10 February 2017

DIY Pewangi Fabrik

Bau busuk pada kusyen, langsir, karpet dan sofa memang agak merunsingkan. Namun jangan risau kerana anda sebenarnya boleh cuba menghasilkan pewangi fabrik sendiri. Lebih menjimatkan. Jom ikuti langkah berikut :

Bahan-bahan

·         Pelembut kain

·         Soda bikarbonat

·         Air

·         Botol Penyembur

 

Langkah-Langkahnya:

1.       Masukkan 1 sudu soda bikarbonat dalam segelas air

2.       Seterusnya satu penutup pelembut kain.

3.       Kemudian kacau sehingga campuran tersebut sebati

4.       Akhir sekali, masukkan campuran yang telah siap ke dalam botol penyembur

Siap untuk digunakan. Anda boleh semburkan pada semua fabrik di ruang tamu, bilik dan dapur.

Kredit: Impiana