24 February 2015

9 Tanda-tanda Terkena Strok Haba


Sekarang ni kecoh dengan fenomena strok haba. Strok haba ialah keadaan dimana suhu badan manusia meningkat daripada normal. Kebiasaannya, suhu badan yang normal ialah 37.0 darjah celcius tetapi strok haba menyebabkan suhu badan meningkat kepada 40.0 darjah celcius. 

Suhu badan yang tinggi melebihi paras normal boleh menyebabkan serangan saraf pada otak, dan koma serta boleh menyebabkan kematian. 

Tanda-tanda awal terkena strok haba ialah:

  • mual
  • muntah
  • sawan
  • pitam
  • sakit kepala/ berdenyut
  • kurang berpeluh walaupun hari panas
  • denyutan nadi yang pantas
  • otot lemah dan kejang
  • kulit kering dan kemerahan

Keadaan panas dan kering yang melanda negara dijangka berlarutan sehingga hujung bulan Mac ini. Oleh itu, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga dengan minum air secukupnya iaitu 3 liter sehari. Apabila keadaan panas juga, kita kena lah kurangkan aktiviti riadah yang memerlukan kita berada di bawah cahaya matahari.  

Info berkaitan: 
2. Elak Kehilangan Air Dalam Badan Dengan Performance Drink 

Terima kasih kerana membaca!~

Syikin Maarop | Shaklee ID: 1091278

2 comments:

Amelia said...

guinea pig saya kalau x silap mati sebab ni. :(

Syikin Maarop said...

Mialia Amelia: alaa.. sedihnya. sekarang ni memang terasa kan, bahang panas strok haba ni..

Take care :)

SALAM MA'AL HIJRAH 1433

بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Salam Ma'al Hijrah 1443 Tahun baru, azam baru. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Seb...