22 October 2014

TIPS MENJEMPUT REZEKI

Assalamu'alaikum. Selamat tengahari! :)

Buat apa tu cuti umum hari ni? Saya baru je sudah masak untuk makan tengahari.. Menu simple jer.. hehe.. 

Saya terjumpa dengan satu tips yang sangat bermanfaat di facebook.. 
Tips ini berkenaan cara menjemput rezeki..

****************************************

SELAWAT 100 KALI SETIAP HARI



****************************************
Sayyidina Jabir ( ra ) meriwayatkan hadis Nabi SAW,

" Sesiapa yang berselawat kepadaku 100 kali setiap hari maka Allah akan menunaikan seratus hajatnya, 70 hajat berkenaan akhirat dan 30 hajat berkenaan dunia.

******************************************
P/S: Jika mahu untung lagi, berselawatlah 100 pagi (sebelum subuh ) dan 100 petang (sebelum asar ).

- Dan jika terlepas , selepas subuh dan selepas asar juga boleh.

*******************************************
Semoga tips ini bermanfaat untuk kita semua.

Jom! Berselawat kepada Baginda s.a.w. :)

20 October 2014

RITA RUDAINI DAN SHAKLEE

Eh! eh!... Dia pun ambik supplemen Shaklee lah... :)

Rasanya semua orang dah sedia maklum, Rita Rudaini ni merupakan pengguna tegar produk Shaklee.. Kerja sebagai artis kan sibuk memanjang.. Tambahan pulak Rita ni ibu berdikari.. Supermom orang kata.. hehe.. Dengan nak uruskan anak-anak lagii.. Semestinya memerlukan tenaga yang lebih.. Kadang-kadang satu hari kena shooting lebih daripada sekali.. Dah tu pulak bukannya tempat yang sama shooting tu.. Kena berlari sana sini.. 
(Eh! macam ada pengalaman jadi artis je.. kih kih kih :) ) 

Yang paling penting, artis kena la jaga penampilan mereka.. tak gittew? :) Rita mengambil langkah bijak dengan mengambil Shaklee sebagai makanan tambahan untuk diri 
dan keluarganya..

Anda pula bagaimana? 
Kepada anda ingin tampil cantik, jelita, dan cergas seperti Rita Rudaini, silalah hubungi saya.. Rasai sendiri kehebatan produk ini.. Jangan risau, konsultasi khas akan saya berikan kepada anda.. :)

Terima kasih kerana membaca! :)

CARA UNTUK MENGAWAL EKZEMA

Apa itu ekzema? Ekzema juga dikenali sebagai kulit sensitif. Dalam istilah perubatan, penyakit ini dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis atopic, iaitu sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal sehingga menyebabkan rasa sakit dan resah. Punca utama ekzema disebabkan faktor genetik (adeh! memang betul laa faktor nih.. salah sorang ahli keluarga saya ada kulit sensitif.. huhu~). 
Dewasa kini, populasi individu yang menghidap ekzema meningkat daripada 30 peratus kepada 60 peratus.. Ini laporan daripada pakar dermatologi Hospital Kuala Lumpur, 
Dr Leong Kin Fon.

Habis tu, macam mana nak kawal ekzema nih? Tak de ke langkah-langkah pencegahan? 

Okeh, jom baca tips di bawah.. Saya kongsikan cara-cara untuk mencegah ekzema:-

1. Pastikan bilik tidur selesa, nyaman, tidak terlalu panas, atau terlalu sejuk. 

2. Elakkan menggunakan karpet dalam rumah. Sekiranya terpaksa menggunakan karpet, pastikan karpet selalu dibersihkan dan tidak berdebu. 

3. Sekiranya anda mempunyai alahan terhadap bulu kucing atau anjing, elakkan daripada memelihara haiwan peliharaan ini. (saya suka kucing.. :) )

4. Elakkan mandi air panas atau suam.

5. Elakkan memakai baju berlapis-lapis bagi mengelakkan anda berpeluh berlebihan.

6. Pastikan kuku sentiasa pendek untuk mengelakkan luka dan jangkitan kuman pada kulit.

7. Bagi pesakit yang mempunyai alahan makanan, elakkan daripada mengambil makanan yang menyebabkan alahan seperti makanan laut, telur, dan sebagainya. Sekiranya anda tidak pasti mengenai alahan makanan, sila dapatkan nasihat daripada doktor anda. 

