30 December 2015

Rahsia Kekal Sihat Pada Umur 81 Tahun

Nenek ni dah 40 tahun dengan Shaklee.. Pada usia 81 tahun, beliau masih segar dan ceria menikmati pendapatan pasif..

Berikut ialah beberapa tips untuk kekal lama dalam bisnes Shaklee:

+ Beliau amat yakin dengan kualiti Shaklee
+ Beliau tak pernah jemu guna barangan dan sentiasa excited sharing
+ Beliau fokus pada biz shaklee sahaja sebagai aktiviti utama.
+ Tidak tinggal perkara asas Shaklee, iaitu membina empayar yang beri unlimited income and lifestyles opportunities.

Health is wealth. :)

Jika anda berminat untuk dapatkan supplemen kesihatan Shaklee, jangan segan silu untuk menghubungi saya. Saya akan berikan konsultasi terbaik khas untuk anda.

Salam sayang,
Syikin Maarop
0194507626
SID Pilihan Anda

19 December 2015

Tips Merancang Kewangan Daripada DAO

🏆 TIPS DARI DR AZIZAN OSMAN  

👑 Merancang kewangan kita sebelum terlewat.
.
💥Waktu Pagi:
❎Jgn Withdraw Duit Dari Atm
❎Jgn Byr Loan
❎Jgn Byr Hutang
.
🎈Pagi adalah Utk Kita:
🎉 Sedeqah
🎉Jemput Rezeki Melalui Dhuha
🎉 Berzikir Dan Selawat
.
💰Semua untung bersih@gaji bersih mesti diagihkan ke dlm 6 TABUNG
.
👉 Tabung NEC 55%
Singkatan kpd neccesity @ keperluan.
Semua perbelanjaan rumah, byr sewa, kete, bil.,amik dr tabung NEC ni
.
👉Tabung FFA 10%
Financial Freedom Account.
Saving tetap kita. Jgn guna langsung utk tempoh yg pjg.,cth 10 thn.
Option simpanan utk FFA -
1. Unit trust
2. ASB
3. Fixed deposit
4. Tabung Haji
5. Beli gold
6. Simpan dlm tabung kt rumah.
Yg penting kita dh start create passive income utk masa depan kita.
.
👉 Tabung LTSS 10%
Long term saving for spending.
Simpanan jangka masa pjg utk dibelanjakan.
Cth. Kumpul utk beli hp, deposit kete.,dll
.
👉Tabung FUN (PLAY) 10%
Duit dr tabung ni br boleh guna utk joli, blanja mkn, reward diri
.
👉Tabung EDU 10%
Tabung pendidikan.
Utk siapa?
Utk anak?
Diri sendiri mcm pi motivasi ke coaching ke
Yee...utk diri sendiri. Sbb yg nk kaya dan berjaya tu kita.
Duit tu guna tuk gi seminar, beli buku dll
Lps ni x de alasan x de duit nk blanja utk tambah ilmu. Korban skit tuk dpt yg lebih besar
Ank akn ada bhgn dia bila kita dah berjaya nnti
Kita slalu pikir ank je...tp x pernah pikir nk majukan diri sendiri dulu
.
👉Tabung 5% CHARITY
Yang ni yg paling penting. Gunakan utk sedekah dan derma
Wajib ada
Tabung kebajikan
Tabung tu kita guna tuk bantu org lain
INGAT💥💥
Kita jgn jd perompak kpd bisnes kita sendiri!
.
...besarkan kapasiti tabung anda..supaya kita boleh masukkan lebih byk rezeki...

Untuk mengelakkan Kebocoran Wang ..
Kita perlu menjadi MONEY MAGNET...
Dengan Kata Lain Duit Yang Berkat...
.
Banykkan sedekah dan mengeluarkan zakat pendapatan
.
kebocoran berlaku sbb duit tu bkn hak kita sebenarnya. Byk faktor yg jd penyebbnya
Ada duit je adalah masalah dtg, kete rosak, ank sakit dll...
Bermakna duit kurang berkat..,selalu berlaku pd ramai org...
Lps ni check blik diri kita.

❤Hubungan dgn manusia, ibubapa, suami, ank2
Ada dendam sesiapa
Ada x maafkan org..
Ada sakitkan hati org
Pikir semula.
.
Mohon maaf dan memaafkan org adalah perkara yg terbaik.

*******
C n p daripada mesej WhatsApp.

💙❤️💗✌🏻️😊

18 December 2015

13 Langkah Yang Perlu Dilakukan Jika Berlaku Kematian

BAGAIMANA JIKA ADA KEMATIAN MENGEJUT DALAM RUMAH KITA??

■Jangan cemas

■tunggu dua tiga jam lagi sebelum terbit pagi.. InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah.

■sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.

■Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.

■letak pisau/gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin

■Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling
■Tangan diikat dengan perca kain.
■Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.

■jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar

■selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah

■rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.

■Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.

■Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.

□Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.

Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.

Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520(mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan).

Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.

Patut juga kita ambil tahu nama-nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka.

Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing2.

Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.
Share dgn semua orang.

TOLONG SEBARKAN WALAUPUN ANDA TELAH MEMBACANYA SEBELUM INI. SEBAGAI PERINGATAN

Wallahu’alam.

COPY & PASTE

Sumber: Hisyamuddin Lg

Via : Berita Harian Online

14 December 2015

15 Etika Makan Rasulullah s.a.w.

15 ETIKA MAKAN CARA RASULULLAH S.A.W.

1. Makanan mesti halal.
2. Makan apabila perlu dan lapar.
3. Berniat apabila makan.
4. Baca Basmallah.
5. Makan makanan yang paling hampir terlebih dahulu.
6. Tidak mengkritik makanan.
7. Makan secara berjemaah, lebih berkat.
8. Tidak bersandar ketika makan.
9. Menjilat jari bagi mencari barakah.
10. Menimbang makanan terlebih dahulu ketika membeli. Tanda perlu perancangan.
11. Membaca Alhamdulillah dan doa selepas makan.
12. Makan dari bahagian tepi terlebih dahulu.
13. Makan 1/3, simpan 1/3 untuk air dan 1/3 lagi untuk pernafasan sihat.
14. Beli makanan dengan wang dan harta halal.
15. Makan dengan tangan kanan kecuali yang tidak mampu.

Makanan sunnah adalah yang memberi kesihatan dan kecergasan walau tidak wujud pada zaman Nabi. Jenama makanan sunnah jangan hanya disempitkan kepada apa yang ada di zaman Nabi.

Menjual produk makanan dengan jampi adalah harus dengan syarat pada harga biasa produk yang sama, cth air mineral biasa RM 1.50, air mineral jampi juga RM 1.50. Ini kerana dalam hadis yang menyebut sahabat mendapat upah atas jampian, adalah apabila terbukti berkesan, justeru selagi belum berkesan, menaikkan harga makanan tersebut adalah dikira syubhah yang membawa penipuan.

