hehe..), berkongsi ilmu dan sebagainya.

Masa saya nak sign in untuk yahoo mail, terjumpa dengan satu maklumat ni yang saya rasakan sangat berguna dan ada kaitan dengan dunia facebook ni...

7 Things to Stop Doing Now on Facebook

by Consumer Reports Magazine
Wednesday, May 12, 2010

provided by
ConsumerReports

Using a Weak Password

Avoid simple names or words you can find in a dictionary, even with numbers tacked on the end. Instead, mix upper- and lower-case letters, numbers, and symbols. A password should have at least eight characters. One good technique is to insert numbers or symbols in the middle of a word, such as this variant on the word "houses": hO27usEs!

Klik di sini untuk maklumat lanjut.

07 May 2010

What is this???


- A picture shows thousand words. This is what i feel right now. Sad, confuse, blurr, happy, empty... It must be something wrong somewhere. Can anybody help me???

28 March 2010

~In The Name of ALLAH The Most Gracious, The Most Merciful~

Al-Baqarah; 216

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Al-Ankabut; 2

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman,"dan mereka tidak diuji?

15 February 2010

~AHLAN WASAHLAN @ SELAMAT DATANG~

~In The Name of ALLAH, The Most Gracious The Most Merciful~

Sudah seminggu saya berada di 'kota batu' ini. Kiri dan kanan semuanya seperti benda tidak bernyawa sedangkan nikmat itu sebenarnya ALLAH berikan kepada makhluk bernama insan. Kiri dan kananku pandang, mencari-cari insan yang senegara denganku. Mungkin kerana budaya yang terlalu berhati-hati dan bersikap jangan pedulikan hal orang lain menyebabkan manusia saling tidak bertegur sapa. Tetapi, tuduhan ini tidak ditujukan kepada semua warga kota. Ada juga yang masih mengamalkan nilai-nilai murni.

"Sogo di depan sana saja. Pertama kali datang sini ke?"
"Ada kerusi kosong di sana. Boleh duduk."
"Bas selalunya setengah jam sekali. Paling awal 6.30 pagi atau 6.45 pagi dah ada kat sini."

Macam-macam ragam manusia. Di sinilah bermulanya perubahan. Perubahan fesyen, perubahan gaya bercakap, perubahan pemikiran. Perubahan fesyen menjadikan seseorang itu lebih 'up-to-date'. Perubahan gaya bercakap menjadikan seseorang itu lebih yakin manakala perubahan pemikiran menjadikan seseorang itu lebih matang untuk berhadapan dengan hidup yang penuh pancaroba.

Hidup di sini semuanya bergantung kepada kekuatan dalaman diri sendiri. Hidup di kota juga menuntut kita untuk bergantung sepenuhnya kepada Rabbul Izzati, ALLAH s.w.t. Tiada siapa yang dapat membantu dan mendengar keluhan suara hati yang resah dan gelisah kecuali ALLAH Taala. Tekadkan hati menjalankan setiap pekerjaan semata-mata kerana ALLAH Taala. Di samping itu, pilihlah rakan-rakan yang boleh membawa kita mengingati apa tujuan sebenar penciptaan kita di muka bumi ini.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." (sumber)

~Semoga hijrah yang aku lakukan ini menjadikan aku seorang hamba ALLAH yang tunduk dan sujud kepada-MU sahaja ya ALLAH.
~Semoga hidupku serta muslimin dan muslimat beroleh keberkatan dari-MU ya ALLAH.
~Semoga kami diberikan kekuatan iman dan sentiasa di bawah perlindungan-MU ya ALLAH. Engkaulah sebaik-baik tempat pergantungan. "Engkaulah Tuhan yang kami sembah dan kami mohon pertolongan..." (Al-Fatihah; 5)
~Just follow the flow...
~Physical and mental must be strong!!~~~
~La tahzan wa la takhauf. Innallaha ma'ana.
~Beriman kepada ALLAH. (^_^)

07 February 2010

~KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA~




Hawa,

Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa ,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

*Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim
*Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang wanita
*Saya bersyukur kerana ada kawan-kawan yang sudi menjadi sahabat saya
*Saya sayang diri saya
*Terima kasih ALLAH

sumber

12 January 2010

EMAS, TUA, VETERAN...