Saya doakan entry ini bermanfaat untuk anda. :)

Sumber: majalah i-Sihat, Bil. 83.

Terima kasih kerana membaca! :)

19 October 2014

1001 KEBAIKAN MEALSHAKES

Tuan/ puan sekalian mempunyai anak yang susah untuk makan? 
Tuan/ puan ada anak yang kurang berat badan?
Tuan/ puan ada anak yang sering sembelit?

Haa.. saya ada pengalaman dengan anak yang sering sembelit.. Masya-Allah, kalau kanak-kanak pun boleh merengek dan menangis sebab sembelit.. Kita yang dewasa ni lagii lah terasa sakitnya kan..

Okey lah, untuk menjawab segala persoalan di atas saya ingin berkongsi kisah kebaikan mealshakes yang ternyata dapat mengatasi masalah anak-anak yang terlalu memilih makanan (picky eaters), sembelit, dan kurang berat badan.

Kebaikan mealshakes ialah:
  • Nutrisi lengkap-- mealshakes menyediakan 24 jenis vitamin, mineral, dan zat perlu, Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia juga mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • Membekal nutrisi kepada sel tubuh-- kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun, dan lain-lain.
  • Membantu tumbesaran-- mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • Anti-oksida-- mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan seri wajah-- mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/ kulit lebih cantik.
  • Detoksifikasi-- kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • Kelazatan rasanya-- minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral, dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. 
Mealshakes sesuai dinikmati oleh semua golongan termasuk kanak-kanak (1 tahun ke atas), pelajar, ibu mengandung, para atlet, warga emas, dan orang sakit.

Saya kongsikan satu testimoni kepada anda berkenaan mealshakes nih.. (err, satu testi jer dulu.. nanti di lain entry saya akan tunjukkan feedback yang kebaboomm.. hehe ) 
Stay tune! :)
Bulan ni ada promo mealshakes beli 6 PERCUMA 2 tin.. Haa, best kan? Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan mealshakes, bolehlah hubungi saya.

Terima kasih kerana membaca. :)

18 October 2014

BERCUTI DI PENDANG LAKE RESORT

Assalamu'alaikum dan selamat pagi.. Salam ceria di hujung minggu..

Hari ni saya bersiaran di Pendang Lake Resort.. hehehe.. Tumpang encik suami ada kursus di sini, saya pun ikut sekali lahh.. Haa.. sangat besar pengorbanan cikgu-cikgu ni kan? Hujung minggu pun kena bekerja.. Semuanya demi kejayaan anak bangsa.. 
(err.. terkeluar dah ayat karangan bahasa Melayu.. hehe)..  

Bilik kami ni bertentangan dengan tasik.. Hmm, sangat indah pemandangannya.. Buka pintu je dah nampak air yang tenang.. Dapat hirup udara yang fresh.. best best best! :)
Setiap kali travel saya akan bawa supplemen.. Sebagai langkah berjaga-jaga.. mana lah nak tau kot-kot ada kecemasan ke, kan? hehe..

Saya akan pastikan Vita-Lea dan GLA sentiasa ada bersama saya.. Vita-Lea ni mengandungi multivitamin dan mineral penting untuk badan.. Dalam vita-lea ni pun dah ada 12 vitamin seperti vitamin A, B, C, D dan E.. Nutrisi seperti zat besi, zink, dan kalsium pun ada dalam vita-lea nih.. Maksudnya vita-lea ni memang lengkap lah dengan vitamin-vitamin yang badan kita perlukan.. Saya ambil vita-lea ni sebab ia membekalkan tenaga segera supaya saya sentiasa cergas dan bertenaga.. Pengambilan vitamin ni bukan saja untuk masa sekarang, tapi juga untuk kesannya pada masa akan datang.. hehe :)

GLA atau gamma linolenic acid pula untuk kecantikan dalaman dan luaran.. Saya ni ada masalah ekzema atau kulit bermasalah.. Dengan GLA, membantu mengurangkan masalah saya ni.. Sebenarnya GLA Shaklee diekstrak daripada borage yang mengandungi lebih 2 kali ganda GLA dalam evening primrose oil (EPO).. EPO ni lah yang kebanyakan wanita ambil untuk dapatkan kulit yang cantik selain untuk tujuan mengurangkan berat badan.. hehe

Kalau anda berminat untuk dapatkan supplemen ni, bolehlah hubungi saya.. Kecantikan luaran bermula dengan kecantikan dalaman.. :)

Terima kasih kerana membaca. :)

17 October 2014

TIPS DIDIK ANAK HAFAZ Al-QURAN

Saya kongsi tips ni daripada salah sorang kenalan di facebook. 
Saya doakan tips ini membantu anda yang inginkan anak-anak celik Al-Quran.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Bismillah.
Ampun maaf, saya sangat-sangat tak sempat nak jawab pm yang menderu bertanya tentang bagaimana didik anak hafaz Al-Quran. Saya jawab di sini ya.
1. Saya mula didik anak Quran waktu dalam kandungan. Baca Quran, baca Quran, Baca Quran. Mengandung Muadz saya alahan teruk. Saya baca Quran sambil baring. Niatnya supaya anak dengar Kalamullah. Saya yakin dia sedang berkembang dengan pintar bila mendengar ayat-ayat Allah.
2. Anak lahir : usianya 2 bulan, saya buat flashcard sendiri. Sebab masa tu saya di Madinah, tak jumpa flashcard. Buat guna manilakad je. Tulis besar-besar, baca pada Muadz setiap hari. Sebut huruf tu pada dia sejelas-jelasnya. Dia buat tak tahu je masa tu. Siap ronyok-ronyok lagi

3. Pasangkan dia video Alif Ba Ta. Terkekek-kekek dia ketawa tengok video tu.
4. Pasang Kaset Quran dalam kereta. Pergi mana-mana pasang je.
5. Balik Malaysia, lepas suami cerita tentang Syeikh Mesir didik anak hafaz Quran, kami terus buat keputusan. Mulai hari tu kami pasang Quran sahaja dalam kereta. Quran sahaja. Masuk kereta je terus pasang, walaupun pergi kedai dekat dengan rumah sahaja.
6. Kesan pasang Quran : saya perhatikan anak-anak saya mudah sangat tidur dalam kereta. Sampai orang pelik macamna mereka boleh sopan santun dalam kereta, sebab keluar kereta je terus tak duduk diam. Ya, sekali lagi. Saya yakin dengan keberkatan Al-Quran. Al-Quran menenangkan hati dan jiwa.
7. Selain kereta, abah Muadz rajin bacakan Quran pada anak-anak sebelum tidur. Dia peluk anak-anak kiri dan kanan, then baca Quran. Tak sampai sejam pun kadang-kadang anak dah tidur. 
8. Sampai umur Muadz 2 tahun lebih ( kalau tak silap saya), kami baca Surah Asy-Syams. Tiba-tiba dia sambung! Kami terkejut! Mengalir air mata saya, Maha Hebatnya Allah! Padahal kami masih belum usaha yang maksima lagi. Tapi Muadz dah boleh ingat Surah Asy-Syams masa tu.
9. Kami test surah lain pula. Kami suami isteri baca dalam kereta. Tiba-tiba dia sambung. Sekali lagi terkejut, dia dah hafaz Surah AL-Balad! Allahu Akbar!
10. Disebabkan masuk kereta pasang Quran ni dah jadi habit, maka Muadz ni pun tiap kali masuk kereta takde ayat lain yang dia jeritkan melainkan..." Nak Qoran!! ( Nak Al-Quran)  Ianya terjadi bila saya cuba-cuba nak dengar IKIM.

InsyaAllah yakin ibu ayah, kita semua boleh. Sebab anak kita semua sangat genius, insan-insan takde dosa. Lagi satu, puji anak bila mereka mengaji. Tunjukkan muka ceria dan gembira. All the best!

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Izin Allah.
Sumber: Puan Ainun Mardhiah :)
Terima kasih kerana membaca.

16 October 2014

MANFAAT UTAMA ESP

Memandangkan bulan ni merupakan promo energizing soy protein (ESP), maka saya nak kongsi kehebatan ESP.. Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kali kedua Shaklee buat promo untuk ESP.. Awal tahun hari tu, iaitu bulan Mac dah ada promo ESP.. Haa, memang betul-betul demand laa kan ESP nih.. :) Setahun sampai dua kali promo.. 

ESP ni memang menjadi supplemen utama saya. Kerana ESP, saya mula jatuh cinta dengan Shaklee.. (waahh.. puitis gittew). Saya ambil ESP untuk mengatasi masalah ekzema serta kulit muka kering.. Alhamdulillah, selepas sebulan mengamalkan minum ESP setiap hari, saya dapat hasil yang sangat memuaskan.. Kulit muka saya yang dulunya kering kembali lembap, dan licin.. Yang paling besstt, dah tak ada kuping-kuping di muka saya.. Alhamdulillah.. Sebelum ni kalau nak jumpa orang pun saya berasa agak malu.. hehe :)

Kebaikan ESP ialah:

  • Awet muda-- asid amino yang terdapat dalam ESP penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, dan kulit. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk hormon-- kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones. Fungsi isoflavones bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis, dan sakit jantung.
  • Baik untuk prostat-- genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan percambahan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopous, dan pembesaran prostat.
  • Kulit remaja-- meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat sembuhan luka, dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga-- membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun. Maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia, dan tekanan (stress).
  • Membaiki pigmentasi-- membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan, dan kesan tua.
  • Membaiki memori-- ESP meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual, dan rangsangan.
Haa.. Best kan fungsi ESP nih? Ia bukan saja sesuai untuk wanita, malah lelaki, orang tua dan muda pun boleh minum ESP nih.. Penghidap diabetes pun boleh minum ESP.. Kalau untuk ibu mengandung amatlah digalakkan ambil ESP sebagai supplemen.. 

Jika anda ingin mencuba kehebatan ESP nih, jangan segan silu untuk menghubungi saya.. Ok, semoga berjumpa lagi di lain entry..

Terima kasih. 

15 October 2014

RESEPI RAHSIA

Sebelum tidur, selalunya saya akan minum segelas ESP untuk kesegaran esok hari serta pemulihan tekstur kulit.. Sebenarnya sel-sel dalam badan kita beroperasi dengan baik sekali waktu kita sedang tidur.. 

Bagi saya, supplemen amat penting seperti kita memerlukan petrol untuk memandu kenderaan. Kalau takda minyak, macam mana kereta tu nak jalan, kan? Haa.. macam tu jugaklah pentingnya mengambil supplemen sebagai pelincir badan kita 
agar sihat dan cergas.

Untuk malam ni, saya nak share resepi rahsia energizing soy ptotein (ESP). 
Resepi ni memang terbukti marvellous dan terrrlajakk sedap! hehe.. :) 

Cara-caranya ialah:
-Rendam 2 atau 3 biji kurma dalam segelas susu segar
-Biarkan beberapa jam atau semalaman dalam fridge. Jangan lupa add on 1 sudu besar ESP (Kena blend sebab ia menjadikan tekstur campuran lagi halus. Sedappp!)

-Tambah badam untuk rasa lebih enak


Campuran resipi di atas memang marvellous, lazat, energized dan yang best sekali ialah khasiatnya. Ia mencantikkan semua sel kat badan kita ni termasuk sel luaran dan dalaman. Kulit kita pulak akan menjadi gebu, berseri, licin, dan anjal.


Resepi ni memang terbukti secret recepi kerana kebanyakan testimoni yang diterima menyatakan akan kelazatan rasa ESP. Yang penting, kesannya terhadap tubuh badan dan kulit tuu yg paling bessttt! :)
Terima kasih kak Cery atas resepi rahsia nih.. :)
Selamat mencuba! :)

Terima kasih kerana membaca.

MENERIMA HADIAH MISTERI

Pin pin pin... (encik posmen membunyikan hon motornya..)

"Ada kiriman poslaju, kak," kata encik posmen. "Ok, terima kasih," kata saya.

Kelmarin saya menerima satu kejutan. hehe.. Ada secret admire menghadiahkan buku kepada saya. Wahhh! Seronok bukan kepalang lah saya nih... Macam tau-tau je hobi saya ialah membaca. Saya suka baca buku berkisar motivasi, inspirasi, dan kerohanian.. Jadi, bila saya dapat buku ni, bagaikan pucuk dicita ulam mendatang laa...
InsyaAllah, saya akan ceritakan kandungan buku ni di entry yang lain, ya.. Stay tune! :)

Oupss! Terlupa pulak nak ucapkan terima kasih kepada mentor saya, 
Imma BeautySuri. Gracias! :)

Terima kasih kerana membaca. :)

*Nota tambahan: MLM - multi level marketing.

14 October 2014

ALKISAH JARI LUKA

Tragis tak tajuk entry saya kali nih? hehe..

Alkisahnya saya nak potong ubi keledek untuk dijadikan sarapan pagi esok.. Tetiba macam mana ntah, pisau tu terkena jari kiri telunjuk saya ni.. Macam mana rasanya? hehe... 
Betapa nikmatnya terkena torehan pisau.. :)
Sebenarnya ni gambar ehsan google.. Luka di jari saya sebenarnya agak besar, 
lebih kurang 1 cm.. 

Selalunya saya akan cuba letakkan minyak gamat selepas membasuh luka di jari.. Tapi kali nih saya cuba sapu krim pelbagai guna, herbal blend.. Alhamdulillah darah berhenti mengalir dan luka di jari pun cepat kering..

Lepas tu sebelum tidur, saya ambil sebiji zinc complex Shaklee.. Zinc ni amat bagus untuk penyembuhan luka. Ibu yang sedang berpantang pun digalakkan mengambil zinc kerana cepat menyembuhkan luka  dan zinc juga bertindak sangat sesuai untuk penjagaan kulit.

Antara kebaikan zinc complex ialah:
-mengatasi masalah keradangan kulit seperti ekzema dan jerawat
-membantu mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman
-melindungi kesihatan prostat
-mengurangkan risiko kanser prostat untuk lelaki
-memulihkan masalah kurang selera makan dan kehilangan berat badan
-menguatkan antibodi tubuh untuk melawat penyakit
-mengurangkan masalah rambut gugur
-meningkatkan kemampuan seksual bagi lelaki
-membantu wanita dalam proses ovulasi dan penguncupan uterus

Jika anda nak cuba produk-produk hebat Shaklee, silalah hubungi saya :)

Terima kasih. Nantikan entry saya yang seterusnya..

Salam sayang..
Syikin Maarop - 0194507626 - syikinmaarop@gmail.com

KEGUNAAN HERBAL BLEND

Saya saaangaattt suka dengan herbal blend nih..
Kalau terkena gigitan nyamuk, cepat-cepat sapukan krim yang hebat ni.. Alhamdulillah, semakin berkurang rasa gatalnya. Yang paling best, bila sapu krim ni di bahagian yang terkena nyamuk tu, langsung tak meninggalkan bekas atau parut. Maklum lah, saya ni jenis kulit sensitif.. 

Saya sangat suka dengan produk Shaklee nih.. Semua produk Shaklee diproses menggunakan bahan-bahan semulajadi, tiada bahan kimia dan sangat berkualiti. 
Bagi saya, herbal blend adalah krim yang TERBAIK sebab boleh digunakan untuk apa jua tujuan. Yang paalinnggg penting herbal blend ni BEBAS daripada paraben dan steroid. 

Herbal blend sentiasa ada dalam beg tangan saya. Mudah untuk dibawa ke mana-mana.. hehe.. 
Kalau anda nak cuba keajaiban herbal blend nih, boleh hubungi saya. Harganya murahhh saja, harga mampu milik, :) kalau jadi ahli, semestinyaa harga leebihhh jimat...
Terima kasih. Jumpa lagi di lain entry.

Salam sayang...
Syikin Maarop - 0194507626 - syikinmaarop@gmail.com

13 October 2014

AMALAN IBU MENGANDUNG

Petang-petang yang indah ni saya nak kongsi dengan rakan-rakan bloggers amalan rohani untuk ibu mengandung.

Untuk memastikan anak-anak dalam kandungan sentiasa terpelihara dan selamat sehingga hari kelahiran, saya cadangkan ibu-ibu rajinlah membaca Al-Quran. Al-Quran ialah mukjizat agung kerana dengan membaca Al-Quran pasti hati akan berasa tenang.

Selamat beramal dan saya doakan entry ini memberi manfaat untuk semua. :)

Terima kasih.

Salam sayang...
Syikin Maarop

KESAN IBU BAPA MAKAN LEBIHAN ANAK

Semalam saya ada post satu entry di group facebook. 

Persoalan yang saya timbulkan berbunyi begini:

*** Fakta ke auta?
-----

Orang kata ibu bapa tak elok makan lebihan makanan anak-anak. Kesannya nanti anak-anak tak dengar cakap ibubapa..

Apa pendapat kawan-kawan yang budiman?
Like
Like · 
4. Ada juga kawan-kawan yang beri pendapat ibu bapa makan lebihan anak ni hanyalah auta jer.. Mitos semata-mata. Orang dulu-dulu reka pantang larang tu sebab mahu anak-anak taat dengan ibu bapa.. Itu jerr.. jadi, kalau nak ikut pun boleh, tak ikut pun boleh pantang tu.. Tak makan lebihan anak tu hanyalah adat, bukan syariat.
Ok. semoga entry saya ini memberi manfaat kepada anda semua.. Saya sangat mengalu-alukan sebarang komentar atau tambahan idea daripada rakan-rakan bloggers.
Terima kasih. :)

Salam sayang...
Syikin Maarop :)

11 October 2014

TIPS DAGING BAKAR YANG SEDAP

Assalamu'alaikum. 

Ceria-ceria di hari Sabtu ni... :) Hujung minggu laa katakan.. Masa untuk bersama keluarga. Hari ni saya balik kampung di utara Semenanjung Malaysia.. Di Kedah nuuun.. hehe.. Saya balik untuk menjenguk mak ayah.. Bertanya khabar, dan tolong mana-mana yang patut..

Selalunya kalau balik kampung, saya suka tolong mak saya masak. hehe.. Nak menuntut ilmu memasak mak saya yang hebat tu..

Menu kami tengahari ni ialah daging bakar.. Maklum laa, kita kan baru je lepas hari raya korban. Jadi stok daging tu masih banyak dalam peti sejuk tu.. Saya sempat juga mencilok cara mak saya perap daging tu..

Cara-caranya:
1. Perapkan dengan sos cili, sos tiram, kicap, garam, dan lada hitam.. 
(err..  masukkan bahan-bahan ni secukup rasa.. hehe..)
2. Perapkan selama 15 ke 30 minit.
3. Sedia untuk dibakar.

Mak saya pesan, daging tu jangan bakar terlalu lama.. Nanti ia akan keras.. Jangan pula masak sekejap sangat, nanti bahagian dalam daging jadi mentah.. Kalau nak tau daging tu sudah masak sepenuhnya, pastikan bahagian luar daging menjadi warna coklat sikit-sikit.. Macam dalam gambar di bawah ni... :)
Daging dibakar menggunakan pemanggang ajaib. 

Waaa... sedapnya makan tengahari tadi.. Daging dicicah dengan air asam air tangan bonda pulak kan... Terangkat gittew :) Lepas makan Daging ni, saya ambil tiga biji lecithin sebagai pembakar lemak-lemak di badan.. Daging lembu kan baaanyakkk kolestrol.. Kesihatan haruslah dijaga... :)


Selamat berhujung minggu semua... 

Salam sayang...
Syikin Maarop - 0194507626 - syikinmaarop@gmail.com

10 October 2014

GASTRIK OH GASTRIK!

Assalamu'alaikum dan selamat petang.

Alhamdulillah kita berjumpa lagi pada hari Jumaat yang penuh berkat. Dah berselawat kepada Baginda s.a.w.? Sudah baca surah Al-Kahfi? Didoakan amalan-amalan kebajikan yang kita lakukan mendapat redha dari-NYA.

Hari ni saya nak kongsi kisah hidup saya. Beberapa tahun yang lalu saya sukar untuk ambil sarapan waktu pagi. Dalam erti kata lain, saya selalu skip breakfast. Apa kesannnya kepada kesihatan saya? Lama kelamaan saya sering berasa pedih perut. Paling kronik saya pernah rasa macam nak pitam sebab biarkan perut kosong. hehe.. :)


Tahukah anda tanda-tanda gastrik? Simptom-simptom gastrik ialah:
1. Kerap muntah
2. Muntah berdarah
3. Rasa pedih perut
4. Kurang selera makan
5. Najis berwarna hitam

Apabila dah sampai peringkat teruk, saya mula mengambil energizing soy protein (ESP). Alhamdulillah, perut saya dah tak meragam lagi... ESP bukan sahaja dapat mengurangkan gastrik, malah bila saya minum ESP ni ada juga kesan sampingan yang lain. Kulit muka saya yang dahulunya kering kembali normal. Rakan-rakan pun turut perasan perubahan pada wajah saya (aisehh angkat bakul laa plak..). Syukur kepada Allah.

Semua orang nak sihat dan cergas. Pelaburan untuk supplemen tidak pernah merugikan. Yang penting, supplemen yang diambil itu mestilah diakui ketulenan dan keaslian sumbernya.

Saya memilih Shaklee sebagai supplemen harian saya. Anda pula bagaimana? :)

Salam sayang...
Syikin Maarop - 0194507626 - syikinmaarop@gmail.com

09 October 2014

KULIT CANTIK DENGAN TOMATO

Kulit cantik, sangat sinonim dengan wanita.. Tapi kan sejak dua menjak nih kaum adam pun suka menjaga ke'maskulin'an mereka. Ada orang kata kulit yang cantik ni bermula dengan pemakanan. Pemilihan bahan pencuci muka haruslah berhati-hati kerana jika tidak sesuai dengan kulit muka ia boleh memudaratkan. 

Anda nak cuba cara mudah untuk dapatkan kulit yang cantik? Di sini saya kongsikan empat makanan terbaik untuk kulit halus mulus dan gebu.

1. Raspberi - mengandungi antioksida dan asid elagik yang membantu mencegah radang kulit.
2. Tomato - kaya dengan antioksidan Lycopene yang membantu melindungi kulit.
3. Sayur kale - kaya dengan vitamin A, vitamin C, dan kalsium yang membantu mencegah penuaan kulit.
4. Teh hijau - mengandungi antioksidan polyphenols yang melawan radikal bebas dan baik untuk sistem tubuh.

Dalam produk Shaklee kebanyakannya ada bahan-bahan yang tersebut di atas. Misalnya polyphenols terkandung dalam Vivix. Maka tidak hairanlah jika penggemar vivix memiliki wajah yang ayu. :)

Entry yang berkaitan dengan tips kecantikan ialah:

Salam sayang,
Syikin Maarop - 0194507626 - syikinmaarop@gmail.com

VIVIX SI TONIK AJAIB

Vivix ni juga dikenali sebagai tonik ajaib. Kalau ada di kalangan anda yang sukar untuk menelan pil, atau kurang suka ambil pil yang banyak, boleh amalkan vivix.

Vivix mempunyai khasiat yang sangat bessst... Meh saya kongsikan kenapa anda perlu mengambil vivix sebagai supplemen utama anda :)

  • menggalakkan penuaan yang sihat
  • membantu mengelakkan kanser
  • mengurangkan risiko sakit jantung
  • mengurangkan komplikasi kencing manis
  • meningkatkan sistem imun
  • menyokong kesihatan mata
  • menurunkan berat badan
  • mengurangkan insiden bagi penyakit nyanyuk
  • meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi

Saya akan berikan konsultasi KHAS dan ISTIMEWA kepada customer saya.

Salam sayang,
Syikin Maarop - 0194507626 - syikinmaarop@gmail.com

08 October 2014

COACHING 2

Alhamdulillah tepat jam 11 malam tadi tamat sudah sesi coaching saya dan kawan-kawan saya. Saya saaangattt seronok buat bisnes Shaklee nih... Satu kelainan yang saya dapat rasa apabila buat bisnes secara berkumpulan.

Saya nak share dengan anda apa yang saya dapat malam ni berdasarkan kelas coaching yang dijalankan. Tadi kami belajar berkenaan lima elemen lampu ajaib. Elemen tersebut ialah tamak, takut, cemburu/ ego, rasa bersalah, dan eksklusif.

Dalam Shaklee, kami digalakkan mencari ilmu. Cari ilmu dengan membaca, bertanya kepada mereka yang berpengalaman, berbincang dengan rakan-rakan dan macam-macam lagi... 

Lepas dah dapat ilmu tu, ianya perlulah disebarkan. Bagaimana caranya? Kongsi ilmu dengan rakan-rakan, kongsi ilmu di group-group fb (facebook), kongsi ilmu di group WhatsApp. Iskk, banyaakkk manfaatnya kalau kita suka memberi nih... Allah akan tambahkan lagi rezeki kita. 

Seronok, seronok, seronok. :)

Hmm, kalau nak cerita pasal keseronokan join bisnes Shaklee ni takkan sudah sampai lewat malam. Kita stop di sini dulu, ya. nantikan entry saya berikutnya.. 

Peace! :)

Salam sayang,
Syikin Maarop - 0194507626 - syikinmaarop@gmail.com

KESAN KEKURANGAN PROTEIN

Baru-baru ni ada saudara saya mengadu bahawa dia ada tekanan darah rendah. Allah... sayu je dengar. Katanya, setiap kali nak bangun daripada duduk atau tidur, dia kena ambil masa lima minit lebih kurang untuk stabilkan tekanan darah dalam badannya. Kalau terus bangun daripada tidur atau duduk nanti akan rasa macam nak pitam. 

Haa... Anda pernah rasa macam tu tak? Kalau ada, lebih elok buat pemeriksaan kesihatan. :) Prevention is better than cure :)) 

Saya berminat untuk berkongsi dengan anda berkenaan kesan kekurangan protein dalam badan kita. 

Apa yang akan terjadi sekiranya badan kita kekurangan protein?
- anemia (kurang darah atau oksigen dalam badan)
- kolestrol tinggi
- kandungan gula rendah dalam darah
- penyakit hati
- penyakit buah pinggang
- fungsi saraf tak stabil (nerve instability)
- ulser perut/ usus (peptic ulser)
- luka lambat sembuh
- pengaliran darah tidak lancar
- penglihatan kurang baik
- badan menggeletar
- letih
- terencat akal
- kurang daya tahan badan 
- tinggi kandungan air dalam tisu badan

Sekiranya anda ingin pastikan kandungan protein mencukupi untuk badan anda, maka saya syorkan anda mengambil energizing soy protein (ESP). 

Boleh roger-roger saya untuk mencuba ESP.

Salam sayang,
Syikin Maarop - 0194507626 - syikinmaarop@gmail.com 

07 October 2014

SIHAT DENGAN SOYA NON-GMO?

Siapa yang gemar minum air soya? hehe :) Sedap rasa air soya. Tambahan pula kalau dicampurkan bersama ais. Waaa... Sedap gittew! :)

Tapi kan, soya yang kita minum tu betul ke masih asli? Maksud saya masih tidak tercemar dengan sebarang perasa, pewarna dan pemanis tiruan? Aduh! Risau jugak kan? Kalau dicampur dengan bahan-bahan pengawet ni boleh mengancam kesihatan kita.

Jadi, saya nak share kepada anda beberapa fakta menarik mengenai soya.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan soya non-gmo?

Soya non-gmo (non-Genetically Modified Organism) ialah soya yang diproses tanpa mengubah genetik asalnya. Genetik asal soya bermaksud kandungan zat, khasiat dan nutrisi yang ada pada soya tetap terpelihara semasa ianya diproses. Soya yang berkualiti ialah soya yang diproses pada suhu yang rendah. 

2. Inisiatif Shaklee

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protein yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Kini, banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

3. Energizing Soy Protein (ESP)

Kacang soya yang dihasilkan oleh Shaklee dinamakan energizing soy protein (ESP). ESP telah diiktiraf oleh seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.

4. Tahukah anda?

Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
Haa.. bessttt kan ESP nih? Soya yang semestinya SELAMAT, BERKESAN, dan NATURAL.

ESP tiada bahan pewarna, perasa, dan pemanis tiruan. 

Anda teruja untuk merasai keajaiban ESP? Silalah hubungi saya di emel syikinmaarop@gmail.com. :)

Salam sayang,
Syikin Maarop- 0194507626