23 December 2014

Bertungku Membaiki Aliran Darah Dalam Badan

Alkisah bertungku.

Satu hari kaki saya rasa sangat sejuk.. Eh eh sejuk semacam je kan.. Selalunya orang kata kalau kali sejuk tu tanda-tanda nak meninggal.. hmm, peringatan untuk diri saya.. :)

Bila dah rasa sejuk tu saya pun fikir laa cara macam mana nak bagi panas kembali kaki nih.. Kaki sejuk ni selalunya berlaku apabila saya sedang bendera merah atau PMS. hehe :)

Selalunya kita akan lihat orang bertungku setelah melahirkan anak. Dalam fasa berpantang tu, ibu-ibu akan bertungku di kawasan sekitar badan seperti tapak kaki, perut, dan sendi-sendi. Fungsinya adalah untuk melancarkan aliran darah dalam tubuh badan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai bertungku, anda boleh klik di sini dan sini.

04 December 2014

Petua Mengurangkan Sakit Akibat Kaki Kejang

Kaki krem, simpul biawak dan istilah seumpama dengannya.. Saya pernah alaminya. Masalah ni tak berlaku setiap hari, kadang-kadang jer.. Kenapa ia boleh terjadi dan macam mana nak atasinya? Jom! Kita baca perkongsian oleh Cahaya Purnama.
Biasanya, kaki akan menjadi kejang atau cramp ketika anda tidur pada waktu malam yang sering dialami oleh ibu mengandung, atilit dan sesiapa sahaja. Kesan cramp adalah kaki akan menjadi sangat sakit dalam tempoh yang tertentu. Kaki akan terasa berdenyut-denyut dan sakit apabila digerakkan. 
Berikut merupakan antara punca masalah kaki kejang berlaku:
  • Ibu yang mengandung dan berada pada trimester kedua, rahim akan mula membesar. Oleh yang demikian, kaki akan menjadi penat untuk membawa badan yang semakin berat. Kesannya, ia akan menyebabkan ibu mengandung mudah menghadapi masalah kaki kejang (cramp) tersebut.
  • Seterusnya, atlit akan mengalami kekejangan apabila melakukan regangan yang berlebihan atau pun terseliuh. Otot akan membantu memulihkan kecederaan tersebut namun jika ianya tidak dapat dikawal, ia akan menyebabkan berlakunya kekejangan pada kaki.
  • Kurang minum air dan kedudukan/posisi tidur yang salah.
  • Kurang kalsium dan beberapa mineral lain seperti magnesium dan potassium.
  • Berdiri terlalu lama
Cara mengatasi masalah kaki kejang (cramp):
  • Cari tempat bersandar atau duduk
  • Untuk ibu mengandung, jangan berdiri terlalu lama dan cuba berjalan dengan jarak terdekat.
  • Minum air yang mencukupi
  • Mengambil khasiat kalsium dan mineral lain
  • Angkat kaki ke atas pangkuan
  • Untuk atlit, membuat urutan perlahan-lahan menggunakan minyak panas
  • Apabila kaki mulai pulih, pijak tapak kaki agar aliran darah kembali menjadi lancar
  • Jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih spesifik dan mengambil ubat/cream
  • Mengambil ostematrik untuk mengurangkan kaki kejang
    Terima kasih kerana membaca! :)
Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

03 December 2014

Kenapa Vitamin C Penting Untuk Kita?

Memandangkan hari ni dah masuk hari ketiga dalam bulan disember, saya nak share fungsi vitamin C kepada anda semua.. Jika anda nak tahu, vitamin C Shaklee berbeza dengan vitamin C yang ada di pasaran. 

Apakah perbezaan vitamin C Shaklee nih? Haa.. Meh saya nak cerita.. Vitamin C Shaklee menggunakan sistem perlepasan berkekalan dalam tubuh badan manusia. Ini bererti, setiap jam vitamin C akan dilepaskan ke dalam tubuh badan manusia.

Kenapa vitamin C amat penting untuk kita? Pastinya ia mempunyai fungsi atau peranan tertentu. Fungsi Vitamin C ialah:

- Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi dan gigi yang sihat.

- Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran

- Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.

- Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.

- Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.

- Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.

- Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.

- Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.

- Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.

- Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.

- Merawat jangkitan saluran kencing.

- Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

Haa.. banyak kan fungsi vitamin C nih.. Tak hairanlah vitamin C ni sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai.. Anda nak tahu? Untuk kecantikan pun orang ambil vitamin C ni tau.. Tak yah nak keluarkan belanja yang mahal untuk buat suntikan.. Dengan vitamin C Shaklee nih, semestinya harga mampu milik lah.. hehe :)

Anda berminat untuk dapatkan produk HOT vitamin C Shaklee? Bolehlah hubungi saya.. :)


Terima kasih kerana membaca. :)

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

RAWAT KEJANG KAKI DENGAN OSTEMATRIK

Hai! :) Pagi-pagi ni saya nak kongsi satu berita baik dengan anda semua.. 

Sebelum tu saya nak tanya kawan-kawan pernah dengar perkataan tarik mengkarung tak? Atau dalam bahasa formalnya ialah kejang kaki.. Saya biasa alami keadaan macam tu.. Terutamanya kalau lama sangat duduk, dan cuaca sejuk sangat.. Ada satu ketika tu masa tengah tidur waktu malam, tetiba kaki saya 'cramp'. Sakit tu tak yah nak cerita laa.. huhu.. 

Semalam ada customer saya bagitau rasa kejang pada kakinya hilang.. Alhamdulillah. Kakak ni tengah pregnant 7 bulan dan dia ambil ostematrik sebagai sumber kalsium untuk diri sendiri dan baby dalam kandungan.. Ayatnya lebih kurang macam ni lah...

"Kin, rasa kejang kaki akak dah kurang laa.. Sebelum ni masa mengandungkan anak first tu, selalu jugak jadi tarik mengkarung nih.. Sejak consume ostematrik untuk second pregnancy nih, dah takde rasa kejang kaki. Alhamdulillah.." - Puan Marya.

Gembiranya saya bila dengar berita baik nih.. Alhamdulillah. Misi saya untuk membantu ramai lagi orang di luar sana mendapatkan kesihatan yang optimum.. 

Mengambil supplemen merupakan satu ikhtiar kita untuk tampil sihat dan cergas. Betul tak? hehe :)

Meh saya kongsikan dengan anda kebaikan ostematrik.. Jika anda berminat untuk dapatkan supplemen Shaklee ni, boleh hubungi saya.. :)


Terima kasih kerana membaca! :)

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

SELAMAT PAGI

Assalamu'alaikum dan selamat pagi.

Saya doakan semoga hari ini lebih baik dari semalam. Ayuh! Pagi yang indah, suburkan dengan zikrullah. 

01 December 2014

DISEMBER YANG ISTIMEWA

Assalamu'alaikum dan salam ceria semua... :)

Saya ada berita gembira untuk dikongsikan dengan anda.. Nak tahu? Sebagai penutup tahun 2014 ni, Shaklee berbesar hati untuk menawarkan double promo kepada anda semua..


Untuk Disember ni, ada tawaran:
  • pelaburan untuk 6 vitamin C, PERCUMA 1
  • pelaburan untuk 6 vitamin E, PERCUMA 1
Promo lagi satu, untuk setiap belian 2 botol vitamin C atau vitamin E, anda akan dapat potongan harga 5 peratus. Haaa.. best kan? 

Vitamin C dan vitamin E ni memang kombinasi terbaikkk untuk anda yang mahukan kulit yang cantik. Tiada siapa yang dapat sangkal kebaikan atau manfaat kedua-dua supplemen nih.. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik: 
Jika anda berminat untuk mendapatkan manfaat mengamalkan vitamin C dan E sebagai supplemen harian, bolehlah hubungi saya. Saya akan berikan konsultasi terbaikk khusus untuk anda. :)

Terima kasih kerana membaca! :)

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

26 November 2014

TIPS MENJADI GENIUS

Semua orang nak jadi bijak kan? Maca-macam petua juga kita dengar untuk menjadi bijak nih. Antaranya selalu makan kismis, elakkan memakan makanan yang pedas, elakkan makanan yang masam-masam seperti jeruk, dan pelbagai petua lagi lah kan.. Hari ni saya nak share dengan anda tips untuk menjadi genius yang sudah diamalkan oleh para ulama dahulu kala dan memang terbukti berkesan.. Jemput lah baca.. :)

-----------------
Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential.... 

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang lancar.

