19 September 2013

SAUJANA Scarf Perfume

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

*nak promote sikit...*

Saujana Shoppe telah melangkah setapak ke hadapan dengan memperkenalkan produk terbaru kami iaitu SAUJANA Scarf Perfume.

Saudara dan saudari sekalian boleh melawati Fanpage kami di:

https://www.facebook.com/pages/Saujana-Scarf-Perfume/722144011144713?ref=hl
              

Saujana Scarf Perfume menawarkan tawaran HEBAT kepada anda pada bulan September ini.

Dapatkan SEGERA! Hubungi 019-4507626 untuk maklumat selanjutnya.

Terima kasih.

JALINKAN SILATURRAHIM

Assalamu'alaikum, :)

Semalam saya dan suami ber'dating' untuk ziarah saudara. Dalam perjalanan kami tu, suami saya ada menceritakan (tazkirah) berkenaan menghubungkan silaturrahim ini..

Katanya, "Tak rugi orang yang menziarahi seseorang muslim demi menghubungkan silaturrahim... Apa lah sangat jika dikatakan membazir minyak kereta kerana pergi menziarahi saudara jika dibandingkan dengan berkat/ manfaat perbuatan itu sebagai ibadah kerana ALLAH semata-mata."

Dalam perjalanan itu, kami berdoa, "Ya ALLAH, semoga perjalanan kami ini diberkati dan mendapat rahmat dari-MU. Murahkanlah rezeki kami, Ya ALLAH. Amin."

Antara hadis yang boleh dikaitkan dengan menghubungkan silaturrahim ialah seperti berikut:

1. Dari Ali bin Abi Thalib r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:" Sesiapa senang untuk dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya serta dihindarkan dari kematian yang buruk maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dan menyambung silaturahim."
(riwayat Imam Abdullah bin Ahmad, al-Bazzar dan at-Thabrani)

2. Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:" Belajarlah tentang nasab keturunan kamu sehingga kamu dapat menyambung silaturahim. Kerana sesungguhnya silaturahim menjadi sebab (timbulnya)kecintaan terhadap keluarga (kerabat dekat), banyaknya harta dan bertambahnya usia."
(riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi dan al-Hakim)

3. Rasululah s.a.w. bersabda:" Tidak masuk syurga pemutus silaturahim."
(riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi dari Zubair bin Muth'sim r.a.) 


* Sahabat-sahabat sekalian, doakan semoga ALLAH murahkan rezeki kami. Terima kasih.