13 September 2012

PERMATA HATIKU

Ya, benar sama sekali. Antara hikmah perkahwinan itu ialah untuk mendapatkan zuriat sebagai penyambung generasi akan datang. Malahan, Baginda s.a.w. juga amat berbangga dengan bilangan umatnya yang ramai. Ini adalah sebagaimana hadis Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Kahwinilah wanita-wanita yang penyayang dan subur kerana sesungguhnya pada hari kiamat kelak aku berbangga dengan umatku yang paling ramai bilangannya berbanding nabi-nabi lain." (Hadith Riwayat Ahmad).

Dengan perkahwinan juga dapat merendahkan pandangan dan meluaskan pintu rezeki.

"Kenapa menangis ni, Sayang?", tanya suami.

"Sakinah sedih, abang. Sakinah baru nak merasai pengalaman menjadi seorang ibu. Tiba-tiba keadaan seperti ini terjadi... Sakinah amat terkilan", rintih si isteri apabila mendapat tahu dirinya mengalami keguguran.

"Sayang, ajal maut dan rezeki itu semua sudah ditentukan ALLAH. Mungkin ada hikmah di sebaliknya", kata  si suami.

Keresahan di hati Sakinah semakin berkurang tatkala mendengar kata-kata daripada suaminya. Dalam hatinya berkata,

 "Ya ALLAH, pasti ada hikmah di sebalik segala yang berlaku ini. Walaupun kandunganku baru berusia tujuh minggu, namun aku tetap merasai kewujudannya dalam rahimku. Semoga diriku tergolong dalam kalangan hamba-Mu yang redha dan bersabar atas ketentuan-Mu".

Sambil duduk berteleku, Sakinah mengimbau kembali kenangan apabila disahkan mengandung. Sungguh ceria wajah suaminya apabila mendapat berita bahawa dirinya mengandung. Doktor mengesahkan bahawa ketika itu kandungannya berusia lima minggu.

Lucu apabila mengenangkan gelagat suaminya setelah mendapat tahu mereka bakal menimang cahaya mata.

"Assalamualaikum, ada siapa kat dalam tu?" kata suaminya sambil meletakkan telinga ke perut Sakinah.

Kadang-kadang, Sakinah menerima sapaan manja daripada suaminya.

"Mama sedang buat apa tu? Mama kena jaga kesihatan diri baik-baik, ye."


*** Kelahiran cahaya mata sememangnya amat dinantikan bagi pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Saya pernah menerima pesanan daripada mereka yang telah berpengalaman dalam alam rumah tangga ini supaya tidak terburu-buru untuk menimang cahaya mata. Berbincanglah sebaik-baiknya dengan pasangan.

Jika dirisaukan bab rezeki, di sini saya bentangkan kepada anda bukti daripada ayat Al-Quran:

"Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertaqwa." Surah Thahaa: ayat 132

"Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka ALLAH akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya." Surah Saba': ayat 39

"Dan nikahkanlah orang-orang bujang di antara kamu, dan orang-orang soleh dari hamba lelaki dan hamba perempuan kamu. Dan jika mereka orang-orang yang fakir nescaya ALLAH akan menjadikan mereka kaya, dan ALLAH sangat luas dan sangat mengetahui." Surah An-Nur: ayat 32

Nah! Bukti daripada ALLAH berkenaan rezeki... =)

Rasa syukur ku titipkan kepada Mu Ya ALLAH
Atas segala kurniaan
Semoga kami sentiasa bersabar atas segala ketentuan-Mu
Semoga dimurahkan rezeki kami
Semoga kami dikurniakan zuriat keturunan yang soleh dan solehah...
Amin, Ya Rabb...

07 September 2012

SY- Young

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera....

Setelah sekian lama tidak meng'update' blog ini... waaa~ (sibuk dengan apa pun tak tau :-/ )

"Sekarang ni orang dah tak pakai laa handset tuu..."

"Habis tu, kena beli yang baru lah..."

"Ya lah.."

"Baiklah..."

Tadaaaaaa~ :D


Hoyyeeaa!!! terima kasih atas saranan bernas daripada anda, en.gula2hati :) 

:: 06September2012, CMart- pasaraya terulung gajatuh ::