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung! 

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Anyway, semasa saya belajar di madrasah dulu, setiap pagi, kami diwajibkan membaca surah Yassin selepas solat Subuh, kemudian diwajibkan pula untuk membaca 1 juzuk Al-Quran setiap hari. Setiap 30 hari, kami akan khatam Al-Quran.

Aktiviti inilah yang paling "tidak disukai" para pelajar, sebab waktu tu sangat mengantuk. Tapi mereka tidak faham, mengapa ulama anjurkan pembacaan Al-Quran selepas Subuh.

PALING KURANG, kita diarahkan Rasulullah untuk baca surah Yassin pada setiap pagi.

Satu lagi, seeloknya, bila kita baca Al-Quran, bacalah surah yang jarang kita baca dan mulakan dengan tertib dari mula hingga khatam. Jika kita hanya baca surah lazim yang kita sudah hafal, otak kita sudah biasa dengan ayat itu dan kadar tenaga yang digunakan otak tu tidaklah sebanyak yang digunakan ketika membaca surah yang belum dihafal.

Rahsia mengapa Rasulullah dan para ulama anjurkan baca Quran pada awal pagi ialah kerana, ketika awal pagi, otak kita masih fresh selepas rehat yang panjang (tidur).

Jadi untuk mengaktifkannya, kita perlu membaca Al-Quran. Hasilnya, terbentuklah para pelajar madrasah yang genius, boleh menghafal matan-matan Arab, hafal ribuan Hadith, hafal Quran, hafal perbahasan ulama, mampu membaca kitab Arab tanpa baris dengan lancar dan sebagainya yang saya kira agak mustahil untuk dikecapi oleh pelajar akademik sekular (melainkan mereka juga amalkan rutin yang sama).

Note 1: Lazimkan pembacaan Al-Quran beramai-ramai dengan suami/isteri dan anak-anak SETIAP PAGI. Berjemaah lebih bagus sebab kita rasa lebih bersemangat dan kebarangkalian untuk istiqamah itu lebih tinggi.

Inilah silibus pertama HOME SCHOOLING yang diajar oleh Rasulullah.

Note 2: Bacalah Al-Quran kerana Allah, bukan sebab nak jadi genius. Sebelum baca Quran, takafur dulu 10 saat sambil niat dalam hati, "Ya Allah, aku cintakan engkau, aku baca quran ni semata-mata untuk engkau, untuk cinta ini, dan terimalah bacaanku."

Orang yang baca quran niat nak jadi genius sahaja, dia akan dapat genius, tapi dia tak dapat pahala.

Tapi orang yang baca quran kerana Allah, genius dapat, pahala pun dapat. CINTA Allah pun dapat.

Sumber: mesej yang di forwad daripada Telegram :) 

19 November 2014

EPA dan DHA dalam OMEGA GUARD

Omega guard Shaklee diproses daripada minyak ikan yang paling tulen di dunia. Omega guard juga lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 yang diperlukan oleh badan manusia iaitu EPA, DHA, ALA, HPA, ETA, SDA, dan DPA. Badan kita memerlukan asid lemak ini kerana semakin meningkat usia, metabolisme kita semakin berkurang.. Maka, sumber asid lemak daripada makanan tambahan amat diperlukan.



Tahukah anda? Satu kapsul omega guard mengandungi 330mg minyak ikan (omega 3), 180mg EPA, dan 120mg DHA. kenapa Shaklee mementingkan kandungan EPA dan DHA dalam omega guard?

Ini kerana EPA (eicosapentaenoic acid) berfungsi:

  • mencegah kanser
  • mencegah pembekuan darah
  • mengawal kolestrol berlebihan
  • baik untuk pesakit jantung
  • mencegah darah tinggi
Docosahexaenoic acid atau dikenali sebagai DHA berfungsi dalam:
  • mencegah asma
  • mencegah penyakit kulit
  • mengelakkan kanser payudara
  • mengelakkan kanser prostat
  • menghindar daripada migrain
  • mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan (bagi orang yang sedang berpantang/ lepas bersalin)
Okey.. Itulah serba sedikit perkongsian saya berkenaan kandungan dalam omega guard.. Saya yakin anda ialah pengguna yang bijak dan semestinya anda mahukan yang terbaik untuk kesihatan anda.. Saya berharap agar entry ini memberi manfaat kepada anda.. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan omega guard ni, anda boleh klik di sini dan sini..