Boleh makan 'budu' jika ia menyihatkan..jangan makan berudu. :)

Sumber: Dr Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR).

30 November 2015

10 Tips Keluarga Bahagia

TANDA-TANDA SUAMI TERLEBIH SAYANG ISTERI

Ada seorang isteri muda yang risau apabila terbaca kenyataan seorang Ustaz di FB yang mengatakan, “ Suami isteri yang boleh berkekalan hingga ke akhir hayat ialah apabila sayangnya suami kepada isteri melebihi sayang isteri kepada suami ”.

Apakah tanda-tanda suaminya itu melebihi sayangnya kepada dia?

1. Semasa naik tidur, suaminya peluk sekejab isterinya seolah-olah untuk memanaskan dirinya seketika. Selepas itu dia berdengkur sendirian.

2. Jika dia mencium isterinya, ciumannya mendalam seolah-olah menyedut oksigen di dalam kulit pipi isterinya.

3. Suka ajak makan bersama sama ada di dalam ataupun di luar rumah dan meminta isterinya memilih sendiri menu setiap kali membuat pesanan.

4. Tidak sabar untuk pulang ke rumah sebaik sahaja selesai tugas-tugas resmi di pejabat atau dengan masyarakat. Ketibaannya pula dengan senyuman meleret apabila disambut oleh isteri atau anak-anak.

5. Jika sesuatu keadaan dia terpaksa solat fardhu di rumah, dia suka isterinya menjadi makmum.

6. Suka memberi hadiah kepada isteri terutama sekali pulang daripada “outstation” dan menunggu maklum balas daripada isteri terhadap hadiahnya itu.

7. Jika isteri duduk disebelahnya walaupun dia pada ketika itu sedang fokus melihat rancangan TV yang dia minati, dia akan berikan ruang untuk isterinya menghimpit di sebelahnya dan melayan “gangguan kenakalan” isterinya seketika.

8. Jika dia tidak penat atau tiada apa-apa kerja penting yang perlu di selesaikan di rumah, dia akan cuba untuk membantu isterinya kerja-kerja maskulin di rumah.

9. Dia selalu puji isterinya di mana saja dia berada atau paling minimum dia tidak mengeji isterinya depan kawan-kawan atau sanak saudaranya.

10. Jika isterinya membuat kesilapan, dia selalu tegur dengan menggunakan bahasa yang tidak menyakitkan hati isterinya dengan ungkapan seolah-olah dia hanya memberikan pandangan sahaja yang mungkin pandangannya itu tidak benar kerana dia yakin jika ada perangai isterinya yang dia benci, Allah minta dia bersabar dan Allah memberikan jaminan bahawa disebalik apa yang dibenci itu,  ada kebaikan yang tersangat banyak disediakan oleh  Allah.

“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaulah kamu dengan mereka dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). An Nisa:19.

Jika suami anda ada satu sahaja tanda di antara sepuluh yang disenaraikan di atas, maknanya dia sayang pada anda....jika lebih daripada satu, maknanya dia terlebih sayang.....Selamat menyayangi isteri............................... (joking-joking je...Pak Utih)

Sumber: Pak Utih's Page

26 November 2015

Mimpi Menjadi Kenyataan- Kisah Master Iffah Anuar

Salam dan selamat pagi.

Hari ni saya nak kongsikan pengalaman manis seorang onyang saya, merangkap superupline dalam biz Shaklee nih..

Kisah manis Master Iffah Anuar a.k.a Ninja Pah. Sekarang ni mereka semua tengah bertadabbur alam di Italy.

Jom! Baca kisah MIA yang kini menjadi KENYATAAN.

Segalanya tidak mustahil. :)

-------------------------

Dulu, berangan sahaja..
.
.

Berangan itu PERCUMA.
Anak kampung yang suka berangan.
Semua angan-angan disimpan,
Tahu diri bukan golongan berharta nak melancong
Dalam negara pun jarang berpeluang,
Apatah lagi hendak ke luar negara.

.
.

Belajar ke luar negara pun abang tak bagi..
Tambah pula dengan sakit payah
Terasa la makin mustahil nak jejak kaki ke sini.

.
.
Berangan itu PERCUMA.
Dan dari angan-angan itu,
siapa sangka ia benar-benar menjadi realiti
Keadaan kesihatan alhamdulillah
jauh lebih baik dari 10 tahun dahulu

.
.
Menjejakkan kaki ke sini,
tanpa belanja
Sepenuhnya ditaja
dan lebih membahagiakan bila bersama yang tersayang.

.
.
Alhamdulillah, semua ini dengan izin-Nya.
Asbab mencari produk untuk menyokong penyusuan badan
Allah lorongkan saya ke dalam Bisnes Shaklee.
Bukan hanya ia memberikan kesihatan yang lebih baik
Ia telah memberikan transformasi kepada kehidupan diri dan keluarga juga kepada setiap kehidupan yang saya sentuh bersama Shaklee.

.
.

Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

.

Bermula dengan sebuah angan-angan anak kecil.
Anda lihat, wajah bahagia ini ..
Disebalik perjuangan ini,
Penuh air mata, lali menerima kutukan
Kebal mendengar penghinaan
Keras menerima pengkhianatan
Jalan nampak mudah,
Tapi liku-likunya penuh onak dan duri.
.
.
Perjuangan ini akan tetap diteruskan
Selagi Allah memberikan keizinan-Nya.

23 November 2015

Kenapa Saya Pilih Shaklee oleh Master Zura Betty

Salam semua..

Hari ni saya nak kongsikan rakaman video berkenaan sebab-sebab mengapa Shaklee menjadi pilihan Master Zura Betty.

https://youtu.be/TGf1LrCBtsk

06 November 2015

Kisah Adik-beradik Yang Menyayat Hati

Cantik ayat ni ...!

Kadang - kadang Adik beradik yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit......

Kadang - kadang adik beradik yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.......

Kadang - kadang adik beradik yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka......

Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang Adik beradik.....

Kadang-kadang adik beradik yang selalu SMS DAN WATTSAPP anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.......

Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.

Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........

Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?".....
Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA." .... ..

TERIMA KASIH ADIK BERADIK 💖💖💖

Ya  Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya..         

-----------
Cnp mesej WhatsApp.

Tips Mudah Vbac

Perkongsian daripada fb berkenaan tips midah vbac..

