12 November 2010

DIA

Gelappp... Keliru... Hilang...
Kat mana nih?
Apa yang tak kena nih?
Something wrong somewhere?

Mesti niat jahat
Hati kotor
Buruk sangka
Hasad dengki
Buat maksiat banyak
Selalu lupa DIA

Jalan lagi...
Ke hadapan
Mesti akan jumpa sesuatu
Masakan DIA akan membiarkan bersendirian
Sedangkan mencari sesuatu kebaikan

Nak mencari DIA
Lebih dekat dengan DIA
Kerana DIA lah segala-galanya
Makan kerana DIA
Senyum kerana DIA
Penat kerana DIA
Tolong kerana DIA
Pujian kerana DIA
Musibah kerana DIA

Tiba-tiba...
Cerahnyaaa
Bersemangat
Cas positif mencurah-curah
Hematid memacu laju

Puji-pujian hanya bagi DIA
Dah jumpa realitinya
Sudah lama mencari dan tercari-cari
Setiap masa terintai-intai di jendela
"Apa khabar kamu hari ini?"
Setia menemani
Sahabat karibku M.A.U.T
Musuh setiap saat
S.Y.A.I.T.A.N laknatullah

Berdekah-dekah diketawakan
Gelak besar mentertawakan

Giliran istiqamah pula...

11 November 2010

Al-Furqan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Surah Al-Baqarah (2); ayat 264

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosak sedekahmu dengan menyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang menginfakkan hartanya kerana riya' (pamer) kepada manusia dan dia tidak beriman kepada ALLAH dan hari akhir. Perumpamaannya (orang itu) seperti batu yang licin yang di atasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi. Mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir."

Surah Yunus (10); ayat 24

"Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu hanya seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, lalu tumbuhlah tanaman-tanaman bumi dengan subur (kerana air itu), di antaranya ada yang dimakan manusia dan haiwan ternak. Hingga apabila bumi itu telah sempurna keindahannya, dan berhias, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya (memetik hasilnya), datanglah kepadanya azab Kami pada waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanamannya) seperti tanaman yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda-tanda (kekuasaan Kami) kepada orang yang berfikir."

Surah Yunus (10); ayat 44

"Sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi manusia sedikit pun, tetapi manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri."

~tafsir Al-Quran Darul Iman~