Terima kasih kerana membaca! :)

Syikin Maarop * Shaklee ID: 1091278

SELAMAT PAGI

Assalamu'alaikum dan selamat pagi.. :)

Ayuh! kita sebarkan aura positif dan senyum selalu.. 
Saya doakan rezeki kita murah pada hari ini dan hari-hari mendatang. 

Peace, yo! :)

18 November 2014

1st Segmen Blogwalking By Cik Ash

Blogwalking session... hehe.. Jom! kita saling berkenal-kenalan dengan cik Ash.. Jemput klik link ini: 1st Segmen Blogwalking By Cik Ash
Penyertaan masih dibuka sehingga 30 November 2014.. Don't miss out! :)

KEPENTINGAN SUPPLEMEN

Kesedaran untuk mengambil supplemen atau makanan tambahan bermula apabila saya terbaca post kawan-kawan di media sosial seperti facebook. Supplemen amat penting kerana metabolisme kita semakin menurun apabila usia meningkat.. Misalnya, badan kita akan kekurangan kalsium apabila usia semakin bertambah.. Sebab tu lah kita akan rasa sakit tulang, sakit sendi, dan macam-macam lagi kesakitan apabila kita menginjak ke usia emas.. :)


Saya ingin kongsikan dengan anda tujuh sebab mengapa kita perlu mengambil supplemen.

1. Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar
2. Badan kita memerlukan dos yang tinggi bagi sesetengah nutrien
3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar
4. Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
5. Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera
6. Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
7. Kehilangan nutrien dalam makanan

Saya mengambil Shaklee sebagai supplemen harian saya. Shaklee sentiasa selamat, berkesan, dan mesra alam.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk-produk Shaklee, boleh hubungi saya.. Saya juga membuka tawaran kepada anda yang berminat untuk menjadi ahli seumur hidup. Pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh Shaklee kepada ahlinya. :)

Terima kasih kerana membaca! :)

Syikin Maarop
Shaklee ID: 1091278

13 November 2014

JURNAL KESYUKURAN 3

Jurnal kesyukuran untuk hari ni, hargailah ibu selagi mana kita masih bernyawa. Sungguh tinggi martabat ibu.. Semuanya kerana jasa dan pengorbanan Rasulullah s.a.w. menyebarkan Islam. Setelah kedatangan Islam, barulah wanita dipandang mulia. Kalau dulu kala, iaitu pada zaman Jahiliyah setiap anak perempuan yang lahir akan ditanam hidup-hidup.. Na'uzubillah min zaalik.

Kenapa kita beruntung kerana masih ada ibu? Ini kerana antara tips kejayaan dan kekayaan hidup seperti yang dikatakan oleh Dr Azizan Osman (DAO) ialah keberkatan ibu. Restu ibu amat penting untuk berjaya dalam hidup. Mintalah ibu doakan yang baik-baik untuk kita. InsyaAllah hajat kita akan dimakbulkan oleh Allah dan perjalanan hidup juga menjadi smooth jer.. insyaAllah. Pokok pangkalnya di sini ialah jangan sesekali mengecilkan hati ibu.

Syukur kerana saya masih ada ibu. Tanpa ibu, siapalah saya di muka bumi ini. Alhamdulillah. Saya sayang mak saya. :)


Terima kasih kerana membaca! :)

12 November 2014

SIAPA YANG MEMERLUKAN OMEGA?

Sebelum saya menceritakan lebih lanjut, suka untuk saya berkongsi info berkenaan omega guard ni.. Omega guard Shaklee merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia. 

Tahukah anda? kadang-kadang kita tertipu dengan produk yang menyatakan minyak ikan tetapi sebenarnya ia diproses daripada minyak hati ikan (liver fish oil). Haa.. tipah tertipu daa.. 


Lagi satu, kebanyakan pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Oleh itu apa yang terjadi? Apabila minyak ikan diproses dengan tekanan tinggi, maka sesetengah nutrien akan musnah, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. 

Namun begitu, Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan omega guard. Ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi. Dalam masa yang sama, proses tersebut turut menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, ersenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl- iaitu bahan kimia industri yang sangat toksik). 