Semoga bermanfaat.
--------------------
Ami nak share plak apa yang ami buat bagi membolehkan diri ni berjaya vbac 😘
.
1.start squat since 5months.makin dekat dengan due date makin kerap buat.sampaikan sehari before deliver, ami squat 300x per day.
.
2.duduk & gelek2 kat gym ball.memang best!lagi2 bila contraction datang serang bertubi2.korang ghase?? 😝
.
3.minum RLT (raspberry leaf tea) since week 30.
.
4.banyakkan minum jus hijau. (Jus bayam + mango / jus bayam + tembikai). Ni contoh je.banyak lagi yang bole di campurkan.
.
5.banyakkan membaca positif vibes pasal birthing.gain knowledge pasal vbac.semua orang pun bole vbac without episiotomi ☺️ belajar juga posisi yang betul dalam bersalin.
.
6.minum minyak kelapa dara.masa wk36,sapukan di kawasan perinium untuk melembutkan kulit area situ dan memudahkan kulit untuk stretch.
.
7.banyakkan membaca surah maryam bila masuk trimester 3.kalau bole amalkan setiap hari.baca dan fahami maksud surah maryam.
.
8.sentiasa minta maaf kat suami dan memaafkan suami juga.(walaupun selalu buat salah 😝)
.
9.set kan kat mind sebelum tidur yang bersalin ni indah,mudah dan menggembirakan.secara tak langsung,kita da ajar mind & badan untuk bersalin dengan mudah.
.
10.turun naik tangga sekerap mungkin.tiap ari lepas aryan tido,ami akan main dengan tangga.pencapaian terhebat yang ami pernah buat sebanyak 500ank tangga untuk sehari.💆💆
.

Perkongsian daripada FB: Wan Nur-aqilah

03 November 2015

Jerawat Hilang Dalam Masa 2 Minggu

Memandangkan bulan November ni ialah promo vitamin C, saya nak kongsikan testimoni terbaik daripada sorang customer ni.

Jom! Ikuti kisah bagaimana beliau jatuh cinta dengan vitamin C.

--------------------------

KISAH BENAR

Azie nak kongsi tentang vitamin pertama yang buat Azie jatuh cinta dengan Shaklee. Azie dulu dari sekolah menengah sampailah dah sambung belajar memang gila produk kecantikan. Bila tak nampak kesan best je, tukar pulak yang lain.

Sampailah satu masa tu Azie guna produk yang tak sesuai dengan kulit Azie. kesannya?? Kulit Azie jadi sangat teruk dalam masa singkat je. JERAWAT tumbuh dengan hebatnya. PARUT penuh satu muka, kulit MUKA BERMINYAK sangat2. Ha! masa tu memang rasa menyesal tak sudah wooo..huhu.
Give up tersangat2 sampai tahap dekat tangan sentiasa ada 1 cermin kecil. Selalu tengok dekat cermin dan cakap kat diri sendiri yang masalah ni sikit je sebab nak sedapkan hati. T_T. Sampai tahap macam tu sekali!

Tapi segalanya berubah selepas consume Sr Vit c Shaklee. Azie consume Sr vit c 1 biji je sehari. Dalam 2 minggu amalkan, Azie dapat rasa PERUBAHAN KETARA! Muka sudah TIDAK BERMINYAK, PARUT pun makin PUDAR dan JERAWAT dah tiada!

Happy tak terkata!! Keyakinan diri dah kembali sebab tak de rasa malu dah nak berhadapan dengan orang ramai. Memang kagum dengan Sr Vit c Shaklee. Dah lah harganya MURAH, KESAN HEBAT, TAHAN LAMA pulak tu.

Memang ini lah tindakan azie yang paling bijak selepas berpuluh2 jenama produk Azie guna. Kepada anda semua, jika nak BETULKAN LUARAN, kita mulakan dari DALAMAN. Bila dalaman sihat, dapat nutrien yang diperlukan, InsyaAllah akan terserlah kesannya di luaran juga. Ingat, pilihlah supplement yang bagus yer.. Supplement yang terbaik tentulah yang 100% SEMULAJADI, macam SHAKLEE!! Terbaik!

Sumber: s2ufamilies

31 October 2015

Resepi Ice Cream Choc Chips

Bahan-bahannya:

150g susu pekat
450g susu segar
1 sudu besar ovelette
4-5 titik esen vanilla
1 cawan fresh cream

Cara membuatnya:

1. Guna mixer, mix 30 minit.
2. Masukkan ke dalam peti ais.
3. Bekukan semalaman.
4. Kemudian, mesin lagi skali dalam 30 minit. 5. Masukkan choc chips @ oreo @ apa2 je.
6. Kacau dengan menggunakan sudu @ spatula.
7. Bekukan semalaman.
8. Kemudian, dah boleh makan. Hehe... :)

Sumber fb: Wan Nur Farahiyani

29 October 2015

Resepi Pau Mawar

Resepi Pau Mawar
******************

500g tepung pau jenama baker choice
7g double action baking powder
45g shortening
7g mauripan
3 sudu gula pasir
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh  garam halus
10 oz air biasa 235 g
10 g cream super

Inti
*******
Kaya
Kaya pandan
Kacang merah

Cara membuat:

1. Ayak tepung pau dgn double action..
2. Kemudian gaulkn shortening dan tepung menjadi serbuk roti
3. Satukan air, gula, dan susu. Larutkan. Biarkan berbuih...dalam 10 minit
4. Campurkan garam dan kacau hingga sebati.
5. Masukan air dalam tepung dan uli hingga jadi doh. Sapukan cream super pada doh....
6. Bahagi kepada 4 bahagian dan warnakan.
Uli doh licin n lembut dalam 1/2 jam kalau guna tgn.. kalau mixer dlm 10 minit @ pastikan doh sekata warnanya.
7. Timbang setiap doh 15 g dsn inti kacang 9g

***Kukus hendak lah dijerang dahulu sebelum membuat pau..kalau nak pau kita wangi masa jerang, kukusan tu dicampurkan dengan 10 helai daun pandan...
Baru kukus ye...nanti puan2 semua mesti rasa pau yg puan2 buat lg sedap...dan wangi ... Insyallah..

***Kukus selama 7 minit.

Tadaaa.. dah siap dan sedia untuk dimakan. :)

Sumber fb: Jalilah jj

27 October 2015

Resepi Pie Ayam yang Lazat

Hari ni saya nak kongsikan resepi Pie Ayam yang sedap, hingga menjilat jari.. hehe

Sumbernya daripada facebook group Masak Apa Hari Ni (MAHN). :)

Bahan-bahan
-3 bji ubi kentang
-1/4 kiub ayam
-1/4 cawan susu segar
-1 tiub ayam kisar
-1/2 botol sos spagety
-2 sb cili sos
-Garam & serbuk lada sulah seckupnya
1/2 biji bwag besar holand di potong dadu
-Mozarella cheese

Cara-caranya:

1- Rebus kentang, lenyek bersama kiub ayam+lada sulah+susu segar dan ketepikan
2-Tumis bawang sampai wangi dan masukan ayam+sos spagety+cili sos+garam secukup rasa dan biar agak kering dan ketepikan
3-Masukan ayam ke dalam bekas/loyang Ratakan kentang di atasnya dan tabur cheese secukupnya. Lagi banyak cheese lg sedap
-Bakar sehingga cheese cair, tak perlu lama sebab bahan2 semua dah siap dimasak .

