21 September 2011

SELAWAT TAFRIJIYYAH



Petikan daripada buku Risalah Doa (1973) keluaran PP Assegaff, Surabaya; susunan Haji Dja'far Sabran.

Syeikh Muhammad At-Tunisi menerangkan khasiat-khasiat selawat Tafrijiyyah. Antaranya:

~ dibaca 11 kali setiap hari mohon dimurahkan rezeki dan diberi nama baik dalam pergaulan sesama manusia
~ dibaca 41 kali setiap hari sesudah selesai tiap-tiap kali sembahyang Subuh, mohon dimurahkan tercapainya hasil yang baik dalam setiap usaha

Imam Qorthobi menerangkan:

~ dibaca 100 kali setiap hari, mohon dilepaskan dari kedukaan, diluaskan rezeki, dibukakan pintu kebajikan, dihindarkan dari bahaya kelaparan dan kemiskinan, ditimbulkan rasa kasih sayang pada hati setiap orang

~ dibaca 4444 kali pada suatu majlis, mohon ditunaikan hajat yang besar dan dilepaskan dari bala musibah yang sangat membahayakan

Imam Qorthobi menambah, bahawa di antara syarat-syarat terkabulnya hajat adalah dawam (terus-menerus dengan tidak henti-hentinya) pada suatu amalan.

Syeikh Musthafa Al-Hindi menerangkan:
dawam mengamalkan selawat Tafrijiyyah memudahkan faham membuka tabir ilmu pengetahuan dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

***keterangan-keterangan ini dipetik dan diterjemahkan dari kitab Khazinatul Asrar (perbendaharaan yang tersimpan) karangan Syeikh Muhammad Haqqi An-Nazili halaman 178.

***terima kasih atas perkongsian ilmu daripada seorang sahabat saya. Syukran jazilan...


ZIKIR PENAWAR DUKA


~Rancangan Muqaddimah, tv9 oleh Dr. Zahazan Mohamad 08:00am~

Zikrullah itu bermaksud mengingati ALLAH. Zikir itu bukan setakat mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Zikir itu juga bererti niat yang baik, tindakan mencari rezeki yang halal, mencegah kemungkaran, melakukan ketaatan, memberikan kata-kata atau ucapan yang baik.

ALLAH suka akan seseorang yang apabila melakukan sesuatu, dia lakukan dengan bersungguh-sungguh, azam yang kuat.

Dampingi diri dengan ilmu. Rajinkan diri menghadiri majlis ilmu, rapatkan diri anda dengan orang yang berilmu. Berdamping dengan orang-orang yang soleh, yang ada ilmu dan beramal dengan ilmunya.

Apabila berjumpa atau pergi ke rumah orang saleh. Kita berziarah ke rumah orang soleh, makanan yang diberikan oleh mereka itu memberikan tubuh badan yang baik dan sihat.

* Surah Ar-ra'd ayat : 28

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan dzikrullah". Ketahuilah! Dengan "dzikrullah"itu, tenang tenteramlah hati manusia."

18 September 2011

REDHA


Anak: Mak, macam mana nak hilangkan rasa sakit hati ni?
Mak: Rasa redha je lah. Lepas tu, ingat bahawa diri kita pun ada silapnya, pernah buat silap. Manusia tak pernah sunyi daripada melakukan kesilapan...

Si anak senyap sambil berfikir. Bisik hatinya, "Hmm, betul jugak kan. Aku pun pernah buat silap dengan orang. Berlapang dada sajalah. Kan ALLAH ada. Dan DIA Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui".

Terima kasih, mak =)


RASA MACAM...

Bila ada terlalu banyak kerja, rasa macam nak jadi budak-budak kecil semula. Rasa macam best je. Kanak-kanak tak perlu fikir banyak. Bangun pagi, ibu sediakan makanan, main-main dengan kawan dengan hati yang gembira. Malam pula dah mengantuk terus tidur. Esok rutin seperti biasa, main-main lagi.

Kalau dah dewasa ni, kena berfikir banyak. Kerja, kerja, kerja. Yang sudah berkahwin, fikir pasal anak, kena cari duit untuk membesarkan anak dan macam-macam lagi lah. Kalau nak stay jadi kanak-kanak saja boleh tak? Jawabnya mestilah tak boleh kan.

Tujuan manusia hidup di muka bumi ni ada sebab musababnya. ALLAH tak ciptakan kita dengan sia-sia. Memang dunia ni ALLAH cipta penuh dengan onak dan duri. Dalam Al-Quran pun ALLAH kata dunia ini hanyalah permainan. Akhirat itu kehidupan yang abadi. Memang hidup di dunia ni susah sebab ALLAH nak bagi kesenangan di akhirat kelak.

Orang yang berusaha melawan arus akan berjaya. Orang yang berenang tu kan sering melawan arus. Lawan punya lawan hingga sampai ke daratan.

Kalau duduk di takuk lama, sampai bila pun takkan maju. So, challenge yourself!

14 September 2011

NAIVE

Mak Wan memang seorang wanita yang tabah. Beliau seorang yang sangat kuat menempuh ranjau kehidupan. Dikurniakan dengan 5 orang anak, 3 lelaki dan 2 perempuan. Kesemuanya masih bersekolah. Anak sulung baru berusia 18 tahun manakala anak yang bongsu berusia 6 tahun. Mak Wan lah ibu kepada anak-anaknya, juga bapa kepada anak-anaknya. Bukan ertinya Mak Wan tidak mempunyai suami. Beliau ada suami yang tinggal berjauhan dengannya. Berjauhan kerana tugas mencari rezeki di ibu kota. Mak Wan bukanlah seorang yang tidak berilmu, beliau merupakan seorang penjawat awam- bekerja sebagai pendidik. Walaupun berjauhan dengan suaminya, Mak Wan mampu mengajar dan mengasuh anak-anaknya dengan baik. Beliau sangat menitik beratkan ilmu terutamanya berkenaan ilmu agama. Melalui ilmulah, kita dapat menguasai dunia dan akhirat. Mak Wan tabah meneruskan hidup bersendirian tanpa kehadiran si suami. Mungkin perkahwinannya itu hanyalah atas kertas sahaja. Manakan tidak, si suami tidak pernah memberikan nafkah kepadanya. Rasa-rasanya rumah yang didiaminya sekarang ini hasil titik peluh dirinya sendiri membanting tulang empat kerat. Bukan ertinya untuk mengangkat diri tetapi itulah kenyataan. Sebenarnya suaminya telah berkahwin lagi satu. Tidak pasti samada berita itu sahih atau tidak. Sekiranya benar, Mak Wan tidak boleh berbuat apa-apa. Kuasa ada pada si suami untuk membuka cawangan lebih daripada satu. Pernah suatu ketika mereka berpisah, dalam erti kata lain ialah bercerai- tetapi hanyalah beberapa bulan sahaja dan rujuk kembali.

Hidup ini perlu diteruskan walaupun apa yang kita rancang tidak menjadi. Apa hikmah di sebaliknya? ALLAH ialah penentu segalanya. DIA Tuhan Yang Maha Berkuasa. Rahsia hidup kita berada di tangan-NYA. Maka mengapa kita masih sombong untuk tunduk sujud kepada-NYA?

Ketenangan hidup akan dapat dirasa apabila kita berlapang dada menerima qada' dan qadar-NYA. Banyak memberi akan membuatkan diri berasa lapang. Usahlah ditagihkan penghargaan manusia, tetapi penghargaan daripada ALLAH itulah matlamat utama. Serahkan segala ketentuan kepada ALLAH.

"Appreciate the difference, Strengthen the similarities..."