Oleh itu, siapa yang memerlukan omega guard ini? :)
~ individu yang mementingkan kesihatan
~ ibu hamil trimester kedua--> untuk perkembangan otak janin
~ kanak-kanak yang sedang membesar (1 tahun ke atas)
~ pesakit asma
~ pesakit gout
~ ingin kurus (omega membakar lemak)
~ penghidap ekzema
~ darah tinggi
~ ibu yang menyusukan anak
~ pesakit strok
~ pesakit jantung
~ kawal kolestrol

Kita berada dalam golongan yang mana ye? Jika anda berminat untuk mendapatkan omega ni, boleh hubungi saya terus.. :) Promosi untuk bulan November ni masih berlangsung. 

Terima kasih kerana membaca! :)

JAGA DIA UNTUKKU

Halwa telinga untuk pagi Rabu yang indah.. :) Jom dengarkan lagu special nih.. 

Mesti anda semua kenal kan dengan penyanyi lagu nih.. Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi yang memang tersohor di negara kita Malaysia. First time saya dengar lagu nih masa tengah drive dalam kereta.. Best sangat2 lirik lagu dia.. Saya suka.. :) 

"Tuhan jaga dia untukku..."


Terima kasih kerana membaca! :)

10 November 2014

JURNAL KESYUKURAN 2

Assalamu'alaikum. Selamat petang..

Kesinambungan daripada kisah saya dalam Jurnal Kesyukuran 1. Sebenarnya hari-hari ialah hari untuk kita bersyukur. Kalau dihitung nikmat Allah kepada kita, nescaya tak cukup jari nih nak kira nikmat yang Allah beri. 

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepada mu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."
- Surah Ibrahim 14: 7

Dua hari lepas ialah hari yang sangat bermakna kepada saya. Saya berasa saaangattt bersyukur kerana sudah berjaya menghabiskan pengajian ijazah saya di UUM. Tambahan pula, majlis tu dihadiri oleh insan tersayang iaitu suami, mak dan ayah saya.. Alhamdulillah. :)



Hari ini pula saya rasa gembira kerana dapat membantu seorang customer mencari telekung untuk dipakai ketika beliau mengerjakan umrah. Alhamdulillah.. Puji-pujian hanya kepada-Mu ya Allah. Sebenarnya, sebelum terjebak dengan bisnes Shaklee nih, saya merupakan seorang pengedar telekung Ummu Hanan Collections. Rezeki yang Allah beri tidak pernah salah tempatnya kan..? Ni komen daripada customer tu atau lebih mesra dengan panggilan kak Lieyza.. :)

"rasa memang selesa dah.. nak basuh dulu.. nti nak pakai kalau selesa nak order lagi..."

Saya doakan kak Lieyza dapat mengerjakan umrah dengan baik dan dipermudahkan urusannya..

Ok, setakat ni dulu entry saya.. nanti saya akan share banyak lagi info yang menarik untuk tatapan anda! :) Stay tuned. hehe..

Terima kasih kerana membaca! :)

07 November 2014

IT's COMING

Alhamdulillah... Hari yang ditunggu-tunggu bakal tiba.. Tak sampai 24 jam lagi je saya akan melangkah ke majlis yang sangat bermakna dalam hidup saya. Selama 4 tahun saya tunggu hari yang sangat penting ni..

Kejayaan ni saya hadiahkan untuk suami tercinta, kerana dorongan dan kata-kata semangat darinya saya berjaya sampai ke tahap ini. Tak lupa juga untuk mak dan ayah saya yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan anak mereka ini.

Alhamdulillah, SYUKUR ya Allah.. Kini, giliran saya untuk membalas jasa suami, mak serta ayah yang disayangi..

Doakan kejayaan saya, dunia dan akhirat :) Terima kasih.

Terima kasih kerana membaca! :)

4 JENIS MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

Salam.. Forwarded mesej telegram yang saya terima.. Mungkin makanan yang disenaraikan di bawah ni menjadi makanan utama dalam hidup kita. Sehari kalau tak pekena mee maggi tu, aishh macam tak tenang hidup nih. Haa.. Kalau anda ada persepsi begitu, ayuh ubahnya sekarang! Kerana apa? Sebab sedar tak sedar, sebenarnya makanan tersebut memberikan mudarat kepada kesihatan kita.. 

Hmm, lepas ni kena lebih berhati-hati dalam memilih makanan, ya..