Happy cooking! :)

23 October 2015

10 tips berguna dari pakar mental kanak-kanak

Sebenarnya aku berfikir panjangggggggg nak update pasal benda ni.
Dah lama sebenarnya rasa nak share.
Sejak 4 bulan lepas lagi.
Tapi bila nak share je mesti rasa macam malu la, takut ada orang terasa la, takut orang misinterpret la, takut orang ingat macam bagus la.
Macam-macam.

Tapi lama-lama aku fikir, semuanya bergantung kepada niat.
Kalau niat nak sebarkan manfaat, ok je kan?
Apa orang nak fikir, lantakkan lah.
Yang penting, DAPAT SEBARKAN MANFAAT.
Tu je.

Amboi mukaddimah dia.
Macam.
Bagus.
Je.
Puih.

:D

Sebenarnya kan,
Beberapa bulan sebelum Haikal genap 2 tahun hari tu, kitorang ada jumpa Child Psychiatrist.
Nama dia Dr. Sherine. Kalau kat Penang ni, Dr. Sherine ni memang well-known la. Korang boleh jumpa dia kat Hospital Gleneagles, Penang.
Kepada yang tak tahu, Child Psychiatrist ni ialah pakar brain development dan behavior kanak-kanak. Macam kalau dia tengok perangai sekian-sekian, dia dah boleh tahu apa masalah budak tu.
Gitu.
 
Aku rasa macam tak perlu kot nak explain kat sini kenapa kitorang bawak Haikal jumpa Child Psychiatrist tu. Macam complicated pulak nak cerita sebab musabab nya.

So kita skip cerita tu.
Boleh naa?

Yang aku nak share kat sini ialah..
masa kitorang jumpa Dr. Sherine tu ada banyak sangat input yang berguna dia bagi.

Terutama anak-anak yang umur  0-3 years old.
Seriously berguna like hell.
In fact aku dah praktikkan beberapa tips yang doktor tu bagi.
Dan Alhamdulillah memang berkesan. =)

Ok aku buat dalam point form la eh.
Senang korang nak hadam.

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.

Kalau boleh biar dia sentuh guna tangan dan kaki. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.
Aku nak explain lebih-lebih pon, aku bukan doktor. T_T
So mohon akur je lah dengan fakta yang diberikan ini.

2. Don't expose to too much things in a box.

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Scary nak mampos hoiii.
Tak sangka sampai boleh jadi gitu kan.
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau. T_T

Aku borak ngan mak budak tu, sampai nangis-nangis makcik tu cerita kat aku.
Dia cakap saraf-saraf anak dia dah rosak.
Sebab takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik.
Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan?
Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! Hamik kau.
Aku dengar pon macam nak baling lesung batu je kat mak dia. ;D

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

Gitu.
Takut aku. :D

Aku ada mintak komen Dr. Sherine tentang gadget-gadget ni.
Sebab aku pon selalu je tengok Boboiboy dengan Haikal kat ipad. Hehehehe.
So ini jawapan Dr.Sherine,

"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."

"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."

"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:

Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.
So lama-lama pandangan anak tu tak luas.
So brain dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif.
So parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby. How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes.
Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers.
Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah.
Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu.
Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.
Pastu flash huruf B kat bawah pulak.
Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan.
Dan sebagainya.
Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement.
So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu,
saraf mata dirangsang dengan baik.
So brain development pon berlaku dengan baik.

Gitu.

Aku rasa cukup mudah penjelasan yang Dr. Sherine bagi tu.
Terutama untuk orang vangang macam aku ni nak faham.
Maafkan saya, saya bukan Doktor. Dulu SPM Biologi B3 je. T_T

3) Stimulate their imitation skills.

Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita clap hands, dia pon ikut clap hands. Camtu.
Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang.
Lack of imitation skills.
So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc.
Because language and speech is also an imitation skill,
attitude pon imitation skill,
cara berfikir pon imitation skill,
dan semua-semua tu pon related to brain development.

So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni:
Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru.
Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru.
Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut.
Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi.
Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat.
Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Gitu.

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus.
Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki.
Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

Part ni aku terkedu.
Sebab Haikal memang tak merangkak langsung.
Dia tu kan dulu lepas meniarap, terus duduk.
Lepas duduk terus berdiri dan berjalan.
T___T

Tapi takpe. Dr. Sherine kata masih belum terlambat.
So sekarang hari-hari aku suruh Haikal jadi tiger.
Sebab nak suruh dia merangkak. Kahkah.

Bila anak jadi tiger, mak pon kena jadi tiger jugak ok.
Imitation skill. Ingat tu.
Tapi sorry gambar aku jadi tiger takde.
Garang sangat. Kang korang takut. ;D

4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.

Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.
Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Plus boleh belajar sambil bermain.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik.
Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc.
Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia.
Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak.
Macam tak elok sangat la kan.

Padahal aku pon banyak je belikan Haikal mainan otromen. T_T
Siap nak tidur pon, Haikal akan selimutkan otromen.
Mama dia dapat selimut sipi-sipi, sikit pon Haikal tak peduli. -..-

5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.

Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak,
better cakap,
"Elephant!"
bukan
"That is elephant!"
atau
"Wow u see that big elephant?"

Camtu.

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak.
Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird."
Avoid guna perkataan "The This That And With etc".
Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird."
Camtu.
Ajar word by word.
Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama.
Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence.
Contoh,

"Eat."
bukan
"Come and eat."
atau
"U must eat."

"Sit."
bukan
"Come and sit beside Mama"
atau,
"Sit and keep quiet."

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc.
Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.

6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.

Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers.
Contoh budak yang selalu sakit.
Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc.
So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia.
So macam fobia camtu la kan.

Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest,
bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut,
Suruh orang tu high five dengan anak kita tu.
Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan?
So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus,
suruh high-5 dulu.
Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style nigga. Yaw yaw yaw. ;D

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful.
Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds.
Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat,
dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya.
So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.
Gitu.

7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.

Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah.
Hoih mahu kau tak hangin kan??
So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal,
better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.

Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita.
Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak,
make sure mata kita dengan dia satu level.
Melutut depan anak.
Jangan cakap atau marah sambil berdiri,
anak jadi bertambah takut.
Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

Kalau anak kau baring, kau pon kena baring.
Punya gigih nak mata satu level tadi kan. -..-

8) Overly-attached to one person is not a good sign.

Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat.
So itu petanda tak bagus.
Something wrong with his self-esteem.
So kena biasakan dia rapat dengan semua orang.
Especially family members.