Bila berbicara dengan orang yang dah berusia atau orang yang berpengalaman, pasti kata-katanya penuh dengan teladan dan hikmah. Bab yang sering diperkatakan mestilah maut... Zikrul maut... Nabi s.a.w. pun pernah bersabda orang yang paling bijak di kalangan kamu ialah orang yang sering mengingati mati. Dalam Al-Quran juga ALLAH menyatakan setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Al-Anbiya': 35). Sedarlah wahai diri akan kematian.

"Amboi, bagus betul budak tu. Pakai tudung, comel saja. Warna-warni tudung dia."
"Ish, kenapa jadi macam tu. Dok warna rambut, tunjuk rambut kat orang ramai. Berdosa tu..."

"Bagus betul budak ni, dia tak cakap banyak. Dosa pun tak banyak. Bukan macam atok ni, dok pot pet pot pet..."
"Orang yang bercakap banyak ni, banyak la dosa dia. Mana tau kot-kot apa yang kita cakap tu tak betul. Cerita sebenar panjangnya 1 cm ja, kita tambah jadi 1 meter. Tak ke bertambah jadinya tu."

"Tok guru dok pesan bila mati esok orang yang tinggalkan solat dengan sengaja, kubur dia kena himpit, ular paling besar datang gigit, malaikat pulak datang dengan wajah yang sangat bengis. Ish, takut, takut. Janganlah dok tinggal sembahyang."

"Atok rasa nak mati dah kot. Kaki pun rasa kebas-kebas. Badan pun selalu tak sihat. Harap-harap atok dapat mati kat kampung atok lah."

"Nak pergi mana pulak tu? Siapa lagi ada kat rumah? Atok tak berani tinggal di rumah sorang-sorang..."

Kata-kata daripada seorang insan yang sudah merasai garam lebih awal daripadaku.

Tertanya-tanya bilakah masa kematianku...
Bagaimanakah keadaan matiku itu?
Husnul khatimah? (Alhamdulillah) Su-ul khatimah? (Na'uzubillah...)
Meyakini suatu hari nanti pasti aku akan meniti waktu itu
Orang muda disayangi, yang tua dihormati...

05 January 2010

MARAH


Kadang-kadang diri ini sering alpa,
Nafsu amarah sering menguasai diri,
Kemudian, berfikir kembali...
Menyesal tak sudah,
"Kan bagus kalau aku...,"
"Kenapa aku cakap kat dia sampai macam tu sekali?"
Marah itu menunjukkan kelemahan diri,
Bodoh betul orang yang mengikut nafsu,

Namun semuanya sudah terlambat,
Nasi sudah menjadi bubur,
Kata-kata itu sudah terucap,
Malaikat 'Atid pun sudah mencatatnya,

Bagi mereka yang menjadikan iman sebagai raja dalam diri,
Aqal sihat yang memandu diri,
Beruntunglah... Bersyukurlah...
Iman menjadi pemacu kekuatan diri ke jalan yang ALLAH redha,
ALHAMDULILLAH...
Kerana nikmat iman dalam Islam.

~Marah itu sifat syaitan.
~Tatkala berasa marah, maka segeralah berwudhuk. Air wudhuk itu bisa menenangkan diri yang dikuasai sifat marah.
~Mohonlah maaf atas kesalahan yang dilakukan itu.
~Ingat ALLAH detiap detik, berzikir kepada-NYA agar hati tidak mati.
~Sembah sujud kepada ALLAH kerana aku dilahirkan sebagai seorang Muslim.