Nabi s.a.w. pun ada berpesan, "rebutlah masa sihatmu sebelum datangnya sakit".
-----------
4 JENIS MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN.. SILA BACA.. PASTI MENGEJUTKAN!!

1. Mee Segera

Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dengan air panas? Ini disebabkan oleh kandungan wax(lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari ini anda makan mee segera , dan esoknya korang terasa nak makan mee segera lagi, jangan makan ok. Pastikan anda makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. Bayangkanlah kalau anda makan mee segera setiap hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut anda. Dan ini sebenarnya boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut.
2. Sardin

Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan.

3. Minuman 3 in 1

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun lalu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram,terdapat 55.6 % kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu teh manakala kopi (20 gram) ialah sebanyak 51.5 % kandungan gula bersamaan dengan dua sudu teh gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebanyak dua kali ganda selain krimmer.

4. Panadol

Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun.Panadol ni sebenarnya adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak kita consumed, semakin lama semakin kurang kesannya pada badan kita. Bererti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.

Seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas. Cari makanan alternatif lain macam roti, biskut, dan lain-lain yang bukan makanan segera. Boleh juga amalkan supplemen semulajadi yang ternyata selamat dan berkesan. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan.

***Nota: Gambar yang ditunjukkan ialah sekadar gambar hiasan. 

Terima kasih kerana membaca! :)

02 November 2014

KEBAIKAN OMEGA GUARD

Memandangkan sekarang ni dah masuk hari kedua dalam bulan November, saya nak kongsikan sebab-sebab utama kenapa anda perlu mengambil omega guard Shaklee nih..

Perbezaan Shaklee omega guard ialah ia diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, dan anchovies) di perairan negara Jepun. Omega guard ialah sumber minyak ikan terbaik di dunia. Berbanding dengan produk omega di pasaran, omega guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, dan ALA.

Apakah MANFAAT utama omega guard Shaklee ni?
  • melindungi jantung
  • mencegah salur darah dari tersumbat
  • mencegah pembekuan darah dalam badan
  • melancarkan peredaran darah
  • mengawal paras kolestrol dalam badan
  • mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  • memelihara daripada penyakit strok, kencing manis, gout, tulang, dan sendi
  • mengekalkan tekanan darah normal
  • mengurangkan ketegangan di leher atau sakit kepala
  • melicinkan kulit yang kelihatan kemerah-merahan
  • berfungsi membakar lemak dan meningkatkan metabolisme
  • mengawal masalah obesiti
  • mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS
  • merawat masalah alahan kulit seperti ekzema, dan radang
  • baik untuk wanita hamil kerana DHA dan Epa dari omega ini sangat penting untuk pembentukan otak dan mata bayi
  • meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  • membantu menentang kanser paru-paru, kanser payudara, kanser prostat, dan kanser kolon
  • membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  • membantu penkreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
  • memelihara fungsi-fungsi sendi

Haa... banyak kan fungsi omega ni.. Sempena bulan November ni, ada berita baik untuk anda. Dengan setiap pelaburan untuk 6 botol omega, akan dapat PERCUMA 1 botol. Anda yang berminat boleh kumpul order daripada sanak-saudara, rakan-rakanke, jiran sekeliling ke.. 

Anda juga boleh hubungi saya untuk mendapatkan omega nih. Semestinya saya akan berikan konsultasi terbaik khas untuk anda. :)

Terima kasih kerana membaca! :)

01 November 2014

SEGMEN: BLOGWALKING BY DAYANG DENO #2

Jom! Sertai segmen blogwalking by Dayang Deno nih.. Harap-harap ada rezeki untuk saya menang.. hehe :)

Let us support each other. Blogging is FUN! :)
http://www.dayangdeno.com/2014/10/segmen-blogwalking-by-dayangdeno-2.html

*Tarikh tamat penyertaan ialah pada 11.59 malam, 20 November 2014.