9) Bila bermain, follow his interest.
Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal.
Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball.
Gitu.
Ikut kehendak anak pada ketika itu.
Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara.
Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.
Haruslah dimarahin dong.

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.

Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita,
kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane,
jangan biarkan soalan tu tak berjawab.
Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya,
"Kenapa Haikal menangis?"

Tapi Haikal diam je,
mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana.
So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam

"Haikal jatuh?"
"Haikal sakit perut?"
"Haikal nak ikut papa pergi kerja?"
"Haikal bosan?"

Itu contoh.
Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai.
At least soalan dah terjawab.
Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.

Ok tu je 10 tips yang dapat dikongsi.
Lagi sekali, tips-tips ni ialah dari Dr. Sherine, Child Psychaitrist dari Hospital Gleneagles.
Bukan keluar dari mulut aku ye.Bukan aku reka ke apa.
Cuma aku tulis ni ikut bahasa aku la kan. Supaya korang pon senang nak faham.

Niat aku satu je.
Nak share supaya korang pon sama-sama dapat manfaat.
Sebab seriously semua tips ni aku dah try dan setakat ni Alhamdulillah,
aku nampak kesan positif pada Haikal.
Kesan dia sangat drastik ok.
Sebab budak 0-3 y.o. ni development diorang memang lajuuuuuu.
So korang kena cepat praktikkan tips-tips di atas. =)

Tapi of course semuanya berlaku dengan izin Allah.
Tapi tak salah kita ikhtiar yang terbaik dan termampu.
Part usaha, doa, tawakkal tu kan tugas kita.
InsyaAllah, outcome dia nanti menggembirakan kita.
Sebab Allah tak pernah kecewakan hamba dia yang berusaha bhai..

***Copy dari saatakukaupilih.blogspot.com

16 October 2015

Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin


Bila kita dah mula rasa sakit nak bersalin, doktor akan periksa berapa cm bukaan kita. Selagi tak cecah 6 cm kita takkan dibawa masuk ke labor room. Ada orang sekejap je sakit, dah bersalin. Ada orang menderita berhari­hari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak. Padahal punyalah sakit. Allah je yang tahu. Jom saya kongsikan cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin.
.
.
1. Banyakkan berjalan
Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.
.
2. Jangan minum air selusuh terlalu awal
Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah
sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal­awal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.
.
3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu
Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.
.
4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami
Yang ni part paling syahdu. Dekat-­dekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebih­lebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua
orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.
.
5. Baring mengiring sebelah kiri
Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.
.
6. Banyakkan bersujud
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Itulah dia 10 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat.
Saya doakan agar urusan puan dipermudahkan.
Semoga bermanfaat!

Sumber dari FB: Info Hamil dengan Furmon

09 September 2015

7 kepentingan asid folik untuk ibu mengandung

B-complex Shaklee amat bagus untuk kesihatan ibu yang mengandung. Hal ini kerana B-complex Shaklee ialah asid folik yang semulajadi dan mempunyai kadar serapan (bioavailability) yang tinggi serta berkualiti.

Doktor akan menasihati ibu yang mengandung sepaya mengambil asid folik sepanjang tempoh kehamilan.

Terdapat 7 kepentingan asid folik untuk ibu mengandung:
1. Menukar makanan kepada tenaga
2. Melawan tekanan/ stress
3. Membantu tumbesaran yang sihat dan normal untuk bayi.
4. Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, dan beruban
5. Mengurangkan masalah keletihan mata
6. Mencegah anemia iaitu kurang darah merah
7. Detoksifikasi, iaitu meredakan alahan.

B-complex Shaklee semestinya selamat, berkesan, dan semulajadi.

Syikin Maarop
Shaklee Independent Distributor
0194507626
syikinmaarop@gmail.com

08 September 2015

6 cara urutan untuk bayi membesar dengan sihat

Pernahkah anda rasa gubra ketika pertama kali menimang cahaya mata? Hehe.

Mesti pengalaman menguruskan anak kecil menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan terutamanya bagi mereka yang baru atau bakal bergelar ibu dan ayah.

Saya ingin kongsikan tips mengurut untuk bayi supaya timbul kemesraan antara si comel anda. Dalam masa yang sama, bayi anda akan merasakan belaian kasih sayang.

Semoga bermanfaat.

Syikin Maarop
0194507626
syikinmaarop@gmail.com

9 sebab ESP menjadi kegemaran ramai

Kenapa kebanyakan orang yang minum ESP beroleh kesihatan yang baik ehh?

Saya kongsikan sebab-sebabnya:

1. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee ialah non-GMO (non-Genetically Modified Organism)
2. ESP diproses pada kadar suhu yang rendah
3. Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya. Sebab tu lah, penggemar ESP sentiasa bertenaga sepanjang hari.
4. ESP menyediakan 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia
5. ESP mengandungi indeks glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, yang sesuai untuk penghidap kencing manis.
6. ESP rendah lemak
7. ESP tiada kolestrol
8. ESP tiada asid urik
9. ESP mudah diserap oleh tubuh manusia

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi saya seperti berikut:

Syikin Maarop
Shaklee Independent Distributor
0194507626
syikinmaarop@gmail.com

28 August 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com

Assalamu'alaikum.

Lebih kurang 3 hari lagi rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan. Sempena 31 Ogos ni, blogger terkenal, Mialiana.com ada menganjurkan giveaway merdeka.

Jom! Sertai.. :)
 
Sila klik pada gambar untuk sertai giveaway ini.. Semoga berjaya!

 
Salam sayang,
Syikin Maarop
Shaklee Independent Distributor: 1091278
SMS/ WhatsApp: 0194507626

26 August 2015

5 Punca Mengapa Bayi Baru Lahir Kerap Menangis

Setiap ibu bapa pasti memberikan layanan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Bagi pasangan yang baru pertama kali menimang cahaya mata, situasi seperti bayi terlalu kerap menangis pasti membuatkan hati tidak keruan.

"Eh! Di mana lah salah aku."
"Apa yang tak kena dengan anak aku nih?"
"Anak aku ni lapar ke?"

Mungkin itu antara persoalan yang bermain di minda ibu bapa setiap kali si kecil mereka menangis.

Saya ingin kongsikan 5 sebab bayi yang baru lahir kerap menangis.

1. Bayi tersebut mengalami kolik (kembung perut)
2. Tak selesa sebab lampin basah
3. Tangan banyak bergerak. Langkah terbaik ialah bedung bayi itu.
4. Letih sebab tak tahu macam mana nak tidur. Oleh itu, si ibu perlulah dodoikan anak.
5. Nak ibu atau ayah peluk dan belai-belai.

Haa.. selepas ni pasti anda akan menjadi ibu ayah yang berjaya kawal tangisan bayi anda.

Saya harap entry ni bermanfaat dan sedikit sebanyak membantu anda semua.

Salam sayang,
Syikin Maarop
Shaklee Independent Distributor (1091278)
SMS/ WhatsApp: 0194507626
Emel: syikinmaarop@gmail.com

20 August 2015

Doa Menziarahi Orang Sakit

Assalamu'alaikum dan selamat petang..

Hari ni saya nak share berkenaan doa ketika menziarahi orang sakit.

Semoga kita semua beroleh manfaat 😊

08 July 2015

Rahsia Rumahtangga Bahagia ialah Berlumba Memberi

Seorang kawan saya baru kahwin jumpa seorang alim. Ustaz tanya macam mana perkahwinan kamu?

Alhamdulillah ustaz. Isteri saya seorang yang taat. Baik sangat. Isteri idaman. Semua dia buat di rumah. Makan minum, pakaian, rumah semuanya terurus. Semuanya cantik. Di jaga saya baik-baik. Saya tak sempat buat apa-apa. Dia rajin sangat.. untung tak saya ustaz?
Jawab ustaz tadi. Isteri kamu yang untung. Dia bakal ahli syurga tinggi. Dia hebat. Dia tunaikan semua hak kamu. Dari cerita kamu. Kamu rugi sebab kamu tak dapat khidmat kepada isteri kamu. Sepatutnya berlumba khidmat. Berlumba siapkan sahur. Berlumba bangun awal tahajud. Berlumba buat baik.
Perkahwinan ialah berlumba memberi. Bersama-sama buat semua perkara. Saling bertolak ansur. Berlumba beri nasihat. Berlumba kata saya salah. Berlumba kata I Love U. Berlumba gembirakan pasangan kerana ALLAH.

Jika asyik orang berkhidmat pada kita. Periksalah mungkin kita semakin jauh dari kebaikan dan hati yang bersih. Jika kita sibuk bekhidmat itulah jalan Nabi saw dan sahabat. Orang suka khidmat dapat kasih sayang ALLAH.

Kredit to: Ustaz Ebit Lew

10 June 2015

Jangan Berhenti Berdoa

Topik yang sangat menyentuh hati saya pada pagi Rabu yang penuh ceria.

Rancangan Hadis, di tv 9 hari ni membincangkan satu topik berkenaan DOA. Tazkirah ini disampaikan oleh ustaz Umar Muhammad Noor.

Semasa berdoa, mintalah perkara yang paling tinggi atau perkara yang paling besar kita ingin capai. Contohnya, saya nak jadi jutawan.

Ada juga hadis yang menyatakan semasa berdoa kita disuruh meminta agar diberikan Syurga yang paling baik iaitu syurga Firdaus.

Mintalah hajat terbesar kita kerana Allah itu Maha Besar dan Maha Pemurah. Allah sesekali tidak akan mengecewakan hajat kita. Segala doa kita pasti akan dimakbulkan Allah. Jika tidak di dunia, pasti di akhirat kelak Allah akan perkenankan doa kita.

Oleh itu, jangan berhenti berdoa. Sentiasa hubungkan hati kita dengan Allah. :)

09 June 2015

Shaklee On The Go

Salam semua.. :)

Hari ni saya nak share tentang satu aplikasi terbaru daripada Shaklee. Dari tahun ke tahun ada saja pembaharuan yang dilakukan oleh pihak Shaklee untuk memudahkan semua pelanggannya.

Kali ni Shaklee tampil dengan aplikasi dalam telefon. My Shaklee ni akan membantu pengedar untuk membeli produk Shaklee secara online. Semua maklumat yang ada dalam website, ada dimuatkan dalam My Shaklee ni.

Dunia di hujung jari. Semuanya mudah sekarang ni, kan? :)

Jimat masa, tenaga, dan kos. Hehe..

Syikin Maarop | 0194507626 | Shaklee ID: 1091278 | Emel: syikinmaarop@gmail.com

25 May 2015

7 Tips Melayan Kerenah Anak-anak

Anak adalah anugerah daripada Allah yang sangat bernilai. Setiap pasangan suami dan isteri yang telah berkahwin pasti mendambakan kehadiran cahaya mata dalam rumahtangga yang dibina.

Di sini, saya ingin kongsikan tujuh tips melayan kerenah anak. Didoakan perkongsian ini bermanfaat untuk semua. 😊

👶1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Cuba tunjuk burung atau awan di atas langit agar dia melihatnya, dia akan terdiam. Kerana psikologi manusia saat menangis, adalah menunduk.

👶2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Dah, sudah main, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Main 5 minit lagi yaaa". Kemudian ingatkankembali:"Dua minit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Dah, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

👶3— Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadaan riuh di sesuatu tempat, dan engkau ingin mengalih perhatian mereka, maka katakanlah: "siapa yang mau mendengar cerita ibu? angkat tangan..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

👶4— Katakan kepada anak-anak sewaktu mahu tidur:"tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Jom tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh kerana perhatiannya adalah dunia.

👶5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, kerana waktu akan berlalu sangat cepat. Kenakalan dan kekanak-kanakanmereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan. Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, berguraulah bersama mereka.

👶6— Tinggalkan HP seketika, dan matikan juga TV. Jika ada teman yang menelefon urusan tak penting, katakan:"Maaf, saya sedang sibuk dengan anak-anak". Semua ini tidak menyebabkan jatuhnya wibawamu, atau hilangnya keperibadianmu.Orang yang bijaksana tahu bagaimana caramenyeimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak.

👶7- Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah. Dengarkan doa kita didepan anak-anak supaya mereka tahu betapa pentingnya mereka pada kita.

12 May 2015

6 Rawatan Socks Remedies untuk Demam, Batuk, dan Selesema

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah.

💧Teknik Hidroterapi Stokin Basah 💧

Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai.

Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan darah untuk melawan kaki basah, yang juga merangsang sistem imun. Stoking selalunya akan kering pada waktu pagi. Ulangi rawatan selama lima hingga enam malam berturut-turut seperti yang diperlukan untuk mengurangkan demam.

Kenapa di kaki?👣

Kerana kaki kita mengandungi kepekatan yang lebih tinggi kelenjar peluh daripada seluruh badan kita, ia membantu dalam pembebasan haba.-Dr. Mehmet Oz, MD (http://www.sharecare.com/user/dr-mehmet-oz)

Selain kaedah wet socks menggunakan air biasa, terdapat beberapa penawar semulajadi yang juga sangat berkesan dalam merawat penyakit selsema atau batuk dan demam untuk melawan virus dan bakteria.

✔1. GARLIC SOCKS - MERAWAT SELSEMA /BATUK / DEMAM

Letakkan bawang putih pada stokin anak.

Cara untuk bayi atau anak kecil :

1. Pakaikan anak stoking berlubang besar sedikit spt jenis berkait atau yg berlubang-lubang.

2. Ambil sehelai lagi stoking, masukkan bawang putih yg telah ditumbuk sedikit, tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih).

Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan minyak bawang putih dan sapukan pada tapak kaki anak.

Cara buat minyak : Bakar seulas bawang putih tanpa buang kulit, lenyekkan pada minyak zaitun (boleh gunakan minyak masak biasa, minyak kelapa, atau minyak yang tiada bahan yang tidak semulajadi)

Untuk anak yg lebih dewasa :

Boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast.

3. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Bawang putih sangat baik utk paru-paru. Ia juga akan melawan bakteria & virus dan pada masa yg sama juga meningkatkan imun badan.

✔2.ONION SOCKS

Menggunakan kaedah atau cara yang sama seperti Garlic Socks.

Penawar menggunakan bawang putih ini boleh digunakan untuk merawat apa sahaja penyakit disebabkan virus, bakteria atau fungus manakala bawang merah untuk penyakit disebabkan virus dan bakteria sahaja.

✔3. LEMON SOCKS - MERAWAT DEMAM

Cara merendam stoking dengan jus lemon.

1. Perah jus lemon (lemon organik lebih bagus, jika tiada, guna sahaja lemon biasa) campurkan dalam semangkuk air suam.

2. Rendam stoking beberapa minit hingga benar-benar menyerap jus tersebut.

3. Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.

4. Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan kembali pada kaki.

Boleh juga gunakan kain dan celup pada jus lemon, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah dengan jus lemon, lapis dengan 1 stoking kering).

Cara hirisan lemon :

1. Hiris lemon nipis-nipis.

2. Lekatkan pada tapak kaki guna hansaplast atau tak perlu lekat, terus balut dengan stoking.

3. Pakaikan stoking semalaman.

4. Tukar hirisan lemon jika lemon tersebut kering semasa tidur.

✔4. FIG VINEGAR (FV) / CUKA BUAH TEEN atau APPLE CIDER VINEGAR (ACV) / CUKA EPAL - MERAWAT DEMAM

1. Ambil FV/ACV kira-kira 2-3 sudu besar, campurkan dalam semangkuk air suam. Atau ikut kadar 1:1

2. Rendam stoking beberapa minit hingga benar-benar menyerap jus tersebut.

3. Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.

4. Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan kembali pada kaki.

*Boleh juga gunakan kain dan celup pada FV/ACV bercampur air suam tadi, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah dengan ACVn, lapis dengan 1 stoking kering)

*Boleh juga menggunakan cuka kurma atau cuka putih biasa.

Sebelum memulakan semua rawatan di atas, sila lakukan ujian pada kulit anak dahulu. Oleskan sedikit bahan yang mahu digunakan, tunggu dalam setengah jam, lihat ada keradangan kulit atau tidak. Jika tidak boleh teruskan, jika ada sila hentikan. Kaedah ini dipanggil PATCH TEST..

Bagaimana sifat asid lemon / fv / acv membantu merawat demam atau menurunkan suhu demam panas?

Ini kerana sifat asid membantu menarik haba daripada kulit dan menarik haba keluar dari kepala dan bersurai ke seluruh badan. Apabila haba dapat bergerak ia menjadi satu alat aktif untuk melawan jangkitan.

✔>>>Selain itu, boleh juga menggunakan PUTIH TELUR (bagi yang tidak alah pada telur, dan anda akan lihat putih telur seakan masak setelah menyerap haba daripada badan) .

✔>>>Jel LIDAH BUAYA / ALOE VERA fresh daripada daunnya juga boleh digunakan merawat demam dengan cara sapukan jel pada seluruh tapak kaki dan pakaikan stokin, oleskan lagi jel tersebut 2-3 kali diwaktu pesakit sedang tidur.

Sumber: GROUP NUTRISI REMEDI ALAMI MALAYSIA (GNRAM).

09 May 2015

8 Jenis Warna Urin dan Simptom-simptomnya

"Urin saya warna kuning macam B-Complex"

Pernahkah anda mengalami situasi seperti di atas? ☝

Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.

Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

🚩KUNING PUCAT - warna urin normal

🚩KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

🚩KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex

🚩KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

🚩OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

🚩KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

🚩KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

🚩KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.

Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278 | Tel: 0194507626

07 May 2015

Qoute of the day #3

Bersyukur kerana dilahirkan dengan nikmat Islam dan iman.

Senjata bagi orang mukmin ialah bersabar dan berdoa.

Salam Jumaat! 😊🌹

06 May 2015

I am certified Shaklee Independent Distributor (SID)

Salam all :)

Alhamdulillah, saya dah dapat sijil untuk bengkel nutrisi Shaklee yang saya hadiri bulan lepas. 😊

Memang bessst sangat dapat join bengkel nutrisi ni. Banyak ilmu yang saya kutip sepanjang berbengkel.

Saya teringat satu perkara yang disampaikan oleh pakar nutrisi Shaklee, cik Ili, katanya:

"Salah satu faktor diri kita mudah terima penyakit ialah kerana pemakanan."

Sekarang ni semuanya nak suntik kan? Suntik ayam lah, suntik sayur lah, suntik muka lahh.. oupss! 😆

Seronok dapat jumpa dengan rakan-rakan SID yang lain. Kami dapat bertukar-tukar pandangan dan idea berkenaan cara pemasaran untuk bisnes Shaklee ni. Selain tu, dapat juga minum Mealshakes dan Performance Drink free. Yeehaaa! 😉

Ada juga slot untuk kuiz dan hadiah menarik juga ditawarkan. 🎁

Ok lah, setakat tu saja dulu coretan saya untuk entry ni. Till we meet again 💜

Ehh! Untuk sesiapa yang berminat untuk join Shaklee FREE MEMBERSHIP, boleh hubungi saya. SMS / WhatsApp: 0194507626 (Syikin)

I am your trusted Shaklee Independent Distributor (SID):
Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

19 April 2015

Kelebihan Bulan Rejab bagi Umat Islam

Menjelang Maghrib tadi kalendar umat Islam telah berubah daripada bulan Jamadil Akhir kepada bulan Rejab.

Bulan Rejab ni dikatakan bulan Allah Taala. Bulan Sya'ban pula ialah bulan Nabi Muhammad s.a.w. manakala bulan Ramadhan ialah bulan untuk umat Islam.

Bila dah masuk bulan Rejab ni, maksudnya ada lebih kurang 2 bulan lagi untuk kita menyambut Ramadhan. Bulan Rejab dan Sya'ban dikatakan bulan latihan untuk kita membuat persediaan menjelang Ramadhan. Dalam erti kata lain, Ramadhan ialah hari peperiksaan yang kita nantikan manakala bulan Rejab dan Sya'ban adalah masa untuk kita membuat latih tubi.

Lima malam yang dimustajabkan doa ialah:
1. Malam Jumaat
2. Malam dua hari raya (Aidil fitri dan Aidil Adha)
3. Awal bulan Rejab
4. Malam nisfu Sya'ban

Kita digalakkan berdoa pada bulan Rejab seperti yang diajarkan oleh Baginda s.a.w. Doanya adalah seperti dalam gambar.

Selamat beramal dan saya doakan agar amalan kita semakin hari semakin bertambah dan diberkati Allah.

29 March 2015

Quote of the Day #2

Assalamu'alaikum dan selamat tengahari :)

Apa khabar semua? Agak lama saya tak bersiaran di sini.

Kadang-kadang sesuatu perkara yang berlaku dalam kehidupan kita itu pasti ada pengajaran di sebaliknya. Cuma, kita sendiri yang perlu bijak menilainya. Saya yakin di saat diri kita berada dalam keadaan yang genting, pasti terasa sesak dada ini. Kepada siapa perlu diadukan keresahan hati ini?

Hanya kepada ALLAH, sebaik-baik tempat pengaduan. :)


Percaya kepada diri sendiri. 

Senyum. 

:) :) :) 

10 March 2015

Testimoni ESP: "Badan saya rasa semakin sihat dan bertenaga..."

Hari ni saya nak share berkenaan testimoni daripada pengemar ESP. Energizing Soy Protein ni sesuai untuk orang dewasa yang ingin tampil sihat, bertenaga dan segar sepanjang masa. Selain itu, ESP juga boleh diminum oleh wanita yang sedang mengandung dan menyusukan anak. 

Sebenarnya, kita boleh dapatkan sumber protein daripada makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, telur, kekacang dan banyak lagi. Namun, protein mudah musnah apabila dimasak dengan suhu yang tinggi. Haa.. ertinya daripada 100 peratus kandungan protein tu, tinggal berapa peratus aje selepas makanan tu dimasak. 

Untuk pengetahuan anda, ESP adalah lebih bagus daripada 12 kali ganda susu, 4 kali ganda telur, 6 kali ganda roti, dan 2 kali ganda daging. ESP ialah sumber protein terbaik untuk tubuh badan kita. ESP semestinya selamat, berkesan, dan semulajadi. 

Jom, ikuti komen-komen daripada mereka yang dah jatuh cinta dengan ESP... :)



Entry berkaitan: ESP dan ibu menyusu.


Syikin Maarop : Shaklee ID: 1091278

Selesai Order ESP untuk Customer Tersayang

Ada sorang customer saya ni berasa sangat gembira dengan promosi bulan ni. Jadi, dia pun rebut cepat-cepat promo ESP, Beli 2 dapat diskaun 5%.


Wahh, bukan mudah Shaklee nak buat tawaran macam ni ye.. Setahun mungkin sekali je.. Haa.. rugi kalau tak grab sekarang.

Untuk mengetahui entry saya sebelum ni berkaitan ESP, boleh klik link di bawah.




Saya doakan agar barang yang dipesan ni selamat sampai kepada customer. InsyaAllah :)

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

07 March 2015

Mini Giveaway by Hani Rahman

Seperti biasa, setiap hari mesti ada aktiviti terjah ke mana-mana blog. 
Kali ni jom singgah ke blog jombercontest.blogspot.com.

Ada segmen mini giveaway oleh Hani Rahman.

Masih ada peluang untuk anda sertai. Jangan ketinggalan. :)

Sila klik banner dan link di bawah untuk ketahui syarat-syarat segmen ini.

 Mini Giveaway by Hani Rahman


Semoga berjaya! :)

Energizing Soy Protein (ESP) ialah Soya Non-GMO

Siapa suka minum soya? Cer angkat tangan... hehe :)

Air soya dikatakan bagus untuk mencantikkan kulit dan memutihkan kulit. Tapi, tahukah anda soya jenis apa yang sepatutnya kita minum? Haa.. Saya nak berkongsi dengan anda yang gemar meminum air soya. Soya non-GMO ialah soya yang bagus untuk kesihatan. 

Eh, eh.. apekebendenye pulak soya non-GMO tu? 


Soya non-GMO (non-Genetically Modified Organism) ialah soya yang diproses dengan suhu yang rendah. Soya non-GMO amat bagus untuk kesihatan kerana kandungan zat atau nutrisinya dapat dikekalkan dan tidak diubahsuai. 

Shaklee ialah syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya. Kajian yang dijalankan oleh Dr Shaklee pada awal 70-an membuktikan bahawa protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul. Energizing Soy Protein  (ESP) merupakan produk berasaskan soya yang telah dikeluarkan oleh Shaklee. Untuk pengetahuan anda, ESP telah diiktiraf oleh seluruh dunia kerana memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan.

Ok lah.. bagi anda yang gemar saaangattt minum soya, apa kata anda ambil ESP. Energizing Soy Protein semestinya soya non-GMO, tiada pewarna, perasa dan pemanis tiruan. :)

Entry berkaitan ESP:


Terima kasih kerana membaca!

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

Qoute of the day #1

Assalamu'alaikum dan selamat pagi..

Selamat berhujung minggu semuaaa.. :)

Saya doakan hari ini lebih baik daripada semalam. 
Jom hayati kata-kata hikmah ini untuk renungan bersama.


Sabda Rasulullah s.a.w.:
Orang yang pandai ialah yang sentiasa membaiki diri dan menyiapkan bekal kematian.
(HR At-Tirmidzi)

:)

05 March 2015

6 Kelebihan Energizing Soy Protein (ESP)

Alhamdulillah petang tadi hujan rahmat turun setelah dua bulan panas dan kering. Walaupun hujan turun dalam masa yang tak lama, tapi syukur kerana hati ini rindu mendengar zikir si hujan. Dalam Al-Quran, hujan turun sebagai tanda Allah ingin memurahkan rezeki hamba-hambaNYA. 

Eh! Saya ni macam pengulas cuaca pulak ye.. :)


Ok lah, hari ni saya nak share berkenaan 5 kebaikan Energizing Soy Protein (ESP):

  1. Membantu membina dan membaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuklah organ. Dari organ terhasilnya sistem. (Haa.. kena refresh semula fakta yang belajar dalam subjek Sains).
  2. Protein penting kepada pembentukan janin dan juga membantu menambahkan susu.
  3. ESP menyediakan 14gram protein kacang soya dalam hidangan untuk menyihatkan jantung.
  4. Setiap hidangan membekalkan 50 peratus daripada nilai kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  5. Kandungan fiotoestrogen pula penting untuk kesihatan prostat, payudara, dan menopous.
  6. Indeks glisemik yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah.
ESP memang menjadi kegemaran saya dan saya jatuh cinta dengan Shaklee kerana ESP. Setiap pagi, inilah minuman kesihatan saya. Lebih sedap jika dicampur bersama oat. Lazat dan berkhasiat! Cubalah. :)

Terima kasih kerana membaca.

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278