11 October 2014

TIPS DAGING BAKAR YANG SEDAP

Assalamu'alaikum. 

Ceria-ceria di hari Sabtu ni... :) Hujung minggu laa katakan.. Masa untuk bersama keluarga. Hari ni saya balik kampung di utara Semenanjung Malaysia.. Di Kedah nuuun.. hehe.. Saya balik untuk menjenguk mak ayah.. Bertanya khabar, dan tolong mana-mana yang patut..

Selalunya kalau balik kampung, saya suka tolong mak saya masak. hehe.. Nak menuntut ilmu memasak mak saya yang hebat tu..

Menu kami tengahari ni ialah daging bakar.. Maklum laa, kita kan baru je lepas hari raya korban. Jadi stok daging tu masih banyak dalam peti sejuk tu.. Saya sempat juga mencilok cara mak saya perap daging tu..

Cara-caranya:
1. Perapkan dengan sos cili, sos tiram, kicap, garam, dan lada hitam.. 
(err..  masukkan bahan-bahan ni secukup rasa.. hehe..)
2. Perapkan selama 15 ke 30 minit.
3. Sedia untuk dibakar.

Mak saya pesan, daging tu jangan bakar terlalu lama.. Nanti ia akan keras.. Jangan pula masak sekejap sangat, nanti bahagian dalam daging jadi mentah.. Kalau nak tau daging tu sudah masak sepenuhnya, pastikan bahagian luar daging menjadi warna coklat sikit-sikit.. Macam dalam gambar di bawah ni... :)
Daging dibakar menggunakan pemanggang ajaib. 

Waaa... sedapnya makan tengahari tadi.. Daging dicicah dengan air asam air tangan bonda pulak kan... Terangkat gittew :) Lepas makan Daging ni, saya ambil tiga biji lecithin sebagai pembakar lemak-lemak di badan.. Daging lembu kan baaanyakkk kolestrol.. Kesihatan haruslah dijaga... :)


Selamat berhujung minggu semua... 

Salam sayang...
Syikin Maarop - 0194507626 - syikinmaarop@gmail.com

No comments:

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...