Terima kasih! :)

RESEPI PUDING ROTI

Hmm, redup je suasana petang nih di rumah saya.. Hari saya bersiaran dari rumah mak saya, nuuun di utagha sana tuu.. hehe :)

Sambil anda berehat atau menonton Running Man di tv 2 tu, saya nak share cara-cara untuk membuat puding roti gula hangus.. Ini merupakan antara makanan kegemaran saya.  First time saya makan puding roti ni masa zaman muda belia dulu.. Housemate saya yang bawak puding nih.. Sekali rasa, wahhh! Pasti nak lagiii... :)

Cara-caranya ialah:-

A. Bahan : 
1 cawan gula
1/4 cawan air
2 tin susu cair
5 biji telur
8 keping roti gardenia
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung castard
Sedikit butter
Sedikit kismis

B. Cara membuat :
1. Masak gula hingga perang kemudian masukkan air dan masak sampai gula larut (mcm nak buat puding karamel)
2. Kemudian tuang ke dalam loyang.
3. Sapu roti tadi dengan butter. Ketepikan dulu.
4. Sementara tu, pukul telur + susu cair + esen vanilla + tepung kastard sampai kembang.
5. Kemudian, masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi.
6. Kemudian siat2 kasar roti, masukkan dlam adunan telur tadi..tekan2 sikit . Tabur sedikit kismis.
7. Kukus selama 45 minit. (err..Kalau nak bakar dalam oven pun boleh juga. Ikut kreativiti masing-masing..)
8. Siap & sedia utk dimakan! :)


Selamat mencuba! 
Nota: Resepi ini diambil daripada fb Resepi Bonda.


Terima kasih kerana membaca! :)

PROMO NOVEMBER 2014- OMEGA GUARD

Assalamu'alaikum dan selamat pagi... :)

Hari ni dah masuk 1 November. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas dan berbakti kepada orang ramai.. Syukur ya Allah. :)

Seperti biasa, setiap bulan pasti ada tawaran yang hebat-hebat daripada Shaklee. Untuk bulan ni, promo istimewa OMEGA GUARD. Pelaburan untuk 6 botol omega guard akan dapat PERCUMA 1 botol. Best! Best! Best! :)


Sebotol omega guard mengandungi 90 kapsul dan anda akan jimat sangat-sangat jika melaburkan wang anda masa promo begini.. Harga omega guard ialah RM136.00 sebotol. Anda nak tahu harga istimewa untuk promo? Boleh hubungi saya :)

Untuk maklumat lanjut anda boleh klik di sini.

Terima kasih kerana membaca! :)

22 October 2014

TIPS MENJEMPUT REZEKI

Assalamu'alaikum. Selamat tengahari! :)

Buat apa tu cuti umum hari ni? Saya baru je sudah masak untuk makan tengahari.. Menu simple jer.. hehe.. 

Saya terjumpa dengan satu tips yang sangat bermanfaat di facebook.. 
Tips ini berkenaan cara menjemput rezeki..

****************************************

SELAWAT 100 KALI SETIAP HARI



****************************************
Sayyidina Jabir ( ra ) meriwayatkan hadis Nabi SAW,

" Sesiapa yang berselawat kepadaku 100 kali setiap hari maka Allah akan menunaikan seratus hajatnya, 70 hajat berkenaan akhirat dan 30 hajat berkenaan dunia.

******************************************
P/S: Jika mahu untung lagi, berselawatlah 100 pagi (sebelum subuh ) dan 100 petang (sebelum asar ).

- Dan jika terlepas , selepas subuh dan selepas asar juga boleh.

*******************************************
Semoga tips ini bermanfaat untuk kita semua.

Jom! Berselawat kepada Baginda s.a.w. :)

20 October 2014

RITA RUDAINI DAN SHAKLEE

Eh! eh!... Dia pun ambik supplemen Shaklee lah... :)

Rasanya semua orang dah sedia maklum, Rita Rudaini ni merupakan pengguna tegar produk Shaklee.. Kerja sebagai artis kan sibuk memanjang.. Tambahan pulak Rita ni ibu berdikari.. Supermom orang kata.. hehe.. Dengan nak uruskan anak-anak lagii.. Semestinya memerlukan tenaga yang lebih.. Kadang-kadang satu hari kena shooting lebih daripada sekali.. Dah tu pulak bukannya tempat yang sama shooting tu.. Kena berlari sana sini.. 
(Eh! macam ada pengalaman jadi artis je.. kih kih kih :) ) 

Yang paling penting, artis kena la jaga penampilan mereka.. tak gittew? :) Rita mengambil langkah bijak dengan mengambil Shaklee sebagai makanan tambahan untuk diri 
dan keluarganya..

