10 June 2015

Jangan Berhenti Berdoa

Topik yang sangat menyentuh hati saya pada pagi Rabu yang penuh ceria.

Rancangan Hadis, di tv 9 hari ni membincangkan satu topik berkenaan DOA. Tazkirah ini disampaikan oleh ustaz Umar Muhammad Noor.

Semasa berdoa, mintalah perkara yang paling tinggi atau perkara yang paling besar kita ingin capai. Contohnya, saya nak jadi jutawan.

Ada juga hadis yang menyatakan semasa berdoa kita disuruh meminta agar diberikan Syurga yang paling baik iaitu syurga Firdaus.

Mintalah hajat terbesar kita kerana Allah itu Maha Besar dan Maha Pemurah. Allah sesekali tidak akan mengecewakan hajat kita. Segala doa kita pasti akan dimakbulkan Allah. Jika tidak di dunia, pasti di akhirat kelak Allah akan perkenankan doa kita.

Oleh itu, jangan berhenti berdoa. Sentiasa hubungkan hati kita dengan Allah. :)

09 June 2015

Shaklee On The Go

Salam semua.. :)

Hari ni saya nak share tentang satu aplikasi terbaru daripada Shaklee. Dari tahun ke tahun ada saja pembaharuan yang dilakukan oleh pihak Shaklee untuk memudahkan semua pelanggannya.

Kali ni Shaklee tampil dengan aplikasi dalam telefon. My Shaklee ni akan membantu pengedar untuk membeli produk Shaklee secara online. Semua maklumat yang ada dalam website, ada dimuatkan dalam My Shaklee ni.

Dunia di hujung jari. Semuanya mudah sekarang ni, kan? :)

Jimat masa, tenaga, dan kos. Hehe..

Syikin Maarop | 0194507626 | Shaklee ID: 1091278 | Emel: syikinmaarop@gmail.com