16 October 2014

MANFAAT UTAMA ESP

Memandangkan bulan ni merupakan promo energizing soy protein (ESP), maka saya nak kongsi kehebatan ESP.. Untuk pengetahuan anda, ini merupakan kali kedua Shaklee buat promo untuk ESP.. Awal tahun hari tu, iaitu bulan Mac dah ada promo ESP.. Haa, memang betul-betul demand laa kan ESP nih.. :) Setahun sampai dua kali promo.. 

ESP ni memang menjadi supplemen utama saya. Kerana ESP, saya mula jatuh cinta dengan Shaklee.. (waahh.. puitis gittew). Saya ambil ESP untuk mengatasi masalah ekzema serta kulit muka kering.. Alhamdulillah, selepas sebulan mengamalkan minum ESP setiap hari, saya dapat hasil yang sangat memuaskan.. Kulit muka saya yang dulunya kering kembali lembap, dan licin.. Yang paling besstt, dah tak ada kuping-kuping di muka saya.. Alhamdulillah.. Sebelum ni kalau nak jumpa orang pun saya berasa agak malu.. hehe :)

Kebaikan ESP ialah:

  • Awet muda-- asid amino yang terdapat dalam ESP penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, dan kulit. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk hormon-- kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones. Fungsi isoflavones bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis, dan sakit jantung.
  • Baik untuk prostat-- genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan percambahan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopous, dan pembesaran prostat.
  • Kulit remaja-- meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat sembuhan luka, dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal tenaga-- membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun. Maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia, dan tekanan (stress).
  • Membaiki pigmentasi-- membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan, dan kesan tua.
  • Membaiki memori-- ESP meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual, dan rangsangan.
Haa.. Best kan fungsi ESP nih? Ia bukan saja sesuai untuk wanita, malah lelaki, orang tua dan muda pun boleh minum ESP nih.. Penghidap diabetes pun boleh minum ESP.. Kalau untuk ibu mengandung amatlah digalakkan ambil ESP sebagai supplemen.. 

Jika anda ingin mencuba kehebatan ESP nih, jangan segan silu untuk menghubungi saya.. Ok, semoga berjumpa lagi di lain entry..

Terima kasih. 

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...