Anda pula bagaimana? 
Kepada anda ingin tampil cantik, jelita, dan cergas seperti Rita Rudaini, silalah hubungi saya.. Rasai sendiri kehebatan produk ini.. Jangan risau, konsultasi khas akan saya berikan kepada anda.. :)

Terima kasih kerana membaca! :)

CARA UNTUK MENGAWAL EKZEMA

Apa itu ekzema? Ekzema juga dikenali sebagai kulit sensitif. Dalam istilah perubatan, penyakit ini dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis atopic, iaitu sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal sehingga menyebabkan rasa sakit dan resah. Punca utama ekzema disebabkan faktor genetik (adeh! memang betul laa faktor nih.. salah sorang ahli keluarga saya ada kulit sensitif.. huhu~). 
Dewasa kini, populasi individu yang menghidap ekzema meningkat daripada 30 peratus kepada 60 peratus.. Ini laporan daripada pakar dermatologi Hospital Kuala Lumpur, 
Dr Leong Kin Fon.

Habis tu, macam mana nak kawal ekzema nih? Tak de ke langkah-langkah pencegahan? 

Okeh, jom baca tips di bawah.. Saya kongsikan cara-cara untuk mencegah ekzema:-

1. Pastikan bilik tidur selesa, nyaman, tidak terlalu panas, atau terlalu sejuk. 

2. Elakkan menggunakan karpet dalam rumah. Sekiranya terpaksa menggunakan karpet, pastikan karpet selalu dibersihkan dan tidak berdebu. 

3. Sekiranya anda mempunyai alahan terhadap bulu kucing atau anjing, elakkan daripada memelihara haiwan peliharaan ini. (saya suka kucing.. :) )

4. Elakkan mandi air panas atau suam.

5. Elakkan memakai baju berlapis-lapis bagi mengelakkan anda berpeluh berlebihan.

6. Pastikan kuku sentiasa pendek untuk mengelakkan luka dan jangkitan kuman pada kulit.

7. Bagi pesakit yang mempunyai alahan makanan, elakkan daripada mengambil makanan yang menyebabkan alahan seperti makanan laut, telur, dan sebagainya. Sekiranya anda tidak pasti mengenai alahan makanan, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda. 

Saya doakan entry ini bermanfaat untuk anda. :)

Sumber: majalah i-Sihat, Bil. 83.

Terima kasih kerana membaca! :)

19 October 2014

1001 KEBAIKAN MEALSHAKES

Tuan/ puan sekalian mempunyai anak yang susah untuk makan? 
Tuan/ puan ada anak yang kurang berat badan?
Tuan/ puan ada anak yang sering sembelit?

Haa.. saya ada pengalaman dengan anak yang sering sembelit.. Masya-Allah, kalau kanak-kanak pun boleh merengek dan menangis sebab sembelit.. Kita yang dewasa ni lagii lah terasa sakitnya kan..

Okey lah, untuk menjawab segala persoalan di atas saya ingin berkongsi kisah kebaikan mealshakes yang ternyata dapat mengatasi masalah anak-anak yang terlalu memilih makanan (picky eaters), sembelit, dan kurang berat badan.

Kebaikan mealshakes ialah:
  • Nutrisi lengkap-- mealshakes menyediakan 24 jenis vitamin, mineral, dan zat perlu, Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia juga mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekal nutrisi kepada sel tubuh-- kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun, dan lain-lain.
  • Membantu tumbesaran-- mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Anti-oksida-- mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan seri wajah-- mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/ kulit lebih cantik.
  • Detoksifikasi-- kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Kelazatan rasanya-- minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral, dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. 
Mealshakes sesuai dinikmati oleh semua golongan termasuk kanak-kanak (1 tahun ke atas), pelajar, ibu mengandung, para atlet, warga emas, dan orang sakit.

Saya kongsikan satu testimoni kepada anda berkenaan mealshakes nih.. (err, satu testi jer dulu.. nanti di lain entry saya akan tunjukkan feedback yang kebaboomm.. hehe ) 
Stay tune! :)
Bulan ni ada promo mealshakes beli 6 PERCUMA 2 tin.. Haa, best kan? Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan mealshakes, bolehlah hubungi saya.

Terima kasih kerana